Showing posts with label redang. Show all posts
Showing posts with label redang. Show all posts
Oh yeah! Akhirnya tamat jugak kisah Redang ni ye. Lama benar nak menghabiskannya hahah. Ok, jadi untuk part terakhir nih idaklah panjang sangat, sebab dah nak balik dah pun.

Pagi tuh after subuh saya ajak kawan saya untuk nengok sunrise kat pantai. Nak tengok semalamnya, tak larat so pagi ni gagahkan diri untuk ngusha sunrise. Langsung tak mengecewakan. Sunrise yang teramat cantik







Jangan mara haaa banyak benar gambonya. Guna camera cikai cap ayam pun takpa aih. #nofilter

Pagi tuh dihabiskan dengan  berjalan-jalan kat pantai menghabiskan sisa-sisa masa kat sini. Serious tak cukup 3H2M kat sini. Tapi nak buat camne kan. Anyways, lepas bersiap-siap, breakfast & kemas2 barang kami pun sambung fotoshoot sambil tunggu feri nak mai.




Tuh dia feri dah  mai. Sob sob next time kami mai lagi ok. Overall, Redang Lagoon ni recommended untuk traveller bajet. Untuk +-RM400 dapat accomodation yang ok, makanan pun ok. Snorkeling activity best & surrounding/ scenery yang awesome!

Redang Trip Part 1
Redang Trip Part 2
Redang Trip Part 3

Huyeh marilah kita sambung cuti-cuti Redang nih. Alright jadi hari kedua pun snorkeling jugak. Iyolah dah namanya ke pulau, haruslah snorkel dan mandi-manda ye tak? Kali nih pergi area lain pulak. Bila teringat balik rasa stress pulak sebab tak prepare dengan underwater gadgets. At least ada cover water-proof untuk phone tuh pun dah ok. Ini nan hado. Jadik takdelah gambar-gambar underwater. Yang ada gambar atas air je. Pass kat drebar bot. Nihlah hasilnya :



                                            Sempat ok ambik gambar sendiri guna kamera I

 Belah petangnya, after satu lagi session snorkeling, bersantai-santai kat hammock lagi. Sambil-sambil makan petang cekodok dengan bubur haha. Memang layanlah kan kena tiupan angin sepoi-sepoi bahasa gitu.


                                                  Panjat pokok nyiur ambik kelapa muda
                                                                Suasana santai
                                          Tupai banyak menumpang minum petang

To Be Continued...

Redang Trip Part 1
Redang Trip Part 2
Redang Trip Finale



Selepas berehat-rehat seadanya, kami pun pergi ke kafe untuk lunch. Makanan dia not bad.Oklah banyak choice jugak. Makan sudah, tibalah masa untuk snorkelling! Kami naik bot dari chalet dan pergi ke tempat snorkelling. Air membiru, jernih je. Tapi, coral2 yang colourful banyak dah mati. Ikan-ikan banyak jugak. Pelbagai jenis. 



 TAPI, kejap je boleh snorkelling, mabuk laut! Tak taulah kenapa boleh mabuk laut. Masa muda-muda dulu (haha dah tua ok) tahun 2005 pergi ke Perhentian ok je. Tahun 2008 2nd trip Perhentian pun takdelah problem sangat. La nih, pening kepala, berat,  rasa nak muntah. So awal2 lagi dah naik bot. Bot pulak beralun ikut ombak, not helping.


 Balik dari snorkelling member ajak sambung snorkelling area depan chalet, ada baby jaws katanya. Tapi tak larat, terus masuk bilik tidur kejap. Nak dekat maghrib, baru bangun rasa ok sikit. Malam tuh ada BBQ dinner. Concept dia masak sendiri. Dia dah prepare ayam, ikan, sotong yang dah dimarinate, kita yang grill sendiri dekat BBQ pit. Makanlah sampai kenyang. 

Dekat area Redang Lagoon ni dia sedia banyak hammock, jadi aktiviti waktu malam adalah bersadai di hammock, menghirup udara laut yang segar, borak-borak dan main ukulele. Bersantai-santai macam ni serious best! 



Kami jalan-jalan pegi tengok resort-resort yang mahal, ada yang ada live band, ada yang sediakan gazebo romantik. Kami tumpanglah bergambar, apa lagi haha. Resort-resort yang mahal ni kiranya sesuailah untuk orang berhoneymoon. 



Ok, kali ni nak cerita pasal cuti-cuti Malaysia pulaklah. Bulan Mei hari tuh, me & my friend pergi ke Redang. Release stress katanya. Dah lama sebenarnya tak ke Pulau (Untuk snorkelling hehe) Last masa tahun 2012, pergi Manukan & Sapi Island tapi tak buat aktiviti apa. Santai2 je. Dah besar2 nih macam malas sikit nak join aktiviti air huhu. Tapi seronok sebenarnya.

Selain Pulau Perhentian dan Kapas, Pulau Redang ni pun antara yang famous di Kuala Terengganu. Sebenarnya plan masa cuti Labour day, tapi sebab last minit, makanya full. Jadi, kita pergi je la hujung bulan 5. Duk cari-cari tiket flight kalau-kalau ada yang murah tapi takdelah pulak, so we decided to drive.

Kami plan untuk pergi the day before dan bermalam di K.Terengganu semalam sebab feri untuk ke Redang pagi-pagi buta dari terminal jeti Syahbandar. Kami menginap di DJ Citi Inn. Bilik dia agak kecik tapi oklah untuk semalam, rate pun murah je RM65/70 macam tu. Malam tuh pergi area Pantai Batu Burok ambik angin laut.






Esoknya, pagi-pagi dah check out dan drive ke jeti Syahbandar dan park kereta di situ. Parking rate sehari 70/80 sen tak salah. Kami ambil pakej 3H2M di Redang Lagoon. Time survey2 ini antara pakej termurah yang ditawarkan. All in around RM400 include feri, accommodation, makan2, & snorkelling trip. Breakfast kami tapau kuih2 je daripada stall tepi jalan, then terus pergi jeti. Pukul 9.30 lebih kurang feri pun bergerak. Feri dia jenis besar dan ada aircond, selesalah kan untuk perjalanan yang mengambil masa hampir 2 jam! Jauh ok. Bila dah nampak darat dengan air biru, adui seronok tak terkata. Melambai-lambai je pulau tuh.





Feri tuh tak boleh direct ke pulau, ada macam feeder platform boat yang ambik. Masa dah sampai turun dari boat, ada insiden, bagpack my friend hilang! Asudah, macam mana nih, My friend dah cuak & nak ngamuk2 dah dah  staf feri tuh. Lepas staf duk cari2 nasib baiklah jumpa. Jadi kita tunggu dan naik cart yang datang menjemput kita untuk ke chalet. After register semua, lepak2 dulu dalam bilik. Bilik dia not badlah, ada aircond tuh yang penting, panas! Tapi takde TV. TV ada di lobi je. But for me ok je, serious banyak lagi benda nak buat you wont miss the TV hehe. Petang ada sesi snorkelling.