Salam Aidilfitri dari Kuala Lipis, Pahang

, , 8 comments
Selamat Hari Raya! Macamana raya mesti meriah kan? Kampung kat mana? Mine di Kuala Lipis. Yup, kampung Datuk Siti Nurhaliza tuh heheh

Both parents asal Kuala Lipis. Senang urusan balik kampung setiap tahun. Walau aki & wan dah takde, tapi still balik jumpa sedara mara.


Lepas balik Solat Sunat Aidilfitri pergi melawat sungai tempat mandi zaman kanak-kanak dulu. Air cetek tuh lama tak hujan, tapi nampak deras jugak.


Haruslah posing OOTD raya kan? Actually tahun nih antara tahun paling jimat beli pakaian raya dengan total cost tak sampai RM100 hahah


Bangga tahun nih berjaya jahit baju raya sendiri. Yang top tuh ala2 kurung mini la macam tuh. Takdelah beria tapi oklah kut. Kain tuh dah lama beli tak berjahit. Skirt tuh beli sebab masih fail jahit skirt, padahal skirt tuh senang je kut sekali jahit singkat, dah malas nak alter2 dah heheh. Jadi kesimpulannya, skill jahit menjahit yang ada sikit2 nih sangatlah bermanfaat. Baru start awal tahun, insyaAllah akan dipertingkatkan lagi supaya lebih mahir.

Oklah anyways, selamat hari raya, maaf zahir batin :)

8 comments:

  1. Selamat Hari Raya... tahun depan dah boleh ambil tempahan menjahit baju ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh takat jahit sendiri yakin, nak jahit hat orang punya jauhhhh lagi

      Delete
  2. jimat belanja pandai jahit sendiri

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya .maaf zahir dan batin

    ReplyDelete