First Solo Travel! Berjalan Ke Seoul & Busan Spring 2016 (10)- Gamcheon Cultural Village

, , 6 comments
Bangun2 pagi tengok kat luar, cuaca cerah! Alhamdulillah. Yelah ada sehari nih je lagi untuk merayau kat Busan nih. Pagi2 lepas bersiap, turun breakfast dulu dengan geng2 travel semalam. Hari ni mereka akan gerak ke Jeju. Hmm kalau kenal awal2 bolehlah plan ke Jeju jugak kan. Anyways, hari ni plannya ke Gamcheon. Kalau dari Woori, jalan je sampai bus stop dan tunggu bas kat situ. Bayaran tiket 1500W. Kalau ada apa2 keraguan & persoalan tanya je staf GH nih, baik, peramah & boleh cakap English.

Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 15 minit je. On the way tuh pun view dia best. Macam dekat Greece sebab banyak rumah2 di tepi2 pinggir tebing bukit macam tuh kan. No wonder tempat nih juga dikenali sebagai Santorini of the East. Tempat ni memang untuk art lover. And I think it’s either you love it or hate it. Kena banyak berjalan nak explore tempat ni. Nasib a few weeks dah ada jogging, hiking sikit2.

Bak Lego 

Bila dah sampai, belilah map dia. Senang sikit nak explore. Tengah2 beli map terpandang sorang minah saleh. Dia pun sorang jugak. Jadi tegur jelah tanya ada any plans tuh explore this place. Nak pergi sekali tak? Dia pun ok je jadi kitorang pun jalanlah sekali. Nama dia Anna daripada Finland. Umur around 20s dan dia dah biasa backpacking solo since 18 years old, segan pula kita yang dah umur veteran nih baru nak start solo travel . Bila tanya kerja apa, dia kerja barista. Heee kalau kat sini mampu ko rasa barista nak travel2 nih? Adalah suggest a few places kalau dia mai Malaysia nih kan. Haruslah jadi duta tourism Malaysia, tak gitu?

                                                                           Fishy



We spent around 2 hours jugak berjalan2 kat sini. Aku pun takdelah artsy sangat, tapi mural2 dia cantik & ada banyak port2 untuk bergambar. Dahlah rumah2 dia pun colourful, macam lego je. So all in all tempat nih best untuk mereka2 yang suka jalan, explore, suka arts & view. 

Anna, penyegan nak ambik gambo
Muah ciked
Ikan lagi


To Be Continued...

6 comments:

  1. Replies
    1. thx :) buat rujukan sesapa yang nak ke Korea hehe

      Delete
  2. Banyak dah berubah kat Busan ni... 10 tahun dulu pegi sebab keja... Insyallah nak patah balik sebab travel pulak... He he he

    ReplyDelete
  3. rindunya tempat ni..nanti nk pergi bersama 'tersyg' lah heeee..SS jom!

    ReplyDelete