Jangan jadi naif sangat di Beijing, China

, , 2 comments
Kali ni saja nak kongsikan kisah semasa saya dan beberapa orang rakan berjalan ke Beijing, China. Kami pergi menaiki pesawat MAS MH370 ke Beijing dan saya masih menyimpan boarding passnya:






Masa tu musim Summer jadi panasnya lebih kurang sama macam di Malaysia. Ground arrangement kami ambil dengan Parlo Tours. Offer Matta fair jadinya memang murahlah around 350 all in.Dia uruskan dari visa, insuran, hotel, transport & makan. Dari aspek tuh tip-top no problem. Mungkin juga sebab yelah dah namanya ikut agent, maka takdelah nak study beria mengenai Beijing nih. Dan ini merupakan kesilapan terbesar kami.

1. Perlu diingat, tour guides akan mendapat komisyen hasil pembelian anda di kedai-kedai government mereka. Jika ikut agent, WAJIB pergi ke kedai-kedai kerajaan nih seperti kedai sutera, teh, jed, pearl, ubatan dll. Sila ABAIKAN kedai-kedai tersebut dan pergi beli souvenirs di Market2 biasa (which they will take you to on the last day untuk menggalakkan anda beli di kedai2 government dulu). Harga adalah super mahal berbanding markets biasa. Tapi bila baca-baca blog orang lain, ada yang kena marah & maki kalau tak beli, huhu pekakkan saja telinga ya.

2.Berhati-hati bila membeli barang dari orang-orang yang meniaga di tepi jalan atau yang datang approach anda. JANGAN guna duit besar. Bayar duit secukupnya if possible & CHECK duit tuh, sebab kawan terkena diberi wang baki duit rubble Russia. Actually harga barang dia murah, cuma carefullah ya.

3. Kedai Jewellery di Birds Nest Stadium adalah penipu besar. Overpriced jades and barangan hiasan pearl. Makanya tak payah belilah. Dia saja bagi kita masuk bilik-bilik pameran, konon-konon bagi discount yang bagus, nak berkawan dengan kitalah bagai. Forget it. Semua itu TIPU.

4. Sila cek scam-scam lain di Beijing and take precautions yang sepatutnya.

Sampai ke sudah jadi pengajaran & lesson learnt :)

2 comments:

  1. pernah ke Beijing tahun 2010 RM1000 all in termasuk tiker flight...kiranya bawa diri je n duit shopping...setuju benar ..mereka bawa ke kedai kerajaan ni dah ramai yg 'termakan' dan beli brg di kedai2 yg di bawa...terutama kedai jewelly di bird nest stadium..ramai yg melabur kat sana...layanan mmg tip top..pandai kan dorang...adus..mmg perlu carefull

    ReplyDelete
  2. Aah betul, ada juga terbeli, nasib tak banyak. Serious sampai sekarang still China blacklisted dalam my travel list hehe

    ReplyDelete