Redang Trip - Part 2

, , 9 comments


Selepas berehat-rehat seadanya, kami pun pergi ke kafe untuk lunch. Makanan dia not bad.Oklah banyak choice jugak. Makan sudah, tibalah masa untuk snorkelling! Kami naik bot dari chalet dan pergi ke tempat snorkelling. Air membiru, jernih je. Tapi, coral2 yang colourful banyak dah mati. Ikan-ikan banyak jugak. Pelbagai jenis. 



 TAPI, kejap je boleh snorkelling, mabuk laut! Tak taulah kenapa boleh mabuk laut. Masa muda-muda dulu (haha dah tua ok) tahun 2005 pergi ke Perhentian ok je. Tahun 2008 2nd trip Perhentian pun takdelah problem sangat. La nih, pening kepala, berat,  rasa nak muntah. So awal2 lagi dah naik bot. Bot pulak beralun ikut ombak, not helping.


 Balik dari snorkelling member ajak sambung snorkelling area depan chalet, ada baby jaws katanya. Tapi tak larat, terus masuk bilik tidur kejap. Nak dekat maghrib, baru bangun rasa ok sikit. Malam tuh ada BBQ dinner. Concept dia masak sendiri. Dia dah prepare ayam, ikan, sotong yang dah dimarinate, kita yang grill sendiri dekat BBQ pit. Makanlah sampai kenyang. 

Dekat area Redang Lagoon ni dia sedia banyak hammock, jadi aktiviti waktu malam adalah bersadai di hammock, menghirup udara laut yang segar, borak-borak dan main ukulele. Bersantai-santai macam ni serious best! 



Kami jalan-jalan pegi tengok resort-resort yang mahal, ada yang ada live band, ada yang sediakan gazebo romantik. Kami tumpanglah bergambar, apa lagi haha. Resort-resort yang mahal ni kiranya sesuailah untuk orang berhoneymoon. 

9 comments:

  1. Alhamdulillah saya lebih senior pun langsung tak mabuk laut...
    BBQ tu memang best... banyak yakamat masa saya di sana...
    Pasal baby shark tu... ada member sanggup tukar baju walaupun cuma sejam lagi nak ke feri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu tuhlah, tak bestlah mabuk2 nih, baru berangan nak ambil scuba license

      Delete
  2. Suasana di redang seronk ajakan.. mcm happy2 x ada apa nk risau... carefree... balik KL, teros naik hangin .. jam sana sini..hehhe.. (emo jap, teringat nasib sendiri nak p keja jam)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, aman damai je rasa, sesuai sangat untuk release stress

      Delete
  3. Best kan menyelam... Tapi SS tak boleh menyelam... Takut air kat laut abis! Keh Keh Keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah, idoknya, banyak air laut kat redang hihi

      Delete
  4. Da lama tak pergi ke Redang Island walhal orang terengganu juga. Last visit Redang Island pada tahun 1995

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memang standard, lagi dekat, lagi payah nak pegi tempat tuh hehe

      Delete
  5. dah tua katanya....kalau mcm tu sis JM berganda2 lah tua nya

    ReplyDelete