Aduih kejap benor masa berlalu wei. Nih dah nak balik Malaysia sudah. Ada 1 more day untuk spend di Osaka. Before kita pegi Osaka, kita pegi dulu satu lagi castle iaitu Kinkakuji, Golden Pavillion.



Actually nak pusing2 area Kyoto nih kan, senang naik bas dia tau. Boleh check out info dia kat sini :

https://www2.city.kyoto.lg.jp/kotsu/webguide/en/comm/routemap.html

Ambik yang 1 day pass tuh boleh jimat if banyak turun naik bas hehe. Ok so bila dah sampai sekali hujan uols. Dan ni hujan yang macam 1 day non stop. Tapi hujan2 pun, tetap jalan! Pakai jelah baju hujan and beli payung kan settle.



Tapi seriously garden dia cantik wei. Bila cakap pasal zen garden, memang garden2 castle kat Kyoto nih seme menenangkan.



So after dah settle round Kinkakuji, maka singgah sat kat Kyoto station untuk beli ole-ole. Kat sini ada macam2 benda untuk dibeli. Aku beli mochi & wafer beras. Packaging dia aduyai cute gila. Memang ada class tersendiri.



Sampai Osaka aku check in Business Inn Sennichimae. So-so lah, not bad though harga pun ok. Yang penting bathroom en suite. Lama dok melepak,  ingat nak tunggu hujan reda sikit. Tapi idaklah reda jua. So keluarlah pegi cari makanan wei lapar sudah.



Then pegi jalan2 sat tapi kasut dah basah gila sampai tak selesa, so kesudahannya balik bilik, keringkan kasut dengan hair dryer hahah. Malam just layan movie kat phone.

Esoknya dah nak balik. Sempat pegi nyoping last minit kat Don quijote & 3 coins. Wajib tau singgah sini. Kat Donki beli skin care, 3 coins beli souvenir lagi heee.



Sekian kembara Osaka-Kyoto-Nara 2018. Trip yang best cuma terkilan sebab ada tempat2 yang tak jejak lagi macam USJ, cafe2 dia & juga Osaka castle.
After dah puas merayau dekat Arashiyama, kita pegilah tengok tempat lain pulak kan. Ke mana kita?
Kita ke Nijo jo Castle! Ok sejarahnya, castle ni dibina pada tahun 1603 dan telah digazetkan sebagai UNESCO world heritage. Actually time ni dah panaih dah aih. Belum masuk summer, tapi time tengahari memang dah panaih lit-lit. So haruslah I pakai cermin mata sat2 ni hah:


Ok now we are ready to explore this place. Besar jugak castle ni. Dan serious cantik & unik. Suka dengan architecture dia. Dan dia punya garden memang awesome gila. Memang rasalah berada kat Jepun kan





Lepas dah abih round Nijo, kita pergi ke satu lagi castle, Ginkakuji (Silver Castle). Ada 2 tau Ginkakuji dan Kinkakuji nama dekat2 tapi lain ok. Jangan confuse. Satu silver, satu lagi gold. 




Then lagi sekali, I pergi round Gion. Serious suka gila dengan area sungai dia tuh. Tenang ya amat. Sambil tengok gelagat orang.



To be continued....

p/s Sorry lama gila wei tak hapdet






Salah satu tempat yang tak boleh miss kalau ke Kyoto nih adalah area Arashiyama. Seriously bila tengok gambar-gambar tempat nihlah yang macam teringin gila nak pergi Kyoto. Can easily spend seharian kat sini. Tapi harituh merayau sekerat hari je hehe. Kalau tanak ramai orang, keluar awal tau.


Ok actually nak ke sini ada beberapa cara, boleh naik JR atau Hankyu line. Aku pilih Hankyu line since itu yang paling dekat dengan hotel. Dalam setengah jam gitu dah sampai ke stesen Arashiyama. Stesen nih unik sebab macam stesen klasik.


Dari stesen Arashiyama Hankyu, ada option untuk naik bas straight ke Bamboo forest, tapi jalan lagi best. Serious. Kalau pegi musim Spring or Autumn, cuaca sedang elok, sejuk tak panas pun tak jadi better jalan. Ikut signboard ke Bamboo forest. Jalan depan sikit dalam 10 minit akan sampai sungai nih. Memang cantik tenang je. Dok ambik gamba kat sini je dah berapa minit kan. Tapi takde sapa yang kisah sebab jalan sorang hahah. 





Jalan depan lagi ada lorong ke Bamboo forest. Along the way ada banyak Japanese garden. So silalah bergambar kat situ.



Kalau jalan straight dari stesen tuh actually dalam 20 minit gitu dah sampai Bamboo forest. Tapi sebab jalan slow sambil bergambar sambil menikmati pemandangan jadilah nak dekat sejam jugak. Tapi puas hati sebab pace sendiri and tak terkejar2. To be honest, maybe Malaysian takkan impress sangat sebab kat sini pun ada buluh kan.  Cuma kat sini terjaga tempat nih sebab tuh jadi tourist attraction. Tempat nih dia takdelah besar sangat tapi oklah kan nak fefeeling kat Kyoto.




Depan sikit dari Bamboo forest nih, akan nampak stesen Sagano scenic railway Torokko. Train nih wajib naik tau. Maybe orang cakap macam touristy sangat, tapi to be honest rugi kalau tak naik sebab nanti akan lalu scenery yang awesome gila tak percaya ke? Jap jap tunjuk gambar.






Kan cantik kan? One way kos dia 620Y dari Torokko ke Kameoka. Tapi time winter tak bukak tau. Perjalanan akan mengambil masa around setengah jam. Kalau boleh pilih seat yang open tuh. Dan sepanjang perjalanan silalah nikmati pemandangan yang ada.





Bila dah sampai Kameoka, ada yang ambik option naik boat balik ke Arashiyama. Tapi aku teruskan perjalanan balik ke Kyoto. Dalam 10 minit jalan ada stesen JR kat situ. Area sini macam perkampungan gitu. Teringin pulak macam nak pergi kawasan pedalaman kat Jepun nih. Next time la ya.



TO BE CONTINUED...


Ok kali nih nak cover Gion area. Gion area nih tempat yang famous dengan Geisha atau trainee yang dipanggil Maiko. 



Tapi sebelum misi mencari Geisha, kena isi perut dulu, lapo nih. Jadi kat Gion nih ada satu restoran halal dipanggil Naritaya. Location dia berhampiran je dengan Hanamo-koji, iaitu salah satu area popular di sini. Meh tengok menu dia. Aku order ramen without soup dengan karaage. Sedap, ke sebab lapar ke hehe tapi kenalah dengan tekak.





Then barulah boleh round area Gion nih. Tak tau kenapa tapi dalam banyak-banyak tempat, suka sangat area river dia. Petang-petang especially weekends ramai orang akan chill kat sini, ada buskers jugak. 





Macam alangkah indahnya kalau kat Malaysia ada port macam nih. Kat tengah2 city atau town tapi ada sungai yang bersih dengan pemandangan yang indah barulah boleh release stress. Nearby river nih macam ada area makan2. Tempat ni dibuka musim spring and summer.

Gion nih kena usha lorong2 kecik dia tau. Area Hanamikoji ada dan juga ada satu lagi tempat berhampiran dengan sungai tuh, belakang dia ada macam lorong kecik, penuh dengan restaurants.
Kalau bernasib baik, nanti sempatlah bertembung dengan Geisha.



TO BE CONTINUED...

Hari ke-3! Hari ni plan untuk ke Kyoto. Ada banyak option kalau nak pergi dari Osaka ke Kyoto. Naik JR boleh, Kintetsu boleh Hankyu line pun boleh. Kalau rajin boleh usha2 pass 1 or 2 days yang sesuai dengan itinerary. Aku naik Hankyu line, sebab stesyen Hankyu yang paling dekat dengan hotel di Kyoto. Perjalanan dalam 45 minit gitu.



Hotel yang dipilih di Kyoto ni adalah Ark Hotel Kyoto. Hotel ni dekat dengan stesyen Omiya (Hankyu line). Actually mula-mula macam nak try ryokan, so dah book ryokan, tapi bila check2 shared bathroom pulak. Takde masalah pun sebenarnya kan haha tapi macam lagi prefer kalau in suite bathroom, walaupun sedia maklum in suite bathroom di Japan ni memang dah fix size dia, kecik comel je. Tapi hotel ni room size dia and bathroom dia pun besar sikit dari biasa, facilities ok, boleh tinggalkan luggage, staff pun friendly. Cuma dia takdelah right in the middle of Kyoto. Kena naik bus or subway dalam 15 minutes away.

So dah tinggalkan luggage, terus keluar untuk menuju ke Fushimi Inari naik subway. Sebenarnya kalau Kyoto nih lebih mudah naik bas. Tapi for me aku mix and match lah mana yang rasa sesuai.



Sebab sampai dah agak lewat, jadinya ramai jugaklah orang. Jalan-jalan pusing-pusing nampak sorang ni pakai tudung jalan sorang2 jadi tegurlah dia. Memang dia jalan sorang jugak tapi tak stay kat Kyoto, dari Osaka. Jadinya adalah geng untuk berjalan hehe.




Lepas dah jalan, sure laparlah kan. So ajaklah member baru nih makan ramen halal Ayamya berhampiran Kyoto station. Dari Kyoto station, dalam 15 minit berjalan kaki (kalau tak sesat memusing). Nanti aku share macamana nak p in coming posts ok. Aku try spicy miso ramen pergh memang sedap! 



Then lepas tuh, kami berpisah. Aku nak pegi check in properly dalam bilik, rehat solat dulu then baru sambung jalan. Dia nak ke Arashiyama.After rehat2 keluar balik untuk ke area Kiyomizudera. Kali ni naik bas. Untuk jimat, ada 1 day pass 600yen sahaja boleh turun naik. Kalau sekali naik, dia caj flat rate 200yen. Nak menapak ke Kiyomizu temple nih bercinta jugaklah jauhnya tapi akan lalu lorong-lorong kecik yang menarik. Kiyomizu temple ni tutup pukul 6 tau jadi jangan lambat2 sangat.


To be continued...



Hari ni mission untuk ke Nara melihat rusa yang jinak2 belaka. Untuk ke Nara boleh naik JR train dari Namba dan dalam sejam dah sampai. Memang senang sangat since dah ada Google Maps nih kan klik2 terus dah tau tren apa nak naik, what time and where to transfer.
Sampai di station Nara, maka bolehlah either jalan kaki (kalau larat sebab quite jauh dalam 2KM) or naik bas. Saya ambik option untuk naik bas heheh. Keluar dari train tu nanti akan nampak kaunter untuk beli 1 day pass Nara for 500 Yen. Boleh hop on hop off untuk ke mana-mana destinasi dalam Nara.

Rusa-rusa comel bersantai

Tiket 1 day pass Nara

Tempat tumpuan di Nara ni semestinya area Nara park. Di sinilah ada banyak deer yang boleh diberi makan dan juga 2 temple yang popular iaitu Kofukuji temple dan Todaiji temple.


Better pergi pagi2 untuk mengelakkan crowd sebab menjelang pukul 11 macam tuh dah crowded even bukan hari cuti.Rombongan budak2 sekolah pun ramai. Then ada satu group budak ni approach untuk interview. Cikgu diorang bagi task untuk interview foreigners to practice English. Datang tunjuk map, tanya where are you from, what do you like about Japan hehe layankan jelah.

Bersama budak-budak sekolah Jepun


Nara ni best enjoyed kalau berjalan dengan relax, chill dan santai. Sebab ada juga garden2 kat sini. Jangan lupa bawaklah bekal air dan kudap2 sikit, beli onigiri ke kan ala2 picnic.
After a few hours kat Nara, maka back to Osaka. Lunch time nih nak makan apa? Search2 macam best kalau pergi market dia nak cari seafood. Dekat Osaka market yang famous namanya Kuromon market. 

Kuromon Market

Dari Namba station dalam 15 minit jalan so takdelah jauh sangat. Besar jugak market nih dan round punya round jumpa stall ni jual cucuk2 seafood. Ada salmon, udang, scallop fresh2 seme. Pilih je mana nak nanti dia grillkan. Dia grill kosong ja, after grill kita pilihlah nak cicah dengan apa. Aku tambah salt pepper and lemon je sedap! 



Lepas tu sambung jalan2. Macam2 benda ada kat sini. Ada sayur, buah, restoran2, perkakasan dapur pun ada.




After dah puas ronda2 balik ke hotel sat, rehat solat dulu, charge phone baru keluar balik. Kali ni ke Umeda Sky Building untuk tengok view sunset. Boleh ke Osaka station dan jalan kaki dari situ. Time sampai tuh orang baru balik kerja jadi agak crowded. Dah on Google maps, tapi macam tak confirm betul ke jalan tuh. Pusing2 sekali jumpa tourist center. Dia pun explain lah macam mana nak pergi, kalau uols nak pergi follow instruction ni k.

Cara nak ke Umeda Sky Building

Maka sampailah ke Umeda Sky Building. Untuk ke observatory kena bayar 1000 yen. Tapi for the view, memang berbaloi. Architecture tempat ni unik. Untuk naik ke observatory ada satu escalator yang panjang, sape yang gayat tuh sure cuak. So inilah view dari atas. Awesome!




Tempat observatory nih 360 tau so boleh tengok the whole Osaka.

To be continued...