Hari ke-3! Hari ni plan untuk ke Kyoto. Ada banyak option
kalau nak pergi dari Osaka ke Kyoto. Naik JR boleh, Kintetsu boleh Hankyu line
pun boleh. Kalau rajin boleh usha2 pass 1 or 2 days yang sesuai dengan
itinerary. Aku naik Hankyu line, sebab stesyen Hankyu yang paling dekat dengan
hotel di Kyoto. Perjalanan dalam 45 minit gitu.
Hotel yang dipilih di Kyoto ni adalah Ark Hotel Kyoto. Hotel
ni dekat dengan stesyen Omiya (Hankyu line). Actually mula-mula macam nak try
ryokan, so dah book ryokan, tapi bila check2 shared bathroom pulak. Takde
masalah pun sebenarnya kan haha tapi macam lagi prefer kalau in suite bathroom,
walaupun sedia maklum in suite bathroom di Japan ni memang dah fix size dia,
kecik comel je. Tapi hotel ni room size dia and bathroom dia pun besar sikit
dari biasa, facilities ok, boleh tinggalkan luggage, staff pun friendly. Cuma
dia takdelah right in the middle of Kyoto. Kena naik bus or subway dalam 15 minutes
away.
So dah tinggalkan luggage, terus keluar untuk menuju ke
Fushimi Inari naik subway. Sebenarnya kalau Kyoto nih lebih mudah naik bas.
Tapi for me aku mix and match lah mana yang rasa sesuai.
Sebab sampai dah agak lewat, jadinya ramai jugaklah orang.
Jalan-jalan pusing-pusing nampak sorang ni pakai tudung jalan sorang2 jadi
tegurlah dia. Memang dia jalan sorang jugak tapi tak stay kat Kyoto, dari
Osaka. Jadinya adalah geng untuk berjalan hehe.
Lepas dah jalan, sure laparlah kan. So ajaklah member baru
nih makan ramen halal Ayamya berhampiran Kyoto station. Dari Kyoto station,
dalam 15 minit berjalan kaki (kalau tak sesat memusing). Nanti aku share
macamana nak p in coming posts ok. Aku try spicy miso ramen pergh memang sedap!
Then lepas tuh, kami berpisah. Aku nak pegi check in properly dalam bilik,
rehat solat dulu then baru sambung jalan. Dia nak ke Arashiyama.After rehat2 keluar balik untuk ke area Kiyomizudera. Kali
ni naik bas. Untuk jimat, ada 1 day pass 600yen sahaja boleh turun naik. Kalau
sekali naik, dia caj flat rate 200yen. Nak menapak ke Kiyomizu temple nih
bercinta jugaklah jauhnya tapi akan lalu lorong-lorong kecik yang menarik. Kiyomizu
temple ni tutup pukul 6 tau jadi jangan lambat2 sangat.
To be continued...
Travel solo ni lebih bebas rasanya... sendiri buat keputusan untuk kemana2... kalau reramai memang biasanya ada je masalahnya...
ReplyDeleteKyoto memang best... kena stay dua tiga hari kat sini baru puas...
Huhu cuak pun ada. Tapi sbb dah buat research sikit2 so mcm konfiden la nak jln2. Aah Kyoto mmg best!
DeleteRindunya nak pergi Jepun lagi.
ReplyDeleteAhaks. Kannn nih tgh fikir nak p Sapporo pulak ni hah
Deleteantara Nara dan Kyoto CT pilih Kyoto. lagi berbaloi nak pusing2 dan cantik sangat rasanya. bestla dapat tido di Kyoto hehe kami balik hari saja. tabikla orang boleh jalan solo.. CT penakut eheh so tahu da tak kan boleh jalan solo. tapi tak minat ramai2 jugak at least seorang teman..
ReplyDeleteYup me too. Mmg Kyoto nih unik. Cuma ada tpt2 yg a bit crowded. Hee takpe, travel ikut our own preferance. Sama la kalau in group prefer in smaller group.
DeleteYang gerbang oren tu sangatla dalam bucket list.. cantik sangat tengok orang pergi situ.. tambah pulak yang sewa kimono pakai tu pergh instagram worthy sangat haha
ReplyDeleteYup. Nak gamba cun kena pergi awal pagi org tak ramai sgt
Delete