Berapa bajet untuk trips & travels?

, , 7 comments



Lain padang lain belalangnya, lain orang, lain belanjawannya cewah. Sempena bajet yang baru announce hari tuh, makanya kita pun sebagai orang2 yang galak nak travel nih kenalah jugak buat bajet ye dak? Untuk tahun 2017 dah fikir nak ke mana dan berapa peruntukan. Dah ada yang beli tiket dah untuk next year?

Kalau orang yang ada-ada maybe tak perlu fikir kut, cakap je nak p mana, hulur jelah duit kan. Tapi for me, banyak benda lain juga selain travel yang perlu difikirkan. Kita ada expenses macam simpanan, pelaburan, zakat, saving untuk rumah, hulur duit kat parents, kereta & maintainence, daily needs (F&B, minyak, baju, entertainment). Jadi perlu bijak untuk membahagikan duit tuh supaya tak terbabas.

Travel & trips nih penting untuk recharge, motivate diri, reward diri sendiri. Dah tuh sapa lagi nak reward kita? Kita sendiri lah kan. Yang penting ukur baju di badan sendiri. Ini ada a few tips yang boleh digunakan untuk plan bajet uol:

1. Jangan sesekali berhutang untuk travel.

2. Bajet mestilah termasuk transportation (flight, bus, train, teksi, minyak & toll), accommodation, F&B, serta lain2 dan jangan lupa set aside sikit untuk emergency.

3. Tidak perlu ikut trend & terpengaruh dengan orang lain.

4.Ideally, spend sekitar 5-7% bajet tahunan untuk trips & travel (hee saya spend around 10% kut)

5. Plan awal supaya boleh menabung, earn extra income, saving tang mana yang patut.

6. Travel semasa low season (bukan public holidays, bukan school holidays) , boleh jimat duit

7. Alert dengan offers especially dari syarikat penerbangan & hotel sebab transportation & accommodation nih memang 2 bajet yang terbesar.

8. Bawa bekal makanan, jadi tak perlu nak spend banyak on food.




7 comments: