Pengembaraan Solo (Almost!) Berjalan ke Tokyo- Part 2

, , No Comments


Ok, sambungan trip ke Tokyo sudah mari. Sebaik flight landing dan immigration jadinya around 10.30PM juga baru setel. Sebelum ke tempat menunggu bas, kami beli dulu kad PASSMO yang akan digunakan untuk menaiki subway esok. Senang je guna machine tuh, kalua tak salah berhampiran information center. Tempat menunggu bas terletak di bahagian bawah (Group Bus Stop) . Turun guna escalator , dan tunggu di bahagian luar. Keluar je dah terasa kesejukan angin malam Autumn Tokyo.

Dalam 15 minit, bas Toyoko Inn pun sampai. Ada beberapa orang lain yang naik bersama kami. 10 minit kemudian tibalah kami ke hotel. Check in pun cepat dan pantas. Biliknya simple je.Oklah untuk overnight stay. Daripada nak ke town lebih baik rehat dulu. Malam tuh terasa lapar, kami ke 7E yang terletak opposite dengan hotel dan beli onigiri tuna. Memang sedap! Dan onigiri nilah yang jadi santapan boleh kata hari-hari semasa kami di sini.

                                                                   Tuna Onigiri 7E
Esoknya, selepas bersarapan kami ke Otorii Station yang terletak berhampiran hotel menuju ke Ningyocho untuk check in hotel Horidome Villa.

Otorii – eki to Ningyocho eki
Keikyu Airport Exp to Sengakuji > Change to Toei Subway Asakusa Line>Exit at Ningyocho (460Y)

Dari Ningyocho, ambil exit A5, belok kiri dan straight around 10 minit, maka sampailah. Hotel ni juga recommended. Simple hotel,tapi facilities cukup, tiada breakfast cuma ada coffee and tea. Ada 7e nearby & rate around RM250 per night (ikut exchange).


Bilik dia kecil sikit, memang muat-muatlah untuk kami berdua dengan luggage yang tak seberapa. Staff dia friendly, boleh speaking London sikit-sikit. Kami sampai around 9.30 tak boleh check in lagi, tapi boleh tinggalkan luggage dan kami pun mulalah explore Tokyo! Ke mana destinasi kami? Clue :

                                                                     Kat mana kita ni?

0 comments:

Post a Comment