Short Trip Berjalan ke Melaka/PD

, , 6 comments
Hujung minggu lepas, ambik kesempatan kejap untuk short getaway ke Melaka. Tak banyak sangat tempat cover tapi oklah, yang penting dapat spend time dengan kawan2 kan. Okeh, jadi kitorang sampai pun dah lunch time, jadi pekena asam pedas dulu kat Asam Pedas Pak Man atau Perhentian Kuih Kampong. Not badlah takdelah sedap gila, tapi ok. Standard kesedapan makanan kat tekak aku memang tinggi because my mum is a good cook. Walau kami orang Pahang, bukan setakat gulai tempoyak, asam pedas pun terror masak heheh.Kat sini ada jugak kuih-muih untuk dessert.



Kenyang perut, kami gerak ke Kampung Morten. Di kampung nih banyak rumah-rumah tradisional Melaka, dan bagi yang mahukan kelainan, boleh menginap di homestay kat kampung ni. Ramah-ramah belaka orang kat sini.



Destinasi seterusnya adalah The Shore. Ada apa kat sini? Tempat ni baru jugak buka beberapa bulan lepas. Ada shopping complex, ada aquarium ala2 aquaria, serviced apartment dan hotel. Yang specialnya tingkat atas dia tuh ada platform diperbuat daripada kaca.dipanggil skytower. Boleh ambik set lunch/tea/dinner sambil2 enjoy view dari atas. Kitorang tak masuk pun. Jenguk2 view dari tepi tingkap tingkat 42. Dasar kedekut hahah




And then tak sahlah kalau ke Melaka ni tak pergi Klebang kan? Saja ambik angin minum coconut shake. Namun on the way tuh sempat singgah makan derian dulu. Agak mahal tapi layan jelah. Teringin nak merasa.





Kami duk homestay area Klebang. Lupa pulak namanya. Dannnnn esoknya teka kami ke mana?



PD, panjat bukit batu putih lagi! Kali ni memenuhi ajakan geng2 ni pulak.  Masuk ni dah 3 kali ke sini. Boleh jadik duta dah aku ni tau! Anyways tuhlah short getaway ke Melaka/PD.

6 comments:

  1. Sedapnya durian..mmg dh 2-3 hr dok teringt nk mkn ni..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya durian..mmg dh 2-3 hr dok teringt nk mkn ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun sebab teringin yg beli ni, padahal mahal jugak huhu

      Delete
  3. Replies
    1. baru nak start kut, tgk dah ada gerai tepi jln

      Delete