Solo Trip ke Japan 2018 Kansai Region (Osaka, Kyoto & Nara) - Part 2

, , 3 comments

Hari ni mission untuk ke Nara melihat rusa yang jinak2 belaka. Untuk ke Nara boleh naik JR train dari Namba dan dalam sejam dah sampai. Memang senang sangat since dah ada Google Maps nih kan klik2 terus dah tau tren apa nak naik, what time and where to transfer.
Sampai di station Nara, maka bolehlah either jalan kaki (kalau larat sebab quite jauh dalam 2KM) or naik bas. Saya ambik option untuk naik bas heheh. Keluar dari train tu nanti akan nampak kaunter untuk beli 1 day pass Nara for 500 Yen. Boleh hop on hop off untuk ke mana-mana destinasi dalam Nara.

Rusa-rusa comel bersantai

Tiket 1 day pass Nara

Tempat tumpuan di Nara ni semestinya area Nara park. Di sinilah ada banyak deer yang boleh diberi makan dan juga 2 temple yang popular iaitu Kofukuji temple dan Todaiji temple.


Better pergi pagi2 untuk mengelakkan crowd sebab menjelang pukul 11 macam tuh dah crowded even bukan hari cuti.Rombongan budak2 sekolah pun ramai. Then ada satu group budak ni approach untuk interview. Cikgu diorang bagi task untuk interview foreigners to practice English. Datang tunjuk map, tanya where are you from, what do you like about Japan hehe layankan jelah.

Bersama budak-budak sekolah Jepun


Nara ni best enjoyed kalau berjalan dengan relax, chill dan santai. Sebab ada juga garden2 kat sini. Jangan lupa bawaklah bekal air dan kudap2 sikit, beli onigiri ke kan ala2 picnic.
After a few hours kat Nara, maka back to Osaka. Lunch time nih nak makan apa? Search2 macam best kalau pergi market dia nak cari seafood. Dekat Osaka market yang famous namanya Kuromon market. 

Kuromon Market

Dari Namba station dalam 15 minit jalan so takdelah jauh sangat. Besar jugak market nih dan round punya round jumpa stall ni jual cucuk2 seafood. Ada salmon, udang, scallop fresh2 seme. Pilih je mana nak nanti dia grillkan. Dia grill kosong ja, after grill kita pilihlah nak cicah dengan apa. Aku tambah salt pepper and lemon je sedap! 



Lepas tu sambung jalan2. Macam2 benda ada kat sini. Ada sayur, buah, restoran2, perkakasan dapur pun ada.




After dah puas ronda2 balik ke hotel sat, rehat solat dulu, charge phone baru keluar balik. Kali ni ke Umeda Sky Building untuk tengok view sunset. Boleh ke Osaka station dan jalan kaki dari situ. Time sampai tuh orang baru balik kerja jadi agak crowded. Dah on Google maps, tapi macam tak confirm betul ke jalan tuh. Pusing2 sekali jumpa tourist center. Dia pun explain lah macam mana nak pergi, kalau uols nak pergi follow instruction ni k.

Cara nak ke Umeda Sky Building

Maka sampailah ke Umeda Sky Building. Untuk ke observatory kena bayar 1000 yen. Tapi for the view, memang berbaloi. Architecture tempat ni unik. Untuk naik ke observatory ada satu escalator yang panjang, sape yang gayat tuh sure cuak. So inilah view dari atas. Awesome!




Tempat observatory nih 360 tau so boleh tengok the whole Osaka.

To be continued...

3 comments:

  1. cantik Umeda Building tu kan.. lagi2 view waktu senja gitu tapi CT tak dan pergi sebab da melepet lenguh ehehe.. woo Kuromon tu next time la kalo ada rezeki pegi sana lagi. hehe.. nak cuba scallop di Dotonbori setiap ceruk ramai orang. ended up x cuba pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess sangat unik architecture dia view pun cun. Nanti repeat mmg kena pegi Kuromon.

      Delete
  2. Hahaha comel ja task budak2 sekolah tu.. masa dekat korea dulu ada gak budak sekolah datang tegur tapi sekolah menengah..

    ReplyDelete