First Solo Travel! Berjalan Ke Seoul & Busan Spring 2016 (3) - Searching for Cherry Blossom, Jumpa Ke?

, , 4 comments
Lepas dah habis berehat, bermulalah misi mencari ceri blossom. Initially, nak pergi serbu area Jinhae di Busan sebab ceri blossom dekat situ memang awesome gila. Jealous tau tengok orang2 yang dah pergi last week bergambar kat situ. TAPI, dengar2 time 2nd week April macam dah sendu kat situ. Sebab tuh decided untuk shoot ke Seoul dan cari ceri blossom kat Seoul. Bloom di Seoul lambat a few days compared to Busan.

Jadi, kita ke Yeouido Park. Untuk ke sini, ambik Line 5 ke Yeoido Station, then tukar ke Line 9 dan turun di National Assembly Station. Ambil exit 4. Lokasi dia nih nearby KBS. Tempat nih ramai orang santai2. So bila aku dah sampai dok la mencari pokok ceri blossom nih. Adalah a few pokok yang masih lagi berbunga. Hati pun turut berbunga hehe. Ada rezeki untuk tengok ceri blossom.



Then bila berjalan lagi sikit depan KBS, wah pokok-pokok dia masih banyak lagi bunga! Dah excited dah. Apa lagi ambik la gambar, tapi time nih segan2 lagi, tak reti lagi nak mintak tolong orang ambikkan gambar, makanya banyak selfie jelah. Sempatlah jalan2 depan KBS jugak.



Next port adalah Yeoido Hangang park. Actually boleh je jalan dari sini, tapi nak jugak naik subway. Turun di Yeoido Station (Line 5) ambik exit 3. Wah! meriah sini. Ada flower festival. Walaupun hari tuh hari bekerja, ramai jugak orang berhanami, berpicnic dan beriadhah. Yang bestnya jumpa tulips! Cantik2 bunga kat sini. Duduk lepak sini layan perasaan sambil tengok sunset memang best.







Then dah habis bersunset, perut pun udah lapo, jadi kena pergi mencari makanan. Ingat nak makan kebab je, jadi ke Itaewon (Line 6) Exit 3. Keluar2 je exit tuh dah nampak kedai kebab turki, 5000W regenya. beli tapau makan di bilik. Singgah 7E beli susu pisang dan buah2 sikit. Lepas makan zzzzzz, penat ok, lagipun kena ganti tidur sebab atas flight memang tak boleh tidur, bising grrrrr. Next time kena ambik quiet zone lah.

TO BE CONTINUED...

First Solo Travel! Ke Seoul & Busan Spring 2016 (Part 1)

4 comments: