5 Cara Menyimpan Untuk Travel

, , 8 comments



Ok, jadi di sini aku nak share cara2 aku menyimpan dan menabung untuk kumpul duit supaya dapatlah pergi ke destinasi idaman hee. Kita menabung apa yang mampu, insyaAllah sikit2 lama jadi bukit kata orang.



1.  Main kutu
Cara nih boleh kata berkesan lah jugak. Bukan untuk travel je, tapi kalau nak renew insurans kereta ke , tukar tayar ke kan? Yang perlukan jumlah duit yang besar dari biasa. Kita force save duit kita. Ya lah takkan tak bayar pulak duit kawan2 kita tuh. Cari geng2 yang boleh dipercayai dan bolehlah start main kutu.


2. Simpan, baru belanja
Nih mula-mula susah nak buat. Biasanya kita belanja je, then simpanan tuh kiranya mana yang tinggal betul? Cuba terbalikkan. Kita ketepikan dan simpan dulu siap-siap duit gaji tuh untuk travel, kemudian yang mana tinggal tuhlah kita belanjakan untuk bulan tuh.


3. Bawa bekal ke pejabat
Zaman sekarang yang serba mahal nih, kenalah pandai jimat cermat. Boleh cuba bawa bekal ke pejabat. Dalam seminggu tuh cuba bawa 2-3 kali bekal sarapan/breakfast. Dah jimat dah kat situ. Malam tuh masaklah extra untuk bekal esoknya. Makan kat luar sekali makan dah RM10 paling kurang kan.


4.  Investment
Takdelah pakar sangat tapi pelaburan ni memang penting untuk masa depan. Pelaburan nih konsep dia lebih kepada long term, at least 5 – 10 years. Boleh melabur dalam trust fund macam Public Mutual, CWA, Kenanga dll. Cari agent/remiser yang boleh explain kat kita mengenai pelaburan tuh. Sikit2 pun dulu takpe, sebab kalau biar dalam bank account je pun takde pulangan, baik invest.


5. DIY

Do it yourself! Macam-macam benda kita boleh buat sendiri. Macam aku dah try jahit baju, at the same time boleh alter sendiri baju dan tak perlu hantar ke tailor untuk minor sewing (pendekkan skirt pun 15 hinggit ok!). Ada juga try DIY face scrub, DIY accessories hahah macam-macamlah. Seronok juga try aktiviti2 buat sendiri nih yang mostly guna barang yang dah memang sedia ada kat rumah.

Korang ada cara lain tak? boleh share2 kat sini :) Selamat menabung & berjalan 

8 comments:

  1. Saya guna tabung ayam... masuk sikit2... hehe

    ReplyDelete
  2. what a food info, thank you for sharing! Love DIY ideas..mmg boleh save kan :D

    Salam perkenalan..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee aah nih pun musim2 kahwin hujung tahun nih bolehlah jahit sikit2

      Delete
  3. Bulan senang kan nk travel ni sbb kita bukan org ado2..cara 1-3 tu sis JM sentiasa buat 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kan..tapi takpe, hendak seribu daya, fighting! moga langkah lebih jauh nanti :D

      Delete