Jom Mai Kedah (Part 2-End) - Lembah Bujang & Gunung Jerai

, , 5 comments
Ok di hari kedua, after another marvelous breakfast oleh my friend's mum (pulut dgn ikan kering sedap ok!) kita pun bergeraklah ke Lembah Bujang yang terletak di Merbok. Kalau dari Alor Setar maybe around sejam lebih sikit. Apa yang ada kat Lembah Bujang ni? jom terjah.

Kat sini sebenarnya ada tinggalan candi-candi (temple) yang dianggarkan berusia lebih 2000 tahun, tinggalan kerajaan Hindu-Buddha dari tahun 110.






Jika nak buat perbandingan:

Candi Borobudur, Indonesia - sekitar 1000++ tahun
Angkor Wat, Cambodia- sekitar 1000 tahun
Pyramid of Giza, Egypt - 4000++ tahun
Stonehenge, Scotland - 4000++ tahun
Great wall of China - 2000++ tahun

Jangan tak tau kat negara kita nih antara pusat ketamadunan tertua di Asia Tenggara hehe. Nampak tak minat saya pada sejarah :)

Berhampiran dengan candi-candi ni ada Muzium di mana ada koleksi-koleksi penting hasil kajian disimpan. Namun, macam tak banyak info about the artifacts sebab takde artifact bertulis yang ditemui, macam batu bersurat ke tulisan dalam gua ke, hiroglif macam di Mesir. Maybe ada tapi yelah dah 2000++ tahun kalau tak dipahat memang lesap. Time nih terfikir pulak in another 2000 years, kalau bumi ni ada lagi dan ada penemuan pada zaman sekarang, agaknya apa yang dia jumpa? Dan kita pulak seme simpan data atas awan (cloud computing) kan, jadi macamana org zaman 2000 tahun akan datang nak tahu pasal orang zaman kita sekarang ni sebab mana ada dah orang pahat atas batu huhu

Ada banyak candi tapi sebab panas, kami pergi yang dekat-dekat je. Kawasan penemuan Lembah Bujang ni besar jugak sebenarnya.

Lepas habis bergambar bagai, kami pergi pula ke Gunung Jerai yang letaknya dalam setengah jam gitu dari Lembah Bujang. Jangan tak tau bahawasanya kita boleh drive sampai ke atas Gunung Jerai tuh ok. Actually saya sendiri pun baru tahu time tuh hahah jakun la kejap kan. Jalan dia oklah ala-ala jalan lama Cameron Highlands. Dari bawah ke atas dalam setengah jam.

Sampai atas angin sepoi-sepoi bahasa memang best nak ronda-ronda sini. Kat sini sebenarnya kawasan resort The Regency. Tapi orang awam boleh je nak berjalan & bergambar sini. Cantik juga ada bunga, pokok dan paling best view sawah padi dari atas gunung ni. memang best!






Kalau pagi-pagi atau malam sejuk jugak rasanya kat atas nih. Jadi kalau tak tau nak ke mana untuk cuti-cuti Malaysia, silalah ke Kedah. Ni pun sempat pergi tempat-tempat ni je, takpa next time kami p tempat lain pulak naaa.

5 comments:

  1. Wah nak cuba drive naik gunung Jerai ni... Dulu pernah drive naik gunung Raya di Langkawi... pemandangan memang ohsem...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try, memang view cantik. Oo pernah naik cable car je kat gunung Raya hehe, next time ke Langkawi bolehlah drive pulak

      Delete
  2. Nampaknya SS pon kena plan untuk terjah sini... Belum pernah explore Kedah sepenuhnya... Hu Hu Hu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nih pun first time seumur hidup macam betul-betul tour Kedah, before nih lalu2 gitu je. banyak tempat kat Malaysia nih untuk diexplore cuti-cuti Malaysia hehe

      Delete
  3. Bluehost is ultimately the best hosting company for any hosting services you might require.

    ReplyDelete