Family Trip to Langkawi 2016! (Part 1)

, , 7 comments
Rasa macam nak tulis topik baru pulak walaupun kisah travel Seoul-Busan belum tamat sepenuhnya heheh. Ok, since dah lama tak buat family trip, makanya planlah trip nih. Langkawi nih kira sesuai lah kut untuk family trip. Dah lama jugak tak pergi. Last tahun 2012 tak salah. Pergi hujung Syawal hari tuh. Trip weekends je, ambik flight awal ke sana. Pukul 7.30 dah gerak, around 8.30 dah sampai.









Kami book homestay sekali dengan exora sebijik dengan sis nih http://haszlena.blogspot.my/. Total cost 3d2n hanya RM500 untuk rumah teres setingkat yang luas, bersih, kereta pun baru memang puas hati. Kena tambah extra RM50 sebab kami check in awal, check out lambat.















After setel cek in, perut pun lapar, kena lah carik makanan dulu kan?Jadi ayah ajak pegi restoran nasi campur kat kuah tapi lupa namanya! haha ingat ada BBQ je. Memang ada jual ikan bakar segala, sedap makanan dia puas hati makan.

Then kita ronda Langkawi. Startlah dengan landmark dia ye dak? Rasa walau dah beberapa kali pergi Langkawi nih tak pernah sekali bergambar kat burung lang tuh. Time sampai segerombolan tourist mainland china datang menyerbu aduiyai. Susah nak cari port cun.

The next stop is Beras Terbakar & Makam Mahsuri. Rupanya tempat makam nih dah upgrade jadi Kompleks Mahsuri. Bayaran pun agak mahallah kan bila dah upgrade sebab ada banyak benda dia tambah. RM12 sorang. Dalam tuh ada ruang teater, galeri, rumah replika dan shopping stalls.

Petang tuh ke pantai lah kita. Pantai Tanjung Rhu. Sini kalau sapa2 yang minat nak bersukan air bolehlah try. Tapi tempat2 makan takde. Laksa, rojak, cendol tuh yang paling banyak area belakang airport (jalan nak ke airport).

After tuh haruslah nyoping kan. Haji Ismail Group jadi pilihan sebab besides tempat shopping, dia dah buka area gerai makan, ada surau sangat convinient.












To be continued...

7 comments: