Sebagai orang yang suka berjalan-jalan, memang kalau takde
travel plan tuh rasa semacam je. Yelah kadang-kadang sebab duit takde lagi-lagi
duit RM tak stabil, kadang-kadang sebab busy & ada komitmen lain, takde
travel partner dan lain-lain. Makanya nak buat apa? How to cure the travel bug
tanpa banyak menggunakan duit, masa & tenaga yang banyak?
1. Go through gambar-gambar travel
dolu-dolu. Best kan? Sambil mengimbau kenangan lama pahit & manis.
2. Baca blog travellers. Yang ni
selalu buat. Best baca kisah-kisah travellers ni. Automatik akan terinspirasi
& before you knew it, dah start dah nak plan-plan trip seterusnya haha.
3. Eat! Kadang-kadang masak atau
makan makanan yang bukan masakan Melayu (Western/Korean/Japanese/ dll) best
jugak. Tukar angin dan selera. Di samping tuh rasa terubat la jugak rindu kat
negara-negara yang kita pernah pergi tuh kan. Ceh, macam banyak sangat je
negaranya.
Makan sushi di kedai
Mediterranean meets Italian aduihlah
4. Watch dramas. KDrama especially.
Dah terjebak tengok so macamana?
5. Pergi on a 1 day trip ke tempat
berhampiran. Macam pergi tengok muzium ke, pergi taman yang berhampiran dengan
rumah. Macam saya, Kuala Lumpur tuh pun
actually takdelah habis round seme tempat kan? Planetarium Negara tak pernah
pergi lagi, muzium tuh pun zaman sekolah je rasanya pernah masuk hehe. Ataupun
buat kerja gila naik LRT/Monorail from end to end haha ok tak? :)
kalau sis JM x der travel trip..aktiviti no 2 dan no 4 tu menjadi rutin :-)
ReplyDelete