Travel Tips - Sebelum memulakan perjalanan (Bahagian I)

, , 1 comment


Saya bukanlah seorang yang selalu travel, tetapi saya nekadkan untuk travel ke luar negara sekurang-kurangnya setahun sekali. Kalau dah nekad, kenalah pandai-pandai save duit hehe. Jadi berdasarkan pengalaman yang tidak seberapa, saya kumpulkan beberapa tips jika mahu travel ke luar negara. Tips ini saya bahagikan kepada Sebelum, Semasa dan Selepas.


1. Destinasi anda? Ke mana anda hendak pergi? Adakah anda ada bucket list (senarai tempat) yang anda ingin lawati? Anda solo traveller, dengan rakan atau famili? Anda mahukan adventure ataupun percutian santai? Cuaca yang bagaimana? Keadaan di negara tersebut selamat atau tidak? Fikirkan terlebih dahulu semua faktor tersebut supaya travel trip anda dapat memenuhi kehendak dan bersesuaian dengan anda (dan travel companion(s) anda). 

2. Berapa bajet anda? Ini juga salah satu perkara penting yang perlu difikirkan semasa merancang travel trip anda dan yang penting, jangan berhutang untuk travel. Travel ikut kemampuan.


3. Pakej atau self-plan travel? Jika bajet anda tidak banyak, selalunya option yang ada adalah backpacking/self-plan travel. Semasa saya merancang percutian ke Tokyo, saya hanya bajetkan dalam RM2500 sahaja (flight + hotel+ transport+ makan+ tiket entrance) dan dengan self-plan travel bajet tersebut adalah sangat-sangat mencukupi. Cumanya perlukan masa yang lebih untuk membuat research daripada forum (cari.my) dan juga blog serta book sendiri tiket penerbangan dan hotel. Jika bajet anda lebih, maka anda mempunyai option untuk mencari travel agent yang akan menguruskan semuanya  dari A-Z(tiket flight, hotel, transport dan makan) jadi anda tidak perlu pening-pening kepala. Kadangkala harga yang ditawarkan agak berbaloi. Ini amat memudahkan bagi anda yang travel dalam kumpulan yang agak besar, dengan family, ada anak-anak kecil serta orang tua. Lawati laman web travel agent dan bandingkan harga. Anda juga boleh kunjungi Matta fair. Untuk kurangkan kos, saya sarankan untuk book sendiri tiket flight, dan cari pakej ground arrangement. Itu yang saya lakukan untuk trip ke Beijing (all in cost RM1500).


4. Passport! Sebelum beli tiket kapal, harus semak terlebih dahulu jika nama anda telah disenaraihitam daripada ke luar negara (kemungkinan disebabkan oleh hutang PTPTN). Jika tiada halangan, maka bolehlah anda membuat passport/perbaharui passport.Pastikan ia masih hidup (6 bulan dari tarikh anda pulang)


5. Visa. Yang ni lain daripada passport. Cek terlebih dahulu samada negara yang anda bakal lawati tuh perlukan visa ataupun tidak. Macam S.Korea dan Japan tak perlu. Untuk ke Arab Saudi dan China perlukan visa. Jadi kena apply visa dulu atau boleh suruh agent setelkan.

---To Be Continued 


                                                            Hakone - Tokyo Trip 2014

 

1 comment: