6 Pelajaran dari Kembara Solo Seoul-Busan

, , 20 comments
      Ayat standard berbanding biasa hehe. Ini adalah catatan pelajaran dari kembara solo saya yang pertama. Maybe boleh inspire ataupun boleh ambil as tips untuk yang nak start solo travelling :)

      1.  Masanya adalah sekarang
Sebenarnya takdelah nak sangat solo travel, tak pernah pun solo travel. But tiket flight memang dah murah RM600 return & kebetulan masa spring. Dah lama teringin nak tengok cherry blossom secara live. So takkan nak tunggu musim tuh berlalu? Nak tunggu ada orang yang free? Bila tuh? Jadi saya buat keputusan untuk redah solo. Kesimpulannya, kalau dah rasa everything macam aligned je tuh just go!



      2.  Mengembara solo bukan bermakna anda keseorangan
Yang ini memang betul sangat. Sepanjang trip jumpa je fellow travellers & local yang baik hati. Join mereka sekali untuk berjalan & makan sama-sama. Berkongsi tips & pengalaman. Walaupun ada masanya rasa sedikit sunyi, tapi most of the time, ada je companion untuk menemani anda. Inilah masanya untuk bertemu rakan-rakan baru. Rajinkan diri untuk membuka mulut.


3. Knowledge is power
Sebelum travel, saya dah kaji semua route, tempat yang saya nak pergi serta mod transportation yang saya perlu guna. Kebanyakannya saya guna subway dan bas. Pastikan ada alamat hotel dalam bahasa tempatan dan pelajari a few ayat dalam bahasa tempatan. Sekarang kan dah ada Google Maps & Translate, forum dan blog pun banyak. Rajinkan diri untuk research. Ada saya jumpa traveller yang jenis go with the flow dan tak plan sangat, tapi bagi yang ada masa & wang yang limited, better plan ahead



4. Tahap keyakinan diri dan keberanian akan bertambah
Honestly saya ingat ramai orang Malaysia yang solo travel. Tapi bila jumpa orang Malaysia lain, ramai yang travel dengan kawan/family, jadi mereka rasa kagumlah orang yang dapat solo travel ni. Anda akan belajar untuk rely on yourself, rajin untuk bertanya dan lebih berani.

5. Keselamatan diutamakan
Korea Selatan memang termasuk negara yang selamat untuk dilawati, tapi kita masih perlu ambil langkah-langkah keselamatan. Sentiasa peka dengan persekitaran anda, pilih hostel dengan lokasi yang strategik (berhampiran subway misalnya) dan jangan lupa lock pintu bilik dari dalam (bawa sendal pintu jika perlu, atau ikat pintu dengan selendang bagi pintu yang takde lock dari dalam). Personally saya suka ambil bilik single dengan bilik air ensuite. Satu lagi trust your instinct, know your limits dan dah tau sorang2 janganlah pulak merambu sampai lewat malam kan hehe. Jangan lupa untuk keep in touch dengan orang2 di kampung. Jangan lupa ambil travel insurance dan fotostet dokumen penting (passport, insurance policy, flight & hotel details).

6. Have fun!
Travel mengikut rentak kita memang lebih selesa. Anda boleh pergi ke tempat yang anda mahu, spend time mengikut apa yang kita mahu. Macam saya, saya suka tengok culture, view yang cantik, banyak berjalan dan elakkan style touch & go, kalau boleh nak lah masa untuk menghayati the view and place tuh kan. Kalau ikut tour memang kena follow schedule & kehendak org lain. Jadi bila solo travel, kiranya macam ikut suka kitalah nak plan trip tu macam mana, tuh yang best.



20 comments:

  1. yup agree, sesuai utk yg baru2 berjinak travel solo hehe

    ReplyDelete
  2. yup agree, sesuai utk yg baru2 berjinak travel solo hehe

    ReplyDelete
  3. thanks for the tips. will fly in few days time to seoul alone and getting anxious hehehe luckily stumble on your blog... a great confidence booster. terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. hi jocelynn :) hv a nice trip!

    ReplyDelete
  5. Tips yg menarik... Will learning from u...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nihlah nasib org yg takde travel geng tegar hahaha, tapi best solo travel ni, sekali try mcm nak solo travel lagi hee

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. salam sis, saya tertarik baca blog sis ni. saya n kwn saya (bertiga) nk ke seoul this july. da booked tix n guest house sume.. tp kitorg style free and easy + nk attend concert..�� hehe.. just nk tnya, mcm mane nk apply tuk dpt kn free tour guide ahjussi tu ye? utk kitorg strolling around seoul nti.. just request kt kto ke cmne?

    ReplyDelete
  8. hi Anna, utk book tour guide volunteer boleh ke http://www.visitseoul.net/en/statics.do?_method=includePage&url=http://dobo.visitseoul.net/web/_en/useInfo/userGuide.do&m=0003001015001&p=04

    boleh pilih kawasan tour yg diingini & buat reservation.nanti akan dpt email nama tour guide, time & meeting point. yg nih kebetulan takde org lain book, so dpt tour guide one to one. enjoy ur trip!

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. :) semangat nak travel solo lagik haha

      Delete
  10. sgt jeles dgn awk. hope one day..leh solo travel ke korea gk. b4 this penah p spore je solo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee boleh tuh. Korea selamat, senang untuk jalan. Saya belum sampai ke Singapore ;)

      Delete
  11. Salam,sis.ikut pengalaman sis la,selamat x klau perempuan duduk sorang2 kat incheon airport dlm 5 jam sementara tunggu flight ptg balik ke kl?
    Tanx sis utk pendapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam ain. Saya tak pernah tidur kat Incheon hehe, tapi pernah baca a few bloggers yg tidur kat airport tuh ok & selamat

      Delete
    2. Wsalam ain. Saya tak pernah tidur kat Incheon hehe, tapi pernah baca a few bloggers yg tidur kat airport tuh ok & selamat

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Assalam sarah. Travel insurance sarah amik insurance mana ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. kita ambik air asia punya je

      Delete