Solo Trip ke Japan 2018 Kansai Region (Osaka, Kyoto & Nara)

, , 17 comments

Adui, lama gila tak update, tapi kisah yang ni memang rasanya kena dokumenkan. Senang untuk dibuat rujukan kan especially solo traveler.

Jadi trip ni adalah trip solo yang kedua, after Korea. Pilih Osaka sebab pertama, memang kita tahu Jepun ni is a very safe country. Then, since tengok jejak jepun zizan & jihan, memang teringin nak repeat Japan, macam tempat2 ni:






Maka planlah untuk ke Osaka pulak. Dah ajak a few friends tapi tuhlah seme tak boleh commit dengan the date, so this is my second solo trip after Korea. Mula-mula ingat nak pegi time sakura, tapi mahal sangat pulak flight nya. Lagipun dah pernah tengok cherry blossom kat Korea dulu, so pegilah after musim sakura dah berlalu, but still spring.

Trip ni memang backpacking, langsung tak ambik luggage, yang di kemudian harinya membawa sedikit penyesalan sebab tak boleh nak nyopping sangat hahah. But on a positive note, senang nak ke sana ke mari memandangkan book 3 hotel untuk trip ni.

Tak tahulah orang lain yang solo travel macam mana, tapi aku cuak jugaklah mula2 tuh kan. Nak naik kapal sorang2 tapi harung jelah hihi. Alhamdulillah safely arrived dan after dah lalu imigresen semua, pegi ambik sim card. Sim card ni aku beli kat Klook.com. Bila research2 review macam ok, so terus beli. Aku ambik yang Unlimited 4G for 8 Days (RM122).Pickup di kaunter HIS, North gate Kansai. Agak laju jugak, so for me memang oklah. 


Bila dah dapat internet, tenang sikit jiwa kan, yelah senang nak search info, Google Maps dan bersosial media gitu. Terus ke train station. Kat sini beli kad yang Kansai Thru tuh, tapi aku tak ambik any packages, sebab bila kira2 macam tak berbaloi, tak kena sangat dengan itin. Tapi bagi yang nak try boleh check out macam2 pass yang ada di kaunter tu.

Aku book hotel di area Namba. Normally memang ramai yang duduk area sini ataupun Shin Osaka sebab dengan dengan city & transport. Dari airport ke Namba station dalam 45 minit macam tu. Sampai Namba, terus buka Maps, katanya dalam 10 minit walking distance. But no no no jangan caya sangat Maps ni punya estimation, kalau berlari dapatlah kot 10 minit hahah. Sudahnya 20 minit baru sampai. Oklah baru nak familiar dengan jalan2 semua.

APA Hotel Namba menjadi pilihan. Untuk trip ni memang book hotel semua. Memang mahal la kan kalau nak compare dengan hostel ke capsule ke tapi rasa macam lagi prefer hotel. Yang best hotel2 di Jepun ni ada option Single, solo traveler friendly. Yup downside nya tak dapat nak mingle with other people.




For me I totally recommend hotel ni. Patut single room tapi dia bagi standard double room. Customer service ok, location ok near to Namba. Glico man tuh dekat je dari sini. 

So malam tuh after dah rehat seme, keluar bergambar dengan Glico dan explore area Dotonbori. 



Makan malam bel ikat Family Mart je hee. Convenient store kat Japan ni memang awesome. Macam2 benda ada. Nasi, salad, telur, onigiri. Kalau bawak serunding, sambal sikit jalan. Jimat pun jimat.


To be continued...

17 comments:

  1. Kansai area ni memang best... dulu banyak tempat tak dapat cover...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, jatuh chenta sama tempat ni. Duduk 6 hari sini pun ada lagi tempat tak pergi

      Delete
  2. boleh caya Google Maps time dia bagitahu nak naik train ape je sebab sangat betul dan on time. tapi jarak2 berapa minit jalan kaki memang ooout. kena tipu sokmo ahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kan. Tipah tertipu mmg 5 minit dia tuh sama dgn 15 minit

      Delete
  3. Terpengaruh jugak dengan jejak jepun jihan zizan tu.. tp depa p free.. huhu.. best gila dapat 2 katil bilik single.. berguling sakan..

    ReplyDelete
  4. Kan, Jepun ni mmg best & convenient. Haha katil extra jadi tpt letak brg. Bilik comel sgt tapi bersih, rege not bad and location pun ok.

    ReplyDelete
  5. wish for me.. nk solo travelling to osaka.. tak takut sgt coz penah pegi sblm ni... tp byk tempat tak cover... kali ni pi solo pulak

    ReplyDelete
  6. boleh bgtaw ape name hotel di Namba ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. APA hotel. Dia chain hotel yang bagi saya oklah kalau just nak tidur/rehatkan diri. Lokasi dia pun ok

      Delete
  7. Berapa bajet ke sana??? Sy first time nk travel oversea.... Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bajet saya all in including flight tix & accomodation around 3K. Takdelah jimat sangat but still ok kot

      Delete
  8. salam, sis saya nak minta itinerary boleh ke? sebab ada plan nak solo trip next year huhu

    ReplyDelete
  9. thanks sebab share.. sy pun nak gi gak bulan 12 ni.. solo trip.. total cost damage overall dlm berapa tu from a-z..

    ReplyDelete
  10. Hi! Mcmana pulak dgn signboard/direction? Senang ke nak baca? Ada english signboard? Or kena upload any apps?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi omg kita dah lama tak update ingat takde readers hehe. Signage in English ada, jgn risau & the ppl pun friendly & helpfull

      Delete
  11. hai. saya pergi osaka tahun lepas iaitu bulan 7 tahun 2019. travell sorang jugak. tak pernah terbayangkan boleh pergi osaka sorang2 pulak tu. sangat2 best . the best moment when u travell solo/backpakers rasa sangat wow .

    ReplyDelete