Jom Mai Kedah! sempena Tahun Melawat Kedah 2016

, , 3 comments
Sempena cuti yang singkat minggu lalu, saya telah ke Kedah bertandang ke rumah kawan saya yang terletak di perkampungan dikelilingi sawah padi sekitar 30 minit dari Alor Setar. Gerak malam Jumaat drive slow-slow secara berjemaah dan berhenti rehat di beberapa R&R kami pun tiba subuh.

After rehat jap, isi perut dengan breakfast marvelous iaitu nasi lemak kuning air tangan my friend's mom, kami pun gerak explore bandar Alor Setar. Destinasi pertama kami adalah Menara Alor Setar yang menjadi landmark di sini. Entrance fee untuk ke observation deck adalah RM9. Dari atas boleh tengok view yang menarik. Nampaklah the whole Alor Setar dan kawasan sekitarnya. Cuaca sana pun panas lit lit, langit cerah maka view pun nampak clear.





Seterusnya kami ke rumah kelahiran Tun Dr Mahathir. Dekat je dari menara tuh. Masuk FOC. Rumah dia tak besar, tak kecik sedang je. Barangan peribadi beliau pun ada dipamerkan. Banyak benda boleh belajar kat sini. Tak habis explore tempat ni sebab pukul 5.00 dah tutup.




Kami singgah ke Masjid Al-Bukhary untuk solat. Memang macam dekat arab ok. Nasib baik takde unta je hehe. Keliling dia banyak tanam pokok kurma gitu





Petangnya kami ke Kuala Kedah untuk tengok sunset. Di area Kuala Kedah ni ada jeti nelayan dan pasar yang jual ikan fresh. Port yang cantik jugak untuk bergambar tapi kami tak menyingah. Kami decide untuk ke Restoran Ikan Bakar Anjung Kuala for dinner. Tempatnya cantik, ada kolam ikan, ada jambatan yang connected dengan pantai. View sunset pun cantik. Tapi hujung minggu makanya ramai orang, makanan pun lambat sampai, makanya gambar makanan pun tak ambik sebab lapar! Makanan sedap jugak, cuma tuhlah lambat gila. Rasanya better reserve dulu kalau weekends ok






To be continued... 

3 comments: