Singgah ke Ipoh

, , 6 comments
Hai singgah je ke? Singgah jelah, kebetulan ada kenduri kazen di Penang, makanya kita singgah la kejap ke Ipoh. Nak merayau ke Penang tak larat nak mengadap jem bagai time cuti sekolah kan. So we decided singgah Ipoh yang telah disenaraikan oleh Lonely Planet dalam list “Best in Asia” (https://www.lonelyplanet.com/best-in-asia )

So what can you do if you only have 2 hours in Ipoh? First, kena cari tempat makanlah kan. Ipoh nih macam2 tempat makan ada dari high end, hipster ke gerai, yang penting sedap! Search punya search kitorang try Restoran Simpang Tiga yang menghidangkan makanan ala Padang. Ramai juga orang, tapi still dapat je meja. Order makan dia lauk2 style Padang. Sedap & rasa authentic macam kat Indonesia. Harga oklah, a bit pricey tapi berbaloi dengan rasanya.




Dah makan, kita menuju ke street art yang terletak di Jalan Sultan Iskandar. Ada beberapa lagi port, tapi kitorang pergi yang sini untuk bergambar.






Hujung jalan nih, ada satu masjid lama iaitu Masjid Panglima Kinta yang dibina pada 1898. Unik binaannya. Masjid ni masjid yang pertama di Ipoh.



Selesai solat, maka geraklah balik ke KL sementara jalan masih belum jem hehe. Will surely come again here, banyak lagi belum explore kat Ipoh ni. Yang pastinya Ipoh bukanlah satu destinasi singgahan semata

6 comments: