First Solo Travel! Berjalan Ke Seoul & Busan Spring 2016 (12)- Nampodong, Masjid Busan & Busan Tower

, , 11 comments
Ok setelah penat berjalan kenalah rehat2 dulu kan, jadi baliklah ke GH, singgah 7E beli triangle kimbap tuna & kimchi. Malam tuh janji nak p dinner dengan geng travel yang jumpa masa nak cop passport on arrival hari tuh. Nak makan kat Cappadoccia Turkish Kebab House yang terletak sebelah Masjid Busan.

Tapi keluar awal sikit, nak menyinggah sat kat Nampodong Shopping Street. Dekat je dari GH, dan on the way je kalau nak ke stesen Nampo.Kalau kat Seoul ada Myeondong, di Busan sinilah tempat nak shopping. Macam2 kedai ada. Ada duit boleh je beli heheh, takde duit cuci mata pun jadi :) Siap ada kugiran main instrument dan menyanyi. Adalah terjumpa satu dua orang Malaysia. Tak macam di Myeondong sana sini nampak je orang Malaysia.


Dalam pukul 6.45 kami berjumpa kat subway dan bergerak ke Masjid Busan. Dari stesen Nampo, naik subway sampai ke Dusil. Jauh juga, dalam 30 min kut baru sampai sebab ada 20 stesen tak salah. Dari Dusil, ambik exit 8, jalan stret, sampai nampak kedai tayar belah kanan, dan belok kanan. Ada kena seberang jambatan, jalan sikit nanti nampaklah masjidnya. Dah malam, jadi gambar pun takde yang menjadi hahah. Guna phone cam cap ayam je kan, takde DSLR.


Ada temple berhadapan masjid ni

Sebelah masjid nihlah restoran turki nih. Ada satu lagi restoran, Casablanca. Tak ramai orang kat dalam. Order set nasi dengan chicken kofta ke apa tah nama dia. Sedaplah sebab lapar hahah. Geng travel order kebab. Dah selesai makan, bergerak balik ke Nampo.

Geng travel. Jum makan!

On the way nak balik ke GH, singgah ke Busan Tower yang ada dalam area Yongdusan Park. Rasa dalam banyak2 hari kat sini, malam nih yang paling sejuk. Dengan beranginnya. Nasib geng travel ada muffler extra huhu. Sempatlah round2 ambik gambar ala kadar sebab dah malam. Balik GH, kemas2 barang dah nak balik esoknya.


So thats it! Akhirnya habis jugak cerita travel solo nih hehe. Nanti the next post, aku share cost & itin lah untuk rujukan :)

11 comments:

  1. Sedap makan kat situ... lenkali boleh mencuba di Casablanca pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tuhlah bila tah lagi nak jejak korea :)

      Delete
  2. Salam kak, hujung bulan ni saya pulak nak travel solo ke Seoul. Boleh email saya itinerary dan cost akak? nhm91076@gmail.com
    Nervous gak ni. Tapi bila baca experience akak, mcm ok je... Terima kasih kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orait dah email. Happy travelling :)

      Delete
  3. pasni trip solo ke mana lak...trip solo ke Seoul n Busan mmg best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Solo trip tak sure lagi bila, next year ada few plan tapi kali ini ku tak sendirian wah gitu!

      Delete
  4. SS pon nak tanya soklan sama... Ha ha ha

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Salam,akak bole bgi syaa ite n bujet kos x??? Lagi satu, free guide tu memang kena book dekat web saja ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. itin & kos boleh refer :
      http://bilasarahberaksi.blogspot.my/2016/10/first-solo-travel-berjalan-ke-seoul.html

      aah setakat nih mmg book through web :)

      Delete
  7. Salam,akak bole bgi syaa ite n bujet kos x??? Lagi satu, free guide tu memang kena book dekat web saja ye??

    ReplyDelete