Travel Dalam Negara Selepas PKP- 4 Sebab kenapa travel dalam Malaysia kurang best

, , 2 comments
Ok, since kita semua hanya boleh travel dalam Malaysia je, maka rasanya ramailah yang dah plan nak cuti-cuti Malaysia kan? Malaysia nih serious banyak tempat menarik. Pulau yang cantik, hutan, gunung-ganang, makanan  yang sedap semua jadi tarikan. TAPI....travel dalam negara nih ada part yang kurang best yang menyebabkan orang memilih untuk travel overseas. Jum tengok :

1. Traffic jam

Ini memang antara masalah lama kut. Kalau weekends or cuti sekolah je highway menghala ke PD sure jem. Melaka pun penuh, Cameron Highlands pun jem betul tak? Kiranya kalau nak pergi, better ambik cuti hari biasa. R&R pun nanti penuh berderet kereta hehe. If travel overseas, weekends pun jem jugak, tapi sebab kita ambik cuti hari biasa kan, dan cuti umum serta cuti sekolah pun tak sama, jadi macam ok sikit.



2. Harga tiket flight

Bayangkan nak pergi Kota Kinabalu atau Kuching harga tiket ke sana lagi mahal dari nak pergi Jakarta atau Hi Chi Minh. Ikut timing jugalah, tapi macam bila compare2 harga, baik travel overseas.



3. Toilet

Aduih, nih memang sedih la sebab melibatkan kebersihan tapi sebab ada banyak kes2 yang macam dah masuk toilet tak jadi nak membuang sebab kondisi dia memang muntah hijau wei. Kenapa eh susah sangat nak maintain kebersihan toilet. Sorry to say, kadang2 toilet di masjid pun tak terjaga. If pergi overseas pun ada toilet yang tak bersih, tapi macam kurang sikitlah. Pernah masuk toilet kotor di Beijing & Indonesia huhu



4. Servis & Maintainence

Ini macam contohnya taman-taman yang ada fasiliti yang dah tak maintain, then masa weol hiking bukit kincir angin kat Pulau Perhentian pun tangga dah rosak dan membahayakan. Tempat dah cantik, tapi tak maintain. Kena ada peruntukan untuk kerja maintenance.


So macamana? Hehe eh ni just my opinion je. Of kos cuti2 Malaysia ni best. Nanti kita buat version kenapa travel di Malaysia ni best k

2 comments:

  1. Dah tak boleh gi obersi tu yg jadi terlalu sesak semua tempat percutian dlm negara.. Flight obersi katanya akan pulih pd 2024.. hah camna tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah,mmg travel local jelah yg boleh hukhuk. Rindu nak pegi obersea

      Delete