Tibalah ke hari ke-4 kami di Tokyo. Kejap je rasa. Ikutkan
plan, hari ni kami ke Tsukiji Market, Camii Tokyo Mosque dan juga ke area
Odaiba. Pagi tuh setelah breakfast di hotel secara ala kadar, maka kami pun
memulakan perjalanan ke Tsukiji Market. Jika dari Ningyocho:
Ningyocho to Tsukiji
Hibiya line to Naka-meguro, turun di Tsukiji (170Y)
Kemudian dari Tsukiji station, kami ikut je a few tourist
hehe. Dalam 10 minit macam tuh sampailah ke market. Before masuk ke area wet market, ada ruang
gerai di bahagian luar. Boleh try makan di situ seafood dia fresh dari pasar.
Tapi kami tak makan pun. Hari tuh pernah tengok Jejak Jepun Zizan dan Zizan ada
makan kat sini.
Sekitar outer market
Beratur nak makan donburi
Menunya, tapi tak try. Balik baru menyesal tak cuba sashimi fresh
Indoor market. Fresh dari laut
Barangan kering macam seaweed, bonito flakes dll pun ada dijual
. Rugi puloklah tak borong bonito flakes tuh haih. Souvenirs pun ada jugak tapi
tak tengok harga pun. Dekat bahagian wet market dapatlah tengok hidupan laut
yang pelbagai. Agak busy market dia, ramai orang menyorong dan mengangkut
barangan. After meround dan ambil gambar, kami pun patah balik ke stesyen
Tsukiji. Dari Tsukiji ke Camii Mosque:
Hibiya line to Naka-meguro, turun di Hibiya untuk transit ke
Chiyoda line
Chibiya line to Yoyogi-uehara, turun di Yoyogi-uehara.
Sampai sini boleh blur macamana nak pergi
masjid tuh. Boleh pulaklah terlupa nak search direction dari station ke masjid.
Aduih. Gigihlah try cari internet connection (kami tak sewa wifi pun haha). Tak
dapat. Japan ni lain sikit berbanding Korea.Wifi free tidaklah sesenang tuh nak
jumpa hoho. Mostly kena register dulu.Nak tanya orang Nihongo sah2 la tak tau kan.
Tengah blur2 tuh terserempak sorang brother nih dengan anak
dia. Rupa macam orang Malaysia. Jadi apa lagi, teruslah tanya direction. Dia
pun rupanya nak ke sana, hantar anak dia kelas ngaji katanya. Alhamdulillah
huhu lega. Dia student kat sana, dan anak dia dihantar ke kelas agama di situ.
Ada ke dia cakap “Ingatkan orang Indonesia, rupanya orang Malaysia”
uhuk2. Takpelah bro, since you dah tunjuk direction, I tak boleh nak comment
banyak haha.
Dalam 10 minit berjalan, sampailah ke masjid. Sorry, tak ingat
directionnya, tuhlah sape suruh dah berkurun baru nak menaip ha kan dah lupa! Masjid dia memang architecture Turkey. Ya lah since memang
orang Turkey yang derma. Actually since 1938 ada mosque nih and then
diruntuhkan. Tahun 1998 baru dibina balik.
Kebetulan masa kami pergi tuh, ada majlis nikah antara
lelaki warga Turki dan wanita Jepun. Wah! Perkahwinan dua negara, dua bangsa. Memang kami bernasib baik menyaksikan
bertambahnya saudara muslim dan majlis nikahnya. Saya share a few photos…
Bersama famili
Memang experience yang tak dapat dilupakan. Ok, To be Continued...
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 1
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 2
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 3
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 4
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 6
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Finale
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Total Expense & Itin
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 1
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 2
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 3
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 4
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 6
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Finale
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Total Expense & Itin
eh eh baju pengantin perempuan tu....ahakss..nampak pelik kan tapi x pe nanti dah dalami islam tu berubah sikit2
ReplyDeleteHaha aah dia pakai legging macam tuh dengan skirt.tuhlah slow2 kan
DeleteBetullah JM... agak weird di situ...
ReplyDeleteKat Tsukiji market tak jumpa ke ikan tuna biru yang besar bagak tu...
Hee aah skirt dengan legging. Tak pergi yang sesi lelong pagi tu, yang ada yang dah siap potong2 untuk dijual
DeleteLor legging ke....mati2 ingat dia pakai skirt. Tp sweet la family dia...semua pakai skaf
ReplyDeletehehe aah sama warna dengan skirt dia. Comel je seme :)
Delete