Haa bila
sebut tang bercuti je terfikirlah duit yang perlu dibelanjakan kan? Duit
flightlah, bajet untuk penginapan, untuk makan lagi, untuk transportation lagi.
Namun, kalau uol buat research dulu sebelum pergi ke tempat yang uol nak travel
tu, mesti ada aktiviti yang boleh dilakukan secara PERCUMA. So di sini saya nak
share 4 aktiviti yang boleh dilakukan secara PERCUMA based on my previous
travel:
1 1. Explore taman-taman
Ini kalau pergi time Spring or Autumn rasanya paling sesuai sebab ada
bunga or boleh tengok pokok bertukar warna jadi kekuningan atau kemerahan. Di
Seoul memang best jalan-jalan di Hangang River Park. Santai-santai tengok
river, tengok pemandangan, dengan pokok sakura. Di Tokyo boleh pergi ke Yoyogi
dan Ueno park untuk berhanami gitu.
2 2. Tengok bangunan/architecture
Suka tengok bangunan-bangunan yang bentuk dia unik. Serious kadang-kadang
rasa macam tak terjangkau akal diorang design building macam tu. Ambik gamba ala2 instafamous kat bangunan2 tu.
3 3. Pergi ke pasar
Best woo pergi ke lokal market. Cuba try. Boleh feel culture dan
lifestyle orang tempatan. Ada juga yang touristy, so kadang-kadang best jugak
untuk just go to random markets. Boleh pergi ke fresh market macam Tsukiji Fish
Market (now dah relocated to Toyosu Market), Kuromon Market, Jagalchi
Market di Busan . Night market pun best
juga, tapi kebarangkalian untuk nyoping tinggi la kan haha. As long as tak membeli,
still aktivti percuma right?
4 4. Hiking/trekking
Jika uol peminat nature, mesti suka aktiviti ni yang normally memang
free! Plus uol dapat enjoy the scenery, then dapat pulak menyihatkan tubuh
badan kan. Pilih tempat hiking/trekking yang sesuai dengan stamina diri. Jangan
pulak nak paksa badan. Lagi-lagi kalau di tempat orang kan. Bukit Batu Putih,
Denai Puteri, Broga tu semua sesuai untuk beginner-intermediate. If trekking,
harituh masa di Busan sempat explore area Taejongdae dan Oryukdo.
So macamana?
Bolehlah mix kan aktiviti free ni dengan yang berbayar kan, boleh jimat kos
sikit. Yang penting rajin buat research tempat yang kita nak pergi tu untuk
dapatkan ide.
pergi pasar cuci mata free hehe.. kalo da mula membeli tu..
ReplyDeletetabahlaaaa wallet cant be helped haha..
Hahah, ini kira memang hati kering lah kalau tak membeli
Delete