Jum ke Jugra, Banting & Morib

, , 6 comments
Kadang-kadang tempat yang dekat2 tuh yang kita belum jejak betul dak? Hehe. Maka terjadilah trip hujung minggu nih harituh. Jugra nih kalau ikut sejarahnya, merupakan pusat pemerintahan Selangor sebab kedudukannya yang strategik. Tempat first yang diserbu adalah Bukit Jugra.





Dari sini, boleh nampak selat Melaka kalau hari cerah. Ada aktiviti paragliding, tapi agaknya sebab hujan takdelah pulak orang nak paraglide. 

Tempat bersejarah yang seterusnya adalah Istana Bandar atau Istana Alaeddin. Mula-mula ingat tutup nasib baik bukak, memang kitorang je pengunjung time tuh. Senibina istana nih menarik. Ada influence dari China, India dan Timur Tengah jugak. Bagus inisiatif untuk preserve tempat2 bersejarah macam nih.







Dah lapar makanya kenalah cari tempat makan. Kat area nih ramai orang Jawa kan, jadi kat bandar Banting tuh restoran nasi penyet memang banyak. Kitorang pun ngaplah kat satu kedai nih. Nama kedai lupa ;P



Dan lepas tuh ke Pantai Morib tengok sunset. Ingat nak singgah jeti Pantai Kelanang, tapi tak sempat


Jadi, tuhlah weekend trip. Oklah untuk santai, release stress, spend time with family & friends :)

6 comments:

  1. Itew dah plan nk ke morib next year in shaa allah dan nk pegi sume tempat yg sarah pegi ni �� Kat banting tu ada nampak org jual kerepek tepi jln x..bantal kekabu ke..ada x

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kerepek kak ros sedap kerepek ubi dia, dulu sempat pegi, trip yang nih tak singgah pulak hehe, bantai kekabu tak perasan pulok

      Delete
  2. Bukit jugra! Ada naik paraliding x

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami tak naik, belum cukup beran hee

      Delete