Ok sambungan is here! Terima kasih kepada yang tabah follow
walaupun ceritanya tak seberapa hehe. Terlewat sikit post ni sebab ada
teambuilding.
Orait, jadi dari Masjid Tokyo Camii kami ke Odaiba. Ada apa kat
Odaiba nih? Kejap lagi kita tengok alright? Jika dari masjid:
Dari Yoyogi-Uehara eki take Chiyoda line to Abiko.
Stop at Omote-sando, take Ginza line to Toyosu
Stop at Shimbashi, take Yurikamome to Odaibakaihinkoen.
Lama juga perjalanan ke Odaiba. Sepanjang perjalanan tuh
mendung tapi tak hujan. Sebelum sampai, kena lalu jambatan dulu. Waktu malam nampak
cantik dengan lampu berwarna-warni.
Odaiba ni sebenarnya pulau buatan. Ada
banyak tempat tarikan indoor di sini. Kira sesuailah since hari pun mendung,
kadang-kadang hujan kan. Ada Lego center, ada Madame Tussauds, Trick eye
museum, Toyota cente, Museum of Maritime Science dan lain-lain lagi.
Actually, kalau betul-betul nak round satu pulau nih, satu
hari baru cukup rasanya. Kami menuju ke Decks dulu. Mula-mula kami buat sesi
bergambar dulu kat bahagian luar. Ada replika Statue of Liberty di sini.
Kebetulan
masa tuh ada festival, jadi ada banyak gerai makanan. Jumpalah pulak gerai
kebab turki. Perut pun dah lapar jadi kita ngap dulu isi perut.
Then, kami menuju ke Madame Tussauds. Semua patung wax nak
diambil gambarnya haha. Ada figures luar negara dan juga Japanese.
Kemudian kami menuju pula ke Trick eye Museum. Sesuailah untuk mereka yang kaki bergambar hehe
Ingatkan sempat nak pergi tempat lain, tapi badan dah penat.
Jadi bergerak baliklah kita.
To be continued...
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 1
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 2
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 3
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 4
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 5
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Finale
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Total Expense & Itin
To be continued...
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 1
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 2
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 3
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 4
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 5
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Finale
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Total Expense & Itin
Wah dah Part 5!
Indoor market. Fresh dari laut
Akad nikah
Tibalah ke hari ke-4 kami di Tokyo. Kejap je rasa. Ikutkan
plan, hari ni kami ke Tsukiji Market, Camii Tokyo Mosque dan juga ke area
Odaiba. Pagi tuh setelah breakfast di hotel secara ala kadar, maka kami pun
memulakan perjalanan ke Tsukiji Market. Jika dari Ningyocho:
Ningyocho to Tsukiji
Hibiya line to Naka-meguro, turun di Tsukiji (170Y)
Kemudian dari Tsukiji station, kami ikut je a few tourist
hehe. Dalam 10 minit macam tuh sampailah ke market. Before masuk ke area wet market, ada ruang
gerai di bahagian luar. Boleh try makan di situ seafood dia fresh dari pasar.
Tapi kami tak makan pun. Hari tuh pernah tengok Jejak Jepun Zizan dan Zizan ada
makan kat sini.
Sekitar outer market
Beratur nak makan donburi
Menunya, tapi tak try. Balik baru menyesal tak cuba sashimi fresh
Indoor market. Fresh dari laut
Barangan kering macam seaweed, bonito flakes dll pun ada dijual
. Rugi puloklah tak borong bonito flakes tuh haih. Souvenirs pun ada jugak tapi
tak tengok harga pun. Dekat bahagian wet market dapatlah tengok hidupan laut
yang pelbagai. Agak busy market dia, ramai orang menyorong dan mengangkut
barangan. After meround dan ambil gambar, kami pun patah balik ke stesyen
Tsukiji. Dari Tsukiji ke Camii Mosque:
Hibiya line to Naka-meguro, turun di Hibiya untuk transit ke
Chiyoda line
Chibiya line to Yoyogi-uehara, turun di Yoyogi-uehara.
Sampai sini boleh blur macamana nak pergi
masjid tuh. Boleh pulaklah terlupa nak search direction dari station ke masjid.
Aduih. Gigihlah try cari internet connection (kami tak sewa wifi pun haha). Tak
dapat. Japan ni lain sikit berbanding Korea.Wifi free tidaklah sesenang tuh nak
jumpa hoho. Mostly kena register dulu.Nak tanya orang Nihongo sah2 la tak tau kan.
Tengah blur2 tuh terserempak sorang brother nih dengan anak
dia. Rupa macam orang Malaysia. Jadi apa lagi, teruslah tanya direction. Dia
pun rupanya nak ke sana, hantar anak dia kelas ngaji katanya. Alhamdulillah
huhu lega. Dia student kat sana, dan anak dia dihantar ke kelas agama di situ.
Ada ke dia cakap “Ingatkan orang Indonesia, rupanya orang Malaysia”
uhuk2. Takpelah bro, since you dah tunjuk direction, I tak boleh nak comment
banyak haha.
Dalam 10 minit berjalan, sampailah ke masjid. Sorry, tak ingat
directionnya, tuhlah sape suruh dah berkurun baru nak menaip ha kan dah lupa! Masjid dia memang architecture Turkey. Ya lah since memang
orang Turkey yang derma. Actually since 1938 ada mosque nih and then
diruntuhkan. Tahun 1998 baru dibina balik.
Kebetulan masa kami pergi tuh, ada majlis nikah antara
lelaki warga Turki dan wanita Jepun. Wah! Perkahwinan dua negara, dua bangsa. Memang kami bernasib baik menyaksikan
bertambahnya saudara muslim dan majlis nikahnya. Saya share a few photos…
Bersama famili
Memang experience yang tak dapat dilupakan. Ok, To be Continued...
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 1
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 2
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 3
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 4
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 6
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Finale
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Total Expense & Itin
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 1
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 2
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 3
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 4
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Part 6
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Finale
Pengembaraan Solo (Almost!) ke Tokyo- Total Expense & Itin
Sebagai orang yang suka berjalan-jalan, memang kalau takde
travel plan tuh rasa semacam je. Yelah kadang-kadang sebab duit takde lagi-lagi
duit RM tak stabil, kadang-kadang sebab busy & ada komitmen lain, takde
travel partner dan lain-lain. Makanya nak buat apa? How to cure the travel bug
tanpa banyak menggunakan duit, masa & tenaga yang banyak?
1. Go through gambar-gambar travel
dolu-dolu. Best kan? Sambil mengimbau kenangan lama pahit & manis.
2. Baca blog travellers. Yang ni
selalu buat. Best baca kisah-kisah travellers ni. Automatik akan terinspirasi
& before you knew it, dah start dah nak plan-plan trip seterusnya haha.
3. Eat! Kadang-kadang masak atau
makan makanan yang bukan masakan Melayu (Western/Korean/Japanese/ dll) best
jugak. Tukar angin dan selera. Di samping tuh rasa terubat la jugak rindu kat
negara-negara yang kita pernah pergi tuh kan. Ceh, macam banyak sangat je
negaranya.
Makan sushi di kedai
Mediterranean meets Italian aduihlah
4. Watch dramas. KDrama especially.
Dah terjebak tengok so macamana?
5. Pergi on a 1 day trip ke tempat
berhampiran. Macam pergi tengok muzium ke, pergi taman yang berhampiran dengan
rumah. Macam saya, Kuala Lumpur tuh pun
actually takdelah habis round seme tempat kan? Planetarium Negara tak pernah
pergi lagi, muzium tuh pun zaman sekolah je rasanya pernah masuk hehe. Ataupun
buat kerja gila naik LRT/Monorail from end to end haha ok tak? :)