Solo Trip ke Japan 2018 Kansai Region (Osaka, Kyoto & Nara) - Part 4

, , 4 comments

Ok kali nih nak cover Gion area. Gion area nih tempat yang famous dengan Geisha atau trainee yang dipanggil Maiko. 



Tapi sebelum misi mencari Geisha, kena isi perut dulu, lapo nih. Jadi kat Gion nih ada satu restoran halal dipanggil Naritaya. Location dia berhampiran je dengan Hanamo-koji, iaitu salah satu area popular di sini. Meh tengok menu dia. Aku order ramen without soup dengan karaage. Sedap, ke sebab lapar ke hehe tapi kenalah dengan tekak.





Then barulah boleh round area Gion nih. Tak tau kenapa tapi dalam banyak-banyak tempat, suka sangat area river dia. Petang-petang especially weekends ramai orang akan chill kat sini, ada buskers jugak. 





Macam alangkah indahnya kalau kat Malaysia ada port macam nih. Kat tengah2 city atau town tapi ada sungai yang bersih dengan pemandangan yang indah barulah boleh release stress. Nearby river nih macam ada area makan2. Tempat ni dibuka musim spring and summer.

Gion nih kena usha lorong2 kecik dia tau. Area Hanamikoji ada dan juga ada satu lagi tempat berhampiran dengan sungai tuh, belakang dia ada macam lorong kecik, penuh dengan restaurants.
Kalau bernasib baik, nanti sempatlah bertembung dengan Geisha.



TO BE CONTINUED...

4 comments:

  1. Sungai dia bersih dan jernih sbb tu sesuai untuk melepak... ada jumpa Geisha tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada2 dekat lorong kecik belakang sungai tuh jumpa Geisha

      Delete
  2. Tak faham konsep Geisha tu.. Kenapa susah nak jumpa ya?

    ReplyDelete
  3. kalo nampak Geisha menang terbaikla. rasa x puas jalan kat Kyoto. one fine day insyallah pergi lagi. tabik untuk solo traveller =D

    ReplyDelete