Showing posts with label booking. Show all posts
Showing posts with label booking. Show all posts
Ni bukan untuk promote Booking.com tau hehe, I’m not paid to do this. Cuma nak share macamana aku book hostel/hotel dengan harga yang murah dekat sini.

Senang je guna Booking ni. Jangan lupa untuk register dulu tau. Isikan detail2 seperti yang diminta.

1.Key in information – tempat, date, berapa bilangan bilik & orang dan search.


2.Bila dah keluar list, riki2 lah hotel yang mana berkenan di hati. Tengok gambar, tengok harga, tengok facilities, tengok review orang yang dah pernah duduk.

3.Seeloknya ambik yang ada Cancellation free. Senang sikit, kut last minit change plan kan.
Confirm, masukkan detail dan book!

4.Nanti Booking.com hantarlah notification.

5.Sampai hotel tunjuk je notification tuh, bayar dan enjoy your holiday.

Sebelum ni pernah guna khidmat Agoda dan a few agents yang lain, tapi lagi prefer Booking.com sebab kita secure booking guna credit card kita, tapi kita ada option untuk bayar by cash. Harga pun boleh kata antara yang murah. Setakat ni pernah book hotel di dalam negara dan juga beberapa negara lain – Jepun, Vietnam & Korea. Alhamdulillah tak pernah ada problem. Bilik yang dikehendaki dapat & bayaran seperti yang tertera. Jadi setelah menjadi pengguna setia nih, dapatlah title Genius!



Ada beberapa advantage as Genius:

1.Ada discount & special promotion (adakalanya memang berbaloi2 diskaun dia bagi)

2.Boleh ada option check out lambat (selected hotel)

Jadi, jika ada plan holiday bolehlah book through Booking.com