Jalan-jalan travel selepas PKP - Pasca Covid 19 ke Pulau Perhentian

, , 8 comments
Akhirnya setelah hampir 4 bulan kita berkurung barulah dibenarkan untuk rentas negeri Alhamdulillah. Bukan mudah untuk kita hadap semua ni kan. Ada yang hilang kerja, tak dapat buat bisnes dan lain-lain. Dan antara industri yang paling terjejas adalah pelancongan. Jadi eloklah kita support balik tourism lokal kita.

Jadi, tanpa plan beria, member ajak pegi Perhentian. Plan awal tahun actually nak pegi Redang, tapi Redang belum buka lagi chalet yang weol nak pegi. Sekarang pun banyak hotel dan pakej2 yang menarik jadi jumlah kita cuti-cuti Malaysia. Yang penting precaution. Pakai mask if pegi tempat yang tertutup dan crowded dan bawa hand sanitizer.



Jadi chalet yang kami duduk adalah The Reef, Perhentian Besar. Dah few times pegi sini, memang ok sangat tempat dia. Ada aircond seme. Untuk makan, boleh juga minta The Reef masakkan atau boleh jalan dan makan di hotel/chalet berhampiran. Boleh juga naik bot pegi Kampung Nelayan kat seberang nun. Perhentian Besar ni sesuai untuk famili. Lebih santai & relax. Di Perhentian Kecil, especially Long beach memang ramai foreigners dan lebih banyak aktiviti macam fire show.



Nak kata ramai sangat tourist tak juga , orang mungkin baru start nak plan cuti kan. Foreigners ada jugalah. Maybe stranded, maybe expats. Untuk pakej snorkeling, boleh je tanya reception chalet, nanti dia arrangekan. Untuk lebih selamat, bawa snorkeling gear sendiri.

All in all, Perhentian ni memang best. Dah pegi banyak kali pun tak jemu.


8 comments:

  1. Hehe, tuhlah dah lama tak pegi bercuti kan

    ReplyDelete
  2. ada juga plan nak pi pulau tapi tatau la pulau mana..
    hahaha baru brangan2. marila kita cuti2 malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...jum cuti Malaysia, Redang ke, Tioman ke hehe

      Delete
  3. Hi Sarah, bilik dia ok tak?kami plan nak pergi soon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Suriati. Yes, recommended. Ada aircond, dekat dgn pantai. Kebersihan pun ok hihi. Happy travelling :)

      Delete