Showing posts with label seoul. Show all posts
Showing posts with label seoul. Show all posts
Early Spring 2019, aku berkunjung lagi ke Seoul. Nih dah kali ketiga nih. Ada urusan sikit sambil tuh jalan-jalan la kan hehe. Jadinya nak review tempat-tempat yang tak pernah pegi masa 1st & 2nd visit harituh. Time pergi tuh cuaca memang sejuk uols. Malam boleh cecah 1-2 Degrees walaupun time tuh dah end March. Kalau ikutkan, last weeknya tu suhu dah naik, tapi nih turun balik. Nasib bawak heat tech, cuma jacket je bawak yang spring/autumn kalau tau bawak yang winter. Almaklum orang Asia nih, tak tahan sejuk hahah.

Sebenarnya misi untuk mencari cherry blossoms, sebab tuh pilih date tuh. Dah ada keluar sikit2 cuma  tak full bloom. Alhamdulillah ada rezeki nak menengoknya.



Anyways, sebab nih dah kali ketiga, so aku just nak review tempat-tempat yang tak sempat di cover masa trip dulu. Tempat-tempet ni sesuai if korang ada masa yang agak lama nak explore Seoul or of this is not your first visit. Kira macam lain sikitlah kan daripada tourist attraction yang biasa orang pergi.

Changdeukgung Palace

Normally bagi pengunjung kali pertama, palace yang menjadi tumpuan adalah Gyeongbukgung tapi Changdeukgung ni palace yang well preserved & maintain dia punya original features. Paling special tempat ni ada Huwon, iaitu secret garden. Tapi make sure kalau nak pergi kena reserve online k. I terlambat dapat info, so tak dapat masuk secret garden tuh.

Palace ni tak sebesar Gyeongbukgung & tak ramai sangat pengunjung. Jadi sesuai tau kalau nak buat photo shoot/selfie/wefie sambil2 pakai hanbok tuh. Nak pergi sini senang je, uol naik subway sampai ke Anguk Station.




Harry Potter Cafe (943 King's Cross)

Harry Potter Cafe ni terletak di Hongdae. Ni first time pergi area Hongdae ni. Dulu2 cuma sempat ronda area Myeondong je. Happening rupanya area nih more to tempat lepak students. Cara nak pergi ke Harry Potter Cafe nih, korang naik subway sampai station Hongik University kemudian ambik exit 9. Jalan straight dalam 10 minit, then bila nampak Tous les Jours, belok kanan. Uol akan nampak cafe nih belah kiri.

Tempat ni awesome gila untuk berphoto sebab banyak photo op. Kat luar building dia pun dah ada station Harry Potter yang macam kat London tuh. Then uol boleh pakai robe and guna props dia all for free as long as uol beli drinks kat situ (ok drinks dia idaklah murah).

Anyways, totally an instagrammable place.






COEX Starfield Library

Tempat nih memang dah jadi top spot dalam instagram. Maka haruslah pegi hehe. Kalau uol pergi dengan tujuan nak membaca memang ini bukanlah tempatnya sebab semua buku in Korean (well unless if you can read Hangul haha)

Untuk pergi ke Starfield Library, uol ambik subway Line 2 ke Samseong station, then ambik exit 5/6. Follow je signboard tuh untuk ke COEX mall. Library nih dia dekat2 juga dengan SM Museum.





BONUS Review! For all girls yang kaki shopping, uol, I suggest untuk ke Ewha University. Dulu dah pergi, tapi idaklah bertujuan untuk shopping. More to explore the university itself. Tapi sebab kali nih niat nak shopping, maka I explore la all shops kat situ. Aduih boleh bikin pengsan weh. Baju2 kasut2 beg2 seme cantik2 dan semua mostly 10K won. Bila check the tag, Made in Korea, but I dunnolah how true that is. But, if uol nak cari tempat lain untuk nyopping besides Myeondong, this area is highly recommended.




Happy travelling!


Ok, jadi harini bermula agak lewat hehe. Rasa macam malas nak keluar awal. Kalau keluar before 10 sejuk lagi kat luar. Around 10-12 degrees. Jadi around 10.30 baru bermula harini. First destination adalah Ewha Women’s University atau lebih dikenali kat sini dengan nama Edae.  Best jugak kan ada University khas untuk wanita. Sebab apa? Sebab area tuh jugak merupakan port shopping yang best haha (macam la banyak sangat menda nak shopping)

Untuk ke Edae ni senang je, turun kat Ewha University station. Jalan straight je nanti sampailah pintu masuk dia. Universiti nih university wanita terbesar di dunia! Senibina arkitek dia memang menarik. Jalan-jalan usha surrounding dia. Ramai jugak students2 lelaki datang dengan harapan dapat jumpa aweks-aweks cun le tuh heheh.







Then kita nyopping la kan. Macam2 benda boleh shop kat sini. Dari cosmetics, baju, handbag, kasut. Janji ada duit kan. Cosmetics macam takdelah beza dengan kat Myeondong, sebab kedai2 nya pun sama. Tapi kalau baju2 tuh memang best shopping kat Edae ni. Banyak butik2 baju yang murah tapi quite trendy. Cumanya baju dia mengikut musim. Make sure ada cop “Made in Korea” baru berbaloi beli heee. Range harga dalam 10000W-20000W.

Petang-malam ingat nak rayau Myeondong pulak. Cari streetfood. Ada makanan2 yang boleh dimakan macam kebab, bungeoppang berinti kacang merah (sedap serious!), strawberry mochi, gyeran bbang (egg bread) dan hotteok. Sorry gambar tak banyak sedap leka melantak haha. Bukan seme makan kat situ, ada yang tapau makan kat bilik heheh.






Malam tuh, since malam terakhir di Seoul, ingat nak singgah DDP (Dongdaemun Design Plaza). DDP nih shopping complex cum exhibition centre designed by Zaha Hadid. Design dia macam UFO! Kalau malam-malam boleh tengok LED rose bergemerlapan gitu hehe.









Orait that’s a wrap untuk harini. Esoknya nak ke Busan! 
Perut pun dah bunyi2 kelaparan dah nih. Secara jujurnya, dalam trip nih macam tak banyak makan kat luar. Maybe dalam sehari tuh sekali je kut. Pertamanya sebab nak jimat kos, secondly bila nak makan sorang2 nih kena tengok tempat jugak kan. Nasib kadang-kadang ada yang ngajak join makan sesama tuh bolehlah join hahah. Hmmm tapi tips untuk nak makan sorang nih, elakkan peak hour kut 12-2, dinner 8-10. Try makan awal sikit or lewat sikit.

Anyways, ada baca dalam satu blog nih mengenai restoran Chungmu Kimbap yang terkenal dengan nasi sushi bersama sotong pedas dan kimchi lobak putih. Sodap katanya. Ada beberapa cawangan kat area Myeondong. Jadi cari punya cari jumpa! Dekat2 dengan Forever 21. Tak salah regenya 7000W



Pergh memang berasap makan nih. Pedas woooo. Tapi sedap!

Perut dah kenyang, jadi perjalanan diteruskan dengan berjalan mendaki bukit ke arah Cable car Nseoul Tower. Kalau dari subway tuh ambik exit 3, jalan ke arah 7-11, nampak Hotel Pacific belah kiri, jalan straight je mendaki. Nasib before trip nih aku adalah sikit2 exercise kalau tak sure pancit. Takdelah penat sangat heheh. Dulu sebenarnya dah pernah pergi Nseoul Tower nih, tapi tak berkesempatan naik cable car. Yang bestnya, cherry blossom masih banyak lagi! Seronok :) Lagi best kalau naik bas or even jalan kaki je ke atas, tapi masa macam tak cukup jadinya naik cable car je


Cherry blossoms & NSeoul Tower. Perfect combo


Bila dah petang2 macam nih, datang pulak angin bertiup boleh tahan sejuknya. Dah kata nak melarikan diri kejap dari kehangatan elnino Malaysia hehe.

Cherry blossoms VS Kunci2 cinta sapa menang?


Jumpa adik2 nih. Teman borak2 hehe


To Be Continued...



Ada lagi ke yang follow kisah ni? Heheh orait so kita sambung la ya. After abih sesi dating di Bukchon Hanok tuh, aku menuju je palace. Mula-mula ingat dan pergi ke Changdeukgung sebab Gyeongbukgung dah pernah pergi trip sebelum ni. Tapi bila fikir2 masa pergi harituh pun tak jalan sampai ke hujung tasik tuh. Bila dah balik baru tau bahagian belakang istana tuh ada taman tasik. So, akhirnya menujulah ke Gyeongbukgung.

Nak pergi Gyeongbukgung ni naik subway line 3, stesyen Gyeongbukgung, exit 5. Sebenarnya tak jauh pun dari area Bukchon Hanok tuh, kalau larat boleh jalan kaki pun. Bayaran masuk adalah 3000 Won. Bila sampai-sampai tuh sempat tengok pertukaran guard. Tapi duduk barisan agak ke belakang jadinya malas nak snap photo sebab mesti tak cantik.

Udah sampai!

                                          Suka sangat tengok colour2 kat siling dia nih

                                                                         Pavilion

Dah habis pertukaran guard tuh, kebetulan ada free group tour. Jadi apa lagi join jelah. Dengar kisah dan sejarah serta macamana proses membaikpulih dijalankan, sebab istana ni musnah time perang dengan Jepun dulu. Sempat juga borak-borak dengan a few travellers.

Tiang2 ni nampak klasik kan?


Group tour guide

Dan akhirnya, sampailah ke taman tasik Gyeongbukgung. Time spring memang cantik sangat. Patutlah orang-orang Korea pun siap dress up pakai hanbok untuk ambik gambar kat sini. Best sebab dapat spend time and menghayati keindahan tempat ni. Takde nak rushing2 sangat. Rushing sikit jelah sebab perut dah lapar!

TO BE CONTINUED...


                                                                Taman tasik istana



                                                                    Macam lukisan


                                                   Wefie dengan adik2 comel yg sporting


First Solo Travel! Ke Seoul & Busan Spring 2016 (Part 1)


Hari kedua. Hari ni dah berjanji dengan seseorang nak jumpa dia sebab dia nak bawak kita pergi jalan-jalan Bukchon Hanok. He’s a Korean guy, oppa? I wish. Haha nolah more to Ajusshi. Tapi baik hati tuh yang penting. Ambik tour free di bawah tajaan Korean Tourism (Updated, dulu KTO, sekarang under VisitSeoul) http://english.visitseoul.net/index Haaa jangan tak tau ada pemandu pelancong percuma tau kat Seoul nih. Volunteer guide namanya. Ada macam-macam pakej boleh usha di sini: http://english.visitseoul.net/walking-tour, just need to drop them an email and the feedback is immediate! 




Sebenarnya ni group tour, but so it happens that takde orang lain that day, only meeee. Meet my guide Mr Lee. Mr Lee ni dah 10 tahun jadi guide dan tahu banyaklah sejarah Korea. Kan best? Sambil2 kita tengok2 palace, rumah2 tradisional, ada orang ceritakan pada kita the history and story. Dia pun quite fluent in English jadi kalau ada apa2 nak tanya tuh boleh je. Kita pun takdelah sesat dan buang masa kan? Bagus kan tourism korea nih.

                                                            My guide Mr. Lee


Ok jadi pagi ni saya ambik tour Bukchon Hanok. The reason is masa first time mai Korea nih tak sempat nak ronda this area. The tour start dekat Anguk station, dekat rumah kelahiran King Gojong ,Unhyeongung.



Then barulah berjalan menuju area Bukchon Hanok. Bukchon Hanok ni sebenarnya kawasan residential orang2 besar yang terletak antara 2 istana iaitu Gyeongbuk dan Changdeuk.



Banyak rumah2 di sini masih mengekalkan senibina traditional Korea jadi kawasan nih memang cantiklah untuk berjalan dan ambik gambar. View dia pula kat atas bukit. Memang cantiklah. Gigih jugak kena berjalan mendaki bukit kat area nih. Ada beberapa view points & rasanya agak memenatkan.Tapi bak kata Mr Lee, “See you are rewarded with this beautiful scenery” Ok Mr Lee I have to agree with you.


Tour di Bukchon Hanok ni mengambil masa around 2 hours. Sangat2 recommended ok. Jadi apa tunggu lagi, bagi yang dah plan nak ke Seoul tuh, book laju-laju.

TO BE CONTINUED...

First Solo Travel! Ke Seoul & Busan Spring 2016 (Part 1)

Lepas dah habis berehat, bermulalah misi mencari ceri blossom. Initially, nak pergi serbu area Jinhae di Busan sebab ceri blossom dekat situ memang awesome gila. Jealous tau tengok orang2 yang dah pergi last week bergambar kat situ. TAPI, dengar2 time 2nd week April macam dah sendu kat situ. Sebab tuh decided untuk shoot ke Seoul dan cari ceri blossom kat Seoul. Bloom di Seoul lambat a few days compared to Busan.

Jadi, kita ke Yeouido Park. Untuk ke sini, ambik Line 5 ke Yeoido Station, then tukar ke Line 9 dan turun di National Assembly Station. Ambil exit 4. Lokasi dia nih nearby KBS. Tempat nih ramai orang santai2. So bila aku dah sampai dok la mencari pokok ceri blossom nih. Adalah a few pokok yang masih lagi berbunga. Hati pun turut berbunga hehe. Ada rezeki untuk tengok ceri blossom.



Then bila berjalan lagi sikit depan KBS, wah pokok-pokok dia masih banyak lagi bunga! Dah excited dah. Apa lagi ambik la gambar, tapi time nih segan2 lagi, tak reti lagi nak mintak tolong orang ambikkan gambar, makanya banyak selfie jelah. Sempatlah jalan2 depan KBS jugak.



Next port adalah Yeoido Hangang park. Actually boleh je jalan dari sini, tapi nak jugak naik subway. Turun di Yeoido Station (Line 5) ambik exit 3. Wah! meriah sini. Ada flower festival. Walaupun hari tuh hari bekerja, ramai jugak orang berhanami, berpicnic dan beriadhah. Yang bestnya jumpa tulips! Cantik2 bunga kat sini. Duduk lepak sini layan perasaan sambil tengok sunset memang best.







Then dah habis bersunset, perut pun udah lapo, jadi kena pergi mencari makanan. Ingat nak makan kebab je, jadi ke Itaewon (Line 6) Exit 3. Keluar2 je exit tuh dah nampak kedai kebab turki, 5000W regenya. beli tapau makan di bilik. Singgah 7E beli susu pisang dan buah2 sikit. Lepas makan zzzzzz, penat ok, lagipun kena ganti tidur sebab atas flight memang tak boleh tidur, bising grrrrr. Next time kena ambik quiet zone lah.

TO BE CONTINUED...

First Solo Travel! Ke Seoul & Busan Spring 2016 (Part 1)

Kalau difikir balik, memang macam tak percaya yang aku boleh sampai ke negara orang lain sorang-sorang. Walaupun just South Korea, but this is quite an experience. Mula-mula tuh takdelah perasaan sangat, excited je nak pergi kan, but approaching the departure date dah mula fikir macam-macam, nanti takde sape nak tolong, kalau jadi apa-apa macamana? Will I be lonely? 6 hari tuh kan lama. Memang sampai boleh kata mood tuh dah hilang.Packing pun ala kadar je.

But I reminded myself, tiket dah beli dah, hotel dah book, South Korea is one of the safest country to travel to, orang Malaysia ramai je travel sana and research pun dah buat. Kalau follow planning tuh InsyaAllah ok.

Sampailah ke hari departure, still working on that day, flight pukul 1.00AM. Duduk lepak-lepak dekat ruang menunggu , sampailah nak masuk perut kapal terbang. Pandang kiri-kanan hmmm takde muka-muka dikenali. Rasa macam buat kerja gila pun ada. Dah malam, so tidur dululah.

Pukul 8.00AM selamat landed di Gimhae International Airport. Time turun tuh pun usha2 kalau-kalau ada solo traveller yang boleh dibuat geng. Yelah, solo traveller senang sikit, kurang sikit sombongnya kan. Takkan nak approach laki bini tengah honeymoon, famili yang sibuk dengan anak-anak? So the best bet adalah either solo traveller ataupun geng backpackers. Hmmm takde pun. Haru betul, I really thought adalah solo traveller tapi takde pulak.


Tengah beratur tunggu kastam adalah sorang kakak ni menegur, "Sorang je ke?" So aku pun jawablah sorang je. Dia datang berdua dengan kawan dia. Derang plan untuk tour the whole Busan untuk 6 hari tuh. Aku pulak plan nak naik Seoul dulu then baru tour Busan. But nonetheless, kami naik Metro sama-sama dan janji untuk dinner sama-sama kat Busan nanti.Yeah! see at least ada dah kawan.

Dari Gimhae ke Busan Station, naik Line Airport ke Sasang (Line 2), then tukar ke Line 1 di Seomyeon, barulah turun ke Busan Station. Guna TMoney yang senangnya.

Sampai di Busan Station, kena cari KTX station dia ok. Follow je instruction. Bila sampai,  beli KTX ticket ke Seoul (59000W sehala).Time tuh dah pukul 10.15AM. Train pukul 11.00AM. Sempat singgah washroom, beli coffee, roti dulu, baru naik train. KTX ada WIFI so barulah contact2 dengan people back home dan sambung tidur. 2 jam setengah barulah sampai ke Seoul station.



Nasib nak cari hostel tak susah sangat. Location memang best, sebab nearby subway, and intersection between line 2,4 and 5. Bilik single, with ensuite bathroom. Not badlah, padan dengan harga, Dongdaemun Hostel namanya, booked through Booking.com. Staff dia pun boleh converse in English and quite friendly. Cumanya ni budget hostel so janganlah expect tinggi sangat. Kemudahan mencukupi, WIFI laju tuh yang penting. Rehat2 dulu barulah boleh explore Seoul


TO BE CONTINUED...
First Solo Travel! Ke Seoul & Busan Spring 2016 (Part 1)
Mula-mula beli tiket secara gamble sebab kena timing spring time, tiket pulak murah. Dah lama teringin nak tengok cherry blossom secara live. Bila lagi kan? Fikir nak tunggu masa yang sesuai, tunggu kawan free? The right time is now, gitu konsepnya, terus beli dan plan. Beli KL-Busan-KL. Ingat nak pergi Busan & Jeju, since my first visit dah pergi Seoul, tapi bila selidik dan riki, macam leceh nak round Jeju kalau tak sewa kereta. Dah takkan pulak aku nak sewa kereta sorang? So changed plan untuk naik ke Seoul for a few days and then baru turun balik Busan via KTX. Ok I'll share dulu photos and explain in detail ok?

TO BE CONTINUED...