Hujung minggu lepas, ambik kesempatan kejap untuk short getaway ke Melaka. Tak banyak sangat tempat cover tapi oklah, yang penting dapat spend time dengan kawan2 kan. Okeh, jadi kitorang sampai pun dah lunch time, jadi pekena asam pedas dulu kat Asam Pedas Pak Man atau Perhentian Kuih Kampong. Not badlah takdelah sedap gila, tapi ok. Standard kesedapan makanan kat tekak aku memang tinggi because my mum is a good cook. Walau kami orang Pahang, bukan setakat gulai tempoyak, asam pedas pun terror masak heheh.Kat sini ada jugak kuih-muih untuk dessert.



Kenyang perut, kami gerak ke Kampung Morten. Di kampung nih banyak rumah-rumah tradisional Melaka, dan bagi yang mahukan kelainan, boleh menginap di homestay kat kampung ni. Ramah-ramah belaka orang kat sini.



Destinasi seterusnya adalah The Shore. Ada apa kat sini? Tempat ni baru jugak buka beberapa bulan lepas. Ada shopping complex, ada aquarium ala2 aquaria, serviced apartment dan hotel. Yang specialnya tingkat atas dia tuh ada platform diperbuat daripada kaca.dipanggil skytower. Boleh ambik set lunch/tea/dinner sambil2 enjoy view dari atas. Kitorang tak masuk pun. Jenguk2 view dari tepi tingkap tingkat 42. Dasar kedekut hahah




And then tak sahlah kalau ke Melaka ni tak pergi Klebang kan? Saja ambik angin minum coconut shake. Namun on the way tuh sempat singgah makan derian dulu. Agak mahal tapi layan jelah. Teringin nak merasa.





Kami duk homestay area Klebang. Lupa pulak namanya. Dannnnn esoknya teka kami ke mana?



PD, panjat bukit batu putih lagi! Kali ni memenuhi ajakan geng2 ni pulak.  Masuk ni dah 3 kali ke sini. Boleh jadik duta dah aku ni tau! Anyways tuhlah short getaway ke Melaka/PD.
Ada lagi ke yang follow kisah ni? Heheh orait so kita sambung la ya. After abih sesi dating di Bukchon Hanok tuh, aku menuju je palace. Mula-mula ingat dan pergi ke Changdeukgung sebab Gyeongbukgung dah pernah pergi trip sebelum ni. Tapi bila fikir2 masa pergi harituh pun tak jalan sampai ke hujung tasik tuh. Bila dah balik baru tau bahagian belakang istana tuh ada taman tasik. So, akhirnya menujulah ke Gyeongbukgung.

Nak pergi Gyeongbukgung ni naik subway line 3, stesyen Gyeongbukgung, exit 5. Sebenarnya tak jauh pun dari area Bukchon Hanok tuh, kalau larat boleh jalan kaki pun. Bayaran masuk adalah 3000 Won. Bila sampai-sampai tuh sempat tengok pertukaran guard. Tapi duduk barisan agak ke belakang jadinya malas nak snap photo sebab mesti tak cantik.

Udah sampai!

                                          Suka sangat tengok colour2 kat siling dia nih

                                                                         Pavilion

Dah habis pertukaran guard tuh, kebetulan ada free group tour. Jadi apa lagi join jelah. Dengar kisah dan sejarah serta macamana proses membaikpulih dijalankan, sebab istana ni musnah time perang dengan Jepun dulu. Sempat juga borak-borak dengan a few travellers.

Tiang2 ni nampak klasik kan?


Group tour guide

Dan akhirnya, sampailah ke taman tasik Gyeongbukgung. Time spring memang cantik sangat. Patutlah orang-orang Korea pun siap dress up pakai hanbok untuk ambik gambar kat sini. Best sebab dapat spend time and menghayati keindahan tempat ni. Takde nak rushing2 sangat. Rushing sikit jelah sebab perut dah lapar!

TO BE CONTINUED...


                                                                Taman tasik istana



                                                                    Macam lukisan


                                                   Wefie dengan adik2 comel yg sporting


First Solo Travel! Ke Seoul & Busan Spring 2016 (Part 1)


Ni bukan untuk promote Booking.com tau hehe, I’m not paid to do this. Cuma nak share macamana aku book hostel/hotel dengan harga yang murah dekat sini.

Senang je guna Booking ni. Jangan lupa untuk register dulu tau. Isikan detail2 seperti yang diminta.

1.Key in information – tempat, date, berapa bilangan bilik & orang dan search.


2.Bila dah keluar list, riki2 lah hotel yang mana berkenan di hati. Tengok gambar, tengok harga, tengok facilities, tengok review orang yang dah pernah duduk.

3.Seeloknya ambik yang ada Cancellation free. Senang sikit, kut last minit change plan kan.
Confirm, masukkan detail dan book!

4.Nanti Booking.com hantarlah notification.

5.Sampai hotel tunjuk je notification tuh, bayar dan enjoy your holiday.

Sebelum ni pernah guna khidmat Agoda dan a few agents yang lain, tapi lagi prefer Booking.com sebab kita secure booking guna credit card kita, tapi kita ada option untuk bayar by cash. Harga pun boleh kata antara yang murah. Setakat ni pernah book hotel di dalam negara dan juga beberapa negara lain – Jepun, Vietnam & Korea. Alhamdulillah tak pernah ada problem. Bilik yang dikehendaki dapat & bayaran seperti yang tertera. Jadi setelah menjadi pengguna setia nih, dapatlah title Genius!



Ada beberapa advantage as Genius:

1.Ada discount & special promotion (adakalanya memang berbaloi2 diskaun dia bagi)

2.Boleh ada option check out lambat (selected hotel)

Jadi, jika ada plan holiday bolehlah book through Booking.com
Hari kedua. Hari ni dah berjanji dengan seseorang nak jumpa dia sebab dia nak bawak kita pergi jalan-jalan Bukchon Hanok. He’s a Korean guy, oppa? I wish. Haha nolah more to Ajusshi. Tapi baik hati tuh yang penting. Ambik tour free di bawah tajaan Korean Tourism http://english.visitkorea.or.kr/enu/index.kto . Haaa jangan tak tau ada pemandu pelancong percuma tau kat Seoul nih. Volunteer guide namanya. Ada macam-macam pakej boleh usha di sini: Visit Seoul- Seoul Walking Tour Guide , just need to drop them an email and the feedback is immediate! 



Sebenarnya ni group tour, but so it happens that takde orang lain that day, only meeee. Meet my guide Mr Lee. Mr Lee ni dah 10 tahun jadi guide dan tahu banyaklah sejarah Korea. Kan best? Sambil2 kita tengok2 palace, rumah2 tradisional, ada orang ceritakan pada kita the history and story. Dia pun quite fluent in English jadi kalau ada apa2 nak tanya tuh boleh je. Kita pun takdelah sesat dan buang masa kan? Bagus kan tourism korea nih.

                                                            My guide Mr. Lee


Ok jadi pagi ni saya ambik tour Bukchon Hanok. The reason is masa first time mai Korea nih tak sempat nak ronda this area. The tour start dekat Anguk station, dekat rumah kelahiran King Gojong ,Unhyeongung.



Then barulah berjalan menuju area Bukchon Hanok. Bukchon Hanok ni sebenarnya kawasan residential orang2 besar yang terletak antara 2 istana iaitu Gyeongbuk dan Changdeuk.



Banyak rumah2 di sini masih mengekalkan senibina traditional Korea jadi kawasan nih memang cantiklah untuk berjalan dan ambik gambar. View dia pula kat atas bukit. Memang cantiklah. Gigih jugak kena berjalan mendaki bukit kat area nih. Ada beberapa view points & rasanya agak memenatkan.Tapi bak kata Mr Lee, “See you are rewarded with this beautiful scenery” Ok Mr Lee I have to agree with you.


Tour di Bukchon Hanok ni mengambil masa around 2 hours. Sangat2 recommended ok. Jadi apa tunggu lagi, bagi yang dah plan nak ke Seoul tuh, book laju-laju.

TO BE CONTINUED...

First Solo Travel! Ke Seoul & Busan Spring 2016 (Part 1)



      Ayat standard berbanding biasa hehe. Ini adalah catatan pelajaran dari kembara solo saya yang pertama. Maybe boleh inspire ataupun boleh ambil as tips untuk yang nak start solo travelling :)

      1.  Masanya adalah sekarang
Sebenarnya takdelah nak sangat solo travel, tak pernah pun solo travel. But tiket flight memang dah murah RM600 return & kebetulan masa spring. Dah lama teringin nak tengok cherry blossom secara live. So takkan nak tunggu musim tuh berlalu? Nak tunggu ada orang yang free? Bila tuh? Jadi saya buat keputusan untuk redah solo. Kesimpulannya, kalau dah rasa everything macam aligned je tuh just go!



      2.  Mengembara solo bukan bermakna anda keseorangan
Yang ini memang betul sangat. Sepanjang trip jumpa je fellow travellers & local yang baik hati. Join mereka sekali untuk berjalan & makan sama-sama. Berkongsi tips & pengalaman. Walaupun ada masanya rasa sedikit sunyi, tapi most of the time, ada je companion untuk menemani anda. Inilah masanya untuk bertemu rakan-rakan baru. Rajinkan diri untuk membuka mulut.


3. Knowledge is power
Sebelum travel, saya dah kaji semua route, tempat yang saya nak pergi serta mod transportation yang saya perlu guna. Kebanyakannya saya guna subway dan bas. Pastikan ada alamat hotel dalam bahasa tempatan dan pelajari a few ayat dalam bahasa tempatan. Sekarang kan dah ada Google Maps & Translate, forum dan blog pun banyak. Rajinkan diri untuk research. Ada saya jumpa traveller yang jenis go with the flow dan tak plan sangat, tapi bagi yang ada masa & wang yang limited, better plan ahead



4. Tahap keyakinan diri dan keberanian akan bertambah
Honestly saya ingat ramai orang Malaysia yang solo travel. Tapi bila jumpa orang Malaysia lain, ramai yang travel dengan kawan/family, jadi mereka rasa kagumlah orang yang dapat solo travel ni. Anda akan belajar untuk rely on yourself, rajin untuk bertanya dan lebih berani.

5. Keselamatan diutamakan
Korea Selatan memang termasuk negara yang selamat untuk dilawati, tapi kita masih perlu ambil langkah-langkah keselamatan. Sentiasa peka dengan persekitaran anda, pilih hostel dengan lokasi yang strategik (berhampiran subway misalnya) dan jangan lupa lock pintu bilik dari dalam (bawa sendal pintu jika perlu, atau ikat pintu dengan selendang bagi pintu yang takde lock dari dalam). Personally saya suka ambil bilik single dengan bilik air ensuite. Satu lagi trust your instinct, know your limits dan dah tau sorang2 janganlah pulak merambu sampai lewat malam kan hehe. Jangan lupa untuk keep in touch dengan orang2 di kampung. Jangan lupa ambil travel insurance dan fotostet dokumen penting (passport, insurance policy, flight & hotel details).

6. Have fun!
Travel mengikut rentak kita memang lebih selesa. Anda boleh pergi ke tempat yang anda mahu, spend time mengikut apa yang kita mahu. Macam saya, saya suka tengok culture, view yang cantik, banyak berjalan dan elakkan style touch & go, kalau boleh nak lah masa untuk menghayati the view and place tuh kan. Kalau ikut tour memang kena follow schedule & kehendak org lain. Jadi bila solo travel, kiranya macam ikut suka kitalah nak plan trip tu macam mana, tuh yang best.