First Solo Travel! Berjalan Ke Seoul & Busan Spring 2016 (4) - Pemandu pelancong percuma

, , 10 comments
Hari kedua. Hari ni dah berjanji dengan seseorang nak jumpa dia sebab dia nak bawak kita pergi jalan-jalan Bukchon Hanok. He’s a Korean guy, oppa? I wish. Haha nolah more to Ajusshi. Tapi baik hati tuh yang penting. Ambik tour free di bawah tajaan Korean Tourism (Updated, dulu KTO, sekarang under VisitSeoul) http://english.visitseoul.net/index Haaa jangan tak tau ada pemandu pelancong percuma tau kat Seoul nih. Volunteer guide namanya. Ada macam-macam pakej boleh usha di sini: http://english.visitseoul.net/walking-tour, just need to drop them an email and the feedback is immediate! 




Sebenarnya ni group tour, but so it happens that takde orang lain that day, only meeee. Meet my guide Mr Lee. Mr Lee ni dah 10 tahun jadi guide dan tahu banyaklah sejarah Korea. Kan best? Sambil2 kita tengok2 palace, rumah2 tradisional, ada orang ceritakan pada kita the history and story. Dia pun quite fluent in English jadi kalau ada apa2 nak tanya tuh boleh je. Kita pun takdelah sesat dan buang masa kan? Bagus kan tourism korea nih.

                                                            My guide Mr. Lee


Ok jadi pagi ni saya ambik tour Bukchon Hanok. The reason is masa first time mai Korea nih tak sempat nak ronda this area. The tour start dekat Anguk station, dekat rumah kelahiran King Gojong ,Unhyeongung.



Then barulah berjalan menuju area Bukchon Hanok. Bukchon Hanok ni sebenarnya kawasan residential orang2 besar yang terletak antara 2 istana iaitu Gyeongbuk dan Changdeuk.



Banyak rumah2 di sini masih mengekalkan senibina traditional Korea jadi kawasan nih memang cantiklah untuk berjalan dan ambik gambar. View dia pula kat atas bukit. Memang cantiklah. Gigih jugak kena berjalan mendaki bukit kat area nih. Ada beberapa view points & rasanya agak memenatkan.Tapi bak kata Mr Lee, “See you are rewarded with this beautiful scenery” Ok Mr Lee I have to agree with you.


Tour di Bukchon Hanok ni mengambil masa around 2 hours. Sangat2 recommended ok. Jadi apa tunggu lagi, bagi yang dah plan nak ke Seoul tuh, book laju-laju.

TO BE CONTINUED...

First Solo Travel! Ke Seoul & Busan Spring 2016 (Part 1)

10 comments:

  1. Sarah ada post kt bbm kan cerita ni.. mcm ada nmpk... pnh bca pasal guide ni dkt website tourism korea tp x pernh lg dngr 1st hand exp. Tq 4 sharing

    ReplyDelete
  2. aah ada share :) berkongsi info yg bagus. hopefully fellow travellers boleh manfaatkan

    ReplyDelete
  3. SS travel sendiri... Sendiri pandu diri sendiri... Bila dah sendiri... tak jadi melancong... Jadi Tah memana melencong... Keh keh keh...

    ReplyDelete
  4. tak lah bosan Sarah kan ada teman berborak hiksss

    ReplyDelete
  5. Salam.sarah... boleh bg email x? Ade nak tanye sket about seoul...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Widya, boleh emailkan ke sfjuhari@gmail.com

      Delete
  6. salam sarah. nak tanya boleh x? boleh x terangkan sistem ktx tu. apa maksud die dgn LINE and EXIT tu. Saya ingat macam nak redah je travel p seoul cuti deepavali ni sbb forever alone n xde partner.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi cikgu mar, line tu mcm contoh di msia, lrt kita ada line ampang n sri petaling, ada monorel n mrt. di korea pun sama tapi lg banyak line dia. stesen2 kat sana selalu ada byk jln keluar, jadi kena tahu nak exit di pintu yg mana baru kurang possibility utk sesat hihi. klu ada soklan just email me, or follow insta sarah_juhari. boleh ber dm. mn tahu can plan travels nnt

      Delete