Family Trip to Langkawi 2016! (Part 2)

, , 5 comments
Hari kedua di Langkawi. Orang kata kalau ke Langkawi, tapi tak naik cable car tuh tak sah kan?
Jadi pagi tuh misi ke Cable car dulu. Bayaran boleh usha disini: http://www.panoramalangkawi.com/tickets/ sebab ada macam-macam pakej. Dulu pergi ada cable car je hehe. Sekarang ada 6D cinema, ada skybridge dan lain-lain. Tiket skybridge kena beli dekat atas nun tau bukan di kaunter depan-RM18.

Nihlah antara gambar yang diambik. View dari cable car nih memang ohsem. Nampak gunung raya dan mat cincang serta laut andaman yang membiru tuh. Kalau nak thrill lebih, ambik cable car yang lantai kaca tuh hehe.



Ada hentian untuk kita stop, ambik2 gambar & berehat. Boleh singgah juga kafe untuk ngap2 alas perut. All in all, cable car nih wajib kalau pi langkawi ok?

Next stop adalah Kilim Geoforest Mangrove Tour. Untuk ambik pakej nih, kena pergi ke Kilim Geoforest park dan ambik pakej boat di kaunter pertanyaan. Harga asal untuk satu boat adalah RM250 (1 hour trip) . Satu bot tuh besar boleh muat 10 orang kut. Kami berempat ja haha. So ingat nak cancel jelah. Tapi since bukan high season, tak ramai sangat orang, jadi dia bagi RM150 ja.



Untuk 1 hour trip nih dia bawa pergi ke gua kelawar. memang ada kelawarlah kan hehe. Tapi struktur gua tuh yang menarik. Nak tengok pokok2 bakau depan mata. Cuma jaga2 sikit dengan monyet yang dah tunggu dok aim makanan.






Then kita singgah pulak ke fish farm, bagi makan ikan. Sini kalau nak lunch pun boleh tapi kitorang tak makan sini.


And then lastly bagi makan helang. Wah yang nih memang best. Dapat tengok helang dekat2 kan. Walaupun bukan kita yang bagi makan heheh. Sekarang nih pun diorang dah limitkan pemberian makanan, sebab tak elok untuk helang2 ni. Diet yang kurang sesuai serta nanti derang malas nak cari makanan sendiri. Helang nih pulak ada a few jenis, yang dapat tengok helang laut & helang merah.



TO BE CONTINUED...

5 comments:

  1. dah ada 6D cimema eh..menarik ni..kalau ke Langkawi lagi nak masuk tgk cinema tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah baru tuh. dah banyak jugak benda2 baru kat Langkawi nih

      Delete
  2. Best gak pi Kilim tu... Macham nak try... He he he

    ReplyDelete