Singapore, When job & travel meets (1) - Berjalan ke Arab street

, , 7 comments
Ini kali pertama aku ke Singapura. What?? Macam tak percaya kan? Tah pape negara jiran yang comel tuh pun tak pernah jejak hehe. Anyways, nih bukan trip travel, jadi tempat2 yang diusha nih pun sempat tengok time malam je. Memandangkan currency RM yang jatuh mencanak, nak extend tambah sehari 2 pun berkira kan, jadi kita utilize jelah masa & ruang mana yang dan. Ni pun kira rezeki jugak, dapat menjejak kaki sini.

                                                           View from the hotel

Sampai ke Changi Airport around 4pm macam tuh. Masa baca website hotel, ada terperasan yang hotel Capri by Fraser ada menyediakan hourly shuttle bus dari airport ke hotel. So why not kita naik shuttle je. Keluar je ke tempat bus shuttle, dah ada dah  bas hotel menunggu. Hotel nih depat je dengan airport. Dalam 10 minit je kut. Esok dan lusa ada event di Expo. Memang sangat dekat. Plus ada metro train pulak, plus ada mall pulak haaa senang kerja. Hotel yang amat selesa, but yang kurang best breakfast non-halal. Makan roti, salad, buah pun jadilah.

The room

Ok jadi after dah check-in rehat2 kejap, makanya perut yang lapar minta diisi.Mohlah kita ke arab street & area Masjid Sultan! Untuk ke arab street, naik metro. Kalau dari Changi or Expo station, kena tukar tren di Tanah Merah (Line Hijau), and then baru teruskan perjalanan ke Bugis station ok?

Bila dah sampai ke Bugis station, untuk ke area masjid sultan, ambil Exit D, belok kiri, jalan straight sampai traffic light, ambik kanan. Nih jalan North Bridge Road, teruskan perjalanan, sampailah nampak masjid Sultan. Nihlah masjid yang famous kat Singapore nih.





Dekat sini macam-macam kedai pakaian/kain dan restoran halal. Aku makan ayam penyet je malam tuh di Dapur Penyet. Puas hati jugaklah, rasa sedap, portion pun banyak.




7 comments: