Travel Tips - Sebelum memulakan perjalanan (Bahagian II)

, , 1 comment
Ok, jadi mari kita sambung tips sebelum memulakan sebarang pengembaraan, perjalanan, visit/tour ke luar negara.



1. Tiket penerbangan. Ok setelah selesai semua yang di atas, maka bolehlah start ticket hunting. Ada yang beli awal setahun, ada yang beli 2-3 bulan sebelum penerbangan, dan ada juga yang beli pada saat terakhir. Tips saya, tiada right or wrong. Kena rajin cek websites airline dan bandingkan harga. Selalunya masa cuti sekolah, susah sikit nak dapat harga promo. Semasa membandingkan harga, masukkan sekali kos luggage, makan dan saya amat galakkan untuk ambil travel insurance. Bukan apa, kita nanti berada di tempat orang, jika berlaku kejadian yang tidak diingini (beg hilang, sakit, accident dll) agak sukar untuk mendapatkan bantuan. Setakat ni Alhamdulillah, semuanya ok.

2. Bila tiket flight confirmed (sure dah excited kan?) maka bolehlah cari hotel. Hotel ni pun mengikut bajet juga. Kalau nak murah, boleh ambil dormitory shared room, kena kongsi bilik air.Memang murah. Kalau hotel nak yang berapa bintang? Kalau tanya saya, yang pertama location yang strategic, selamat dekat dengan convenience store dan subway station serta bersih da nada free wifi tu yang penting. Kebanyakan hotel saya book di Booking.com. Pernah juga guna Agoda, tapi untuk hotel di Malaysia sahaja. Setakat ni reliable dan harganya berpatutan. Baca juga review hotel  berkenaan di tripadvisor. Saya selalu book hotel yang ada free cancellation. Ini membolehkan kita cancel booking tersebut jika anda berubah fikiran tanpa sebarang kos. Pastikan lokasi hotel dan jika anda self-plan travel, print nama hotel dan peta dalam English serta bahasa negara tersebut. 

3. Main attraction yang hendak dituju. Setiap destinasi mempunyai attraction tersendiri. Dapatkan maklumat daripada website (tripadvisor, lonely planet, forum dan blog) dan brochure (boleh didapati dengan banyaknya jika berkunjung ke Matta fair). Jadikan tempat-tempat ini sebagai panduan ke mana arah tujuan anda bila tiba di sana nanti. Sebagai contohnya, kalau ke Paris, memang tak sahlah jika tidak ke Eiffel tower dan jika ke Rome, tak sah jika tidak ke Colliseum. Jika punya masa yang lebih, boleh venture keluar dari touristy places tuh dan tengok life penduduk tempatan sehari-hari macamana. Tapi ni agak sukarlah kan sebab biasanya masa kita sangat singkat.

4. Tempat makan. Research juga tempat makan halal di tempat yang hendak dituju. 

5. Mod transportation. Ini juga penting bagi self-plan traveller. Selalunya kita akan banyak menggunakan public transport seperti train, bus dan taxi. Dapatkan peta dan tandakan kawasan yang hendak dilawati serta transport yang sesuai. Setakat ni macam di Seoul dan Tokyo, guna subway je memang dah memadai. Sangat efisien dan harganya pun ok.Cek juga rate teksi, kadangkala ada bloggers yang share, jadi kita boleh estimate & kuranglah sikit risiko kena tipu.

6. Itinerary. Ada yang free-travel dan tak suka plan sangat. Tapi bagi saya kalau ada itin ia lebih memudahkan dan terarah. Cuma pastikan ia tidak terlalu rigid dan jadikan ia lebih flexible. Senaraikan tarikh,  masa dan tempat yang anda hendak lawati serta transport yang hendak digunakan.

7. Packing. Pack lightly, jangan overpack. Buat berat beg je nanti. Pack pakaian based on cuaca, barang keperluan harian, ubatan , charger/power bank, dan makanan (sangat perlu jika ke tempat yang susah nak cari makanan halal). Pack juga distraction items to kill off time sekiranya flight delay. Buku/magazine/tablet. Oh dan earphone.

8. Scan passport dan hantar ke emel anda sendiri sebagai backup sekiranya anda kehilangan passport.
Simpan nombor dan alamat penting seperti nombor telefon syarikat insurans dan nombor serta alamat kedutaan. Penting di saat kecemasan.

9. Pertukaran duit. Ada yang kata yang di Mid Valley tuh murah tukarannya. Anda boleh cek dulu dan buat perbandingan.

Ok, tamat sudah travel tips sebelum memulakan perjalanan. Nanti saya akan sambung dengan tips semasa berjalan ok?


1 comment:

  1. bagus tips yg d kongsi...itulah perkara yg selalu sis buat sebelum travel terutama jika travel bagpack ni...perlu buat byk preparation

    ReplyDelete