Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts
Hmmm…jap confuse pulak hari ketiga kat Langkawi nih buat apa hahah. Ok2 ingat dah. Orait so hari last nih, plannya nak pergi tengok air terjun. Kat Langkawi ada a few air terjun yang famous macam Telaga Tujuh, Temurun dan Durian Perangin. Kitorang decide untuk ke Durian Perangin sebab Telaga Tujuh tuh dulu2 dah pernah pergi.

Sekali masa sampai tuh hujan! Mula2 renyai, lepas tuh lebat pulak. Takpelah duduk berteduh dulu dekat gazebo. Ada banyak gazebo sini & persekitaran dia Nampak agak terjaga. Maksudnya bersihlah, kadang kalau pergi kawasan air terjun nih penuh sampah sarap kan. Lepas hujan reda, barulah sesi fotoshoot hehe. Meh layan






Cantik kawasan nih. Nak mandi manda memang syok!Agenda seterusnya adalah naik ke puncak Gunung Raya. Idea nih dicadangkan oleh http://mymiee.blogspot.my/ since dah pernah drive ke Jerai harituh, so kenalah try kan. Untuk naik sampai ke puncak awan tuh, mengambil masa dalam 30 minit. On the way tuh nampak ada 2 orang gigih kayuh basikal #akakhanyamamputengokdandrive

Apa yang ada kat atas? Actually takde apa2 pun hehe. Ada resort, café dan viewing point. Bolehlah nak bergambar dekat dengan awan tuh kan. Cantik.



Hentian terakhir sebelum balik adalah pantai Chenang. Tak sahlah kalau ke Langkawi kalau tak singgah sini. Pantai nih kiranya pantai paling busylah kat Langkawi nih sebab berhadapan dengan Underwaterworld, dan malls.


So that concludes our Langkawi trip. Langkawi ni memang best untuk santai2 seisi keluarga. Cuma kalau boleh, elakkan time cuti sekolah sebab segalanya akan naik harga dan sesak. Nak jalan pun kurang best kan.
Hari kedua di Langkawi. Orang kata kalau ke Langkawi, tapi tak naik cable car tuh tak sah kan?
Jadi pagi tuh misi ke Cable car dulu. Bayaran boleh usha disini: http://www.panoramalangkawi.com/tickets/ sebab ada macam-macam pakej. Dulu pergi ada cable car je hehe. Sekarang ada 6D cinema, ada skybridge dan lain-lain. Tiket skybridge kena beli dekat atas nun tau bukan di kaunter depan-RM18.

Nihlah antara gambar yang diambik. View dari cable car nih memang ohsem. Nampak gunung raya dan mat cincang serta laut andaman yang membiru tuh. Kalau nak thrill lebih, ambik cable car yang lantai kaca tuh hehe.



Ada hentian untuk kita stop, ambik2 gambar & berehat. Boleh singgah juga kafe untuk ngap2 alas perut. All in all, cable car nih wajib kalau pi langkawi ok?

Next stop adalah Kilim Geoforest Mangrove Tour. Untuk ambik pakej nih, kena pergi ke Kilim Geoforest park dan ambik pakej boat di kaunter pertanyaan. Harga asal untuk satu boat adalah RM250 (1 hour trip) . Satu bot tuh besar boleh muat 10 orang kut. Kami berempat ja haha. So ingat nak cancel jelah. Tapi since bukan high season, tak ramai sangat orang, jadi dia bagi RM150 ja.



Untuk 1 hour trip nih dia bawa pergi ke gua kelawar. memang ada kelawarlah kan hehe. Tapi struktur gua tuh yang menarik. Nak tengok pokok2 bakau depan mata. Cuma jaga2 sikit dengan monyet yang dah tunggu dok aim makanan.






Then kita singgah pulak ke fish farm, bagi makan ikan. Sini kalau nak lunch pun boleh tapi kitorang tak makan sini.


And then lastly bagi makan helang. Wah yang nih memang best. Dapat tengok helang dekat2 kan. Walaupun bukan kita yang bagi makan heheh. Sekarang nih pun diorang dah limitkan pemberian makanan, sebab tak elok untuk helang2 ni. Diet yang kurang sesuai serta nanti derang malas nak cari makanan sendiri. Helang nih pulak ada a few jenis, yang dapat tengok helang laut & helang merah.



TO BE CONTINUED...
Rasa macam nak tulis topik baru pulak walaupun kisah travel Seoul-Busan belum tamat sepenuhnya heheh. Ok, since dah lama tak buat family trip, makanya planlah trip nih. Langkawi nih kira sesuai lah kut untuk family trip. Dah lama jugak tak pergi. Last tahun 2012 tak salah. Pergi hujung Syawal hari tuh. Trip weekends je, ambik flight awal ke sana. Pukul 7.30 dah gerak, around 8.30 dah sampai.









Kami book homestay sekali dengan exora sebijik dengan sis nih http://haszlena.blogspot.my/. Total cost 3d2n hanya RM500 untuk rumah teres setingkat yang luas, bersih, kereta pun baru memang puas hati. Kena tambah extra RM50 sebab kami check in awal, check out lambat.















After setel cek in, perut pun lapar, kena lah carik makanan dulu kan?Jadi ayah ajak pegi restoran nasi campur kat kuah tapi lupa namanya! haha ingat ada BBQ je. Memang ada jual ikan bakar segala, sedap makanan dia puas hati makan.

Then kita ronda Langkawi. Startlah dengan landmark dia ye dak? Rasa walau dah beberapa kali pergi Langkawi nih tak pernah sekali bergambar kat burung lang tuh. Time sampai segerombolan tourist mainland china datang menyerbu aduiyai. Susah nak cari port cun.

The next stop is Beras Terbakar & Makam Mahsuri. Rupanya tempat makam nih dah upgrade jadi Kompleks Mahsuri. Bayaran pun agak mahallah kan bila dah upgrade sebab ada banyak benda dia tambah. RM12 sorang. Dalam tuh ada ruang teater, galeri, rumah replika dan shopping stalls.

Petang tuh ke pantai lah kita. Pantai Tanjung Rhu. Sini kalau sapa2 yang minat nak bersukan air bolehlah try. Tapi tempat2 makan takde. Laksa, rojak, cendol tuh yang paling banyak area belakang airport (jalan nak ke airport).

After tuh haruslah nyoping kan. Haji Ismail Group jadi pilihan sebab besides tempat shopping, dia dah buka area gerai makan, ada surau sangat convinient.












To be continued...
Ok, perlu diakui game Pokemon-Go ni memang menjadi satu trend & fenomena masa kini. Baru je released seminggu lalu tapi serious memang sangat trending. Dari yang bermain, kepada yang memberikan komen2 positif & negatif. Apa2 pun dah namanya mainan, main secara berpada, jangan berlebihan obses & buang masa cukup. BTW sepanjang mencari port nih, I am sure glad to find that ramai lagi org2 yang older than me play this game hahah

Game ni sebenarnya intended untuk dimain di kawasan2 tumpuan ramai. Especially taman2 yang popular. Jadi di sini, nak review beberapa tempat di Lembah Klang ni yang aku dah pergi untuk mencari pokemon sambil buat benda2 lain haha seperti makan & jogging. Ada antara tempat2 nih yang dah lama tak jejak so thanks to this game, menjejak kembali tempat nih hehe.

1. Tasik Cempaka Bangi/ Mc Donalds Bangi

Tempat ni best sebab ada banyak Poke Stop serta ramai yang bermurah hati untuk meletakkan Lure Module di sini. Sambil2 jogging, dapat juga Cubone, Dratini, Slowbro, Magikarp, Psyduck dan pokemon yang normal. Dapat nampak bayang-bayang Snorlax tapi tak jumpa.

2. Tasik Cyberjaya

Jika nak tangkap Jynx, sinilah portnya. Memang ada banyak. Tempat lain setakat ni belum jumpa lagi. Selain tuh, pokemon yang normal pun banyak. Poke Stop agak banyak, tapi Lure Module tak seberapa.



3. Sekitar Masjid Putra, Putrajaya

Area depan masjid ni memang popular sebagai tempat rekreasi di waktu pagi/petang. Singgah selepas balik kerja. Sementara tunggu Maghrib, usha2 kawasan untuk mencari Pokemon. Poke Stop banyak. Lure module pun ada orang letak. Kalau nak cari pokemon yang biasa2 memang banyak kat sini. Harituh dapat banyak water type pokemon & juga Clefairy





4. Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Tempat ni serious best. Happening jugak dengan kehadiran gamers. Poke Stop banyak sekeliling tasik tuh & Lure Module pun ada yang rajin menyumbang. Berjaya dapat Kabuto! Antara yang rare. Yang lain macam Poliwag/Poliwhirl serta pokemon water lain banyak. Kalau game nih dah tak in nanti, boleh spend time berpicnic, kayak, berbasikal dll. Sesuai sangat port untuk sekeluarga.





5. Taman KLCC

Ni lagi satu tempat tumpuan gamers Pokemon-Go. Ramai orang main game di sini, Poke Stop sangat banyak sampai penuh beg, & Lure Module rasa macam 24 hours ada orang pasang hahah. Antara pokemon yang rare macam Ivysaur, Pinsir,Vulpix & Dratini. Disebabkan game nih, berjalan seround satu taman, barulah nampak taman air KLCC yang free tuh, and actually quite a good place to hang out and spend time with friends and family.





Jadi pilihlah yang mana berkenan di hati, sambil2 jogging ke, sambil teman anak main, sambil makan2 piknik ke kan, bolehlah cari makhluk2 nih. Belum sampai lagi ke tahap nak ke Gym hahah. Lagipun more to collector, nak kumpul yang rare. But ada yang cakap, lagi tinggi level, lagi senang nak jumpa yang rare. Selamat berPokemon Go.
Hiking yang tak dirancang sangat. Duk tengok2 dekat blog a few bloggers pergi hiking ke tempat ni jadi rasa macam nak pergi. Ajak member, terus on. Gitulah kan, orang cakap yang beria plan susah nak menjadi, kalau mengejut macam ni, lagi senang nak jalan hehe

Bukit Batu Putih ni sebenarnya terletak dalam kawasan Hutan Simpan Tanjung Tuan, berhampiran dengan Ilham Resort. Sebelah tuh Pantai Blue Lagoon. Disarankan untuk hiking awal, kalau dak berpanas. Kami sampai pun dah around 9.30 macam tuh.

Bayar RM1 di kaunter dan lalu ikut jalan tar. Jalan tar? Mana mencabar kan? Haha actually ada lagi a few tracks, tapi kami follow jalan tar tuh je senang sikit. Terus je nanti sampailah nampak Rumah Api Tanjung Tuan. Boleh selfie dulu kat sini.


Then untuk masuk track ke Bukit Batu Putih ni kami ikut track di sebelah kanan (dari main road jalan tar) kerana laluan yang sebelah kiri ditutup. Ada kebakaran katanya. Sampai bomba pun datang nak memantau keadaan. Yalah cuaca kan panas. Bila dah masuk track tuh jalan je straight sampailah nampak batuan putih. Haaa kena panjat batu-batu nih pulak.


Bila dah panjat, taraaa!



View die memang awesome. Cantik macam dekat pulau rasa. Member tunjuk gambar dia kat member opis depa ingat kat Lombok ok. Hehe. Tapi kat puncak tuh memang panas la sebab takde pokok nak lindung. After dah selfie, wefie dan menikmati pemandangan, kami pun patah balik ikut arah yang sama. Masa pergi-balik around sejam suku gitu.

Hiking macam nih sesuai kut untuk beginner/intermediate. Kalau yang hardcore tuh sure tak sempat keluar peluh kut. Makcik, pakcik dan budak2 pun ada yang hike. Jadi apa tunggu lagi, ke PD la, dekat je :)


Oh yeah! Akhirnya tamat jugak kisah Redang ni ye. Lama benar nak menghabiskannya hahah. Ok, jadi untuk part terakhir nih idaklah panjang sangat, sebab dah nak balik dah pun.

Pagi tuh after subuh saya ajak kawan saya untuk nengok sunrise kat pantai. Nak tengok semalamnya, tak larat so pagi ni gagahkan diri untuk ngusha sunrise. Langsung tak mengecewakan. Sunrise yang teramat cantik







Jangan mara haaa banyak benar gambonya. Guna camera cikai cap ayam pun takpa aih. #nofilter

Pagi tuh dihabiskan dengan  berjalan-jalan kat pantai menghabiskan sisa-sisa masa kat sini. Serious tak cukup 3H2M kat sini. Tapi nak buat camne kan. Anyways, lepas bersiap-siap, breakfast & kemas2 barang kami pun sambung fotoshoot sambil tunggu feri nak mai.




Tuh dia feri dah  mai. Sob sob next time kami mai lagi ok. Overall, Redang Lagoon ni recommended untuk traveller bajet. Untuk +-RM400 dapat accomodation yang ok, makanan pun ok. Snorkeling activity best & surrounding/ scenery yang awesome!

Redang Trip Part 1
Redang Trip Part 2
Redang Trip Part 3

Huyeh marilah kita sambung cuti-cuti Redang nih. Alright jadi hari kedua pun snorkeling jugak. Iyolah dah namanya ke pulau, haruslah snorkel dan mandi-manda ye tak? Kali nih pergi area lain pulak. Bila teringat balik rasa stress pulak sebab tak prepare dengan underwater gadgets. At least ada cover water-proof untuk phone tuh pun dah ok. Ini nan hado. Jadik takdelah gambar-gambar underwater. Yang ada gambar atas air je. Pass kat drebar bot. Nihlah hasilnya :



                                            Sempat ok ambik gambar sendiri guna kamera I

 Belah petangnya, after satu lagi session snorkeling, bersantai-santai kat hammock lagi. Sambil-sambil makan petang cekodok dengan bubur haha. Memang layanlah kan kena tiupan angin sepoi-sepoi bahasa gitu.


                                                  Panjat pokok nyiur ambik kelapa muda
                                                                Suasana santai
                                          Tupai banyak menumpang minum petang

To Be Continued...

Redang Trip Part 1
Redang Trip Part 2
Redang Trip Finale



Selepas berehat-rehat seadanya, kami pun pergi ke kafe untuk lunch. Makanan dia not bad.Oklah banyak choice jugak. Makan sudah, tibalah masa untuk snorkelling! Kami naik bot dari chalet dan pergi ke tempat snorkelling. Air membiru, jernih je. Tapi, coral2 yang colourful banyak dah mati. Ikan-ikan banyak jugak. Pelbagai jenis. 



 TAPI, kejap je boleh snorkelling, mabuk laut! Tak taulah kenapa boleh mabuk laut. Masa muda-muda dulu (haha dah tua ok) tahun 2005 pergi ke Perhentian ok je. Tahun 2008 2nd trip Perhentian pun takdelah problem sangat. La nih, pening kepala, berat,  rasa nak muntah. So awal2 lagi dah naik bot. Bot pulak beralun ikut ombak, not helping.


 Balik dari snorkelling member ajak sambung snorkelling area depan chalet, ada baby jaws katanya. Tapi tak larat, terus masuk bilik tidur kejap. Nak dekat maghrib, baru bangun rasa ok sikit. Malam tuh ada BBQ dinner. Concept dia masak sendiri. Dia dah prepare ayam, ikan, sotong yang dah dimarinate, kita yang grill sendiri dekat BBQ pit. Makanlah sampai kenyang. 

Dekat area Redang Lagoon ni dia sedia banyak hammock, jadi aktiviti waktu malam adalah bersadai di hammock, menghirup udara laut yang segar, borak-borak dan main ukulele. Bersantai-santai macam ni serious best! 



Kami jalan-jalan pegi tengok resort-resort yang mahal, ada yang ada live band, ada yang sediakan gazebo romantik. Kami tumpanglah bergambar, apa lagi haha. Resort-resort yang mahal ni kiranya sesuailah untuk orang berhoneymoon.