Pengembaraan Solo (Almost!)Berjalan ke Tokyo- Part 5

, , 6 comments
Wah dah Part 5!



Tibalah ke hari ke-4 kami di Tokyo. Kejap je rasa. Ikutkan plan, hari ni kami ke Tsukiji Market, Camii Tokyo Mosque dan juga ke area Odaiba. Pagi tuh setelah breakfast di hotel secara ala kadar, maka kami pun memulakan perjalanan ke Tsukiji Market. Jika dari Ningyocho:

Ningyocho to Tsukiji
Hibiya line to Naka-meguro, turun di Tsukiji (170Y)

Kemudian dari Tsukiji station, kami ikut je a few tourist hehe. Dalam 10 minit macam tuh sampailah ke market.  Before masuk ke area wet market, ada ruang gerai di bahagian luar. Boleh try makan di situ seafood dia fresh dari pasar. Tapi kami tak makan pun. Hari tuh pernah tengok Jejak Jepun Zizan dan Zizan ada makan kat sini. 

                                                                      Sekitar outer market

Beratur nak makan donburi
Menunya, tapi tak try. Balik baru menyesal tak cuba sashimi fresh

                                                              Indoor market. Fresh dari laut

 Barangan kering macam seaweed, bonito flakes dll pun ada dijual . Rugi puloklah tak borong bonito flakes tuh haih. Souvenirs pun ada jugak tapi tak tengok harga pun. Dekat bahagian wet market dapatlah tengok hidupan laut yang pelbagai. Agak busy market dia, ramai orang menyorong dan mengangkut barangan. After meround dan ambil gambar, kami pun patah balik ke stesyen Tsukiji. Dari Tsukiji ke Camii Mosque:

Hibiya line to Naka-meguro, turun di Hibiya untuk transit ke Chiyoda line
Chibiya line to Yoyogi-uehara, turun di Yoyogi-uehara.   

Sampai sini boleh blur macamana nak pergi masjid tuh. Boleh pulaklah terlupa nak search direction dari station ke masjid. Aduih. Gigihlah try cari internet connection (kami tak sewa wifi pun haha). Tak dapat. Japan ni lain sikit berbanding Korea.Wifi free tidaklah sesenang tuh nak jumpa hoho. Mostly kena register dulu.Nak tanya orang Nihongo sah2 la tak tau kan. 

Tengah blur2 tuh terserempak sorang brother nih dengan anak dia. Rupa macam orang Malaysia. Jadi apa lagi, teruslah tanya direction. Dia pun rupanya nak ke sana, hantar anak dia kelas ngaji katanya. Alhamdulillah huhu lega. Dia student kat sana, dan anak dia dihantar ke kelas agama di situ. Ada ke dia cakap “Ingatkan orang Indonesia, rupanya orang Malaysia” uhuk2. Takpelah bro, since you dah tunjuk direction, I tak boleh nak comment banyak haha. 

Dalam 10 minit berjalan, sampailah ke masjid. Sorry, tak ingat directionnya, tuhlah sape suruh dah berkurun baru nak menaip ha kan dah lupa! Masjid dia memang architecture Turkey. Ya lah since memang orang Turkey yang derma. Actually since 1938 ada mosque nih and then diruntuhkan. Tahun 1998 baru dibina balik.


Kebetulan masa kami pergi tuh, ada majlis nikah antara lelaki warga Turki dan wanita Jepun. Wah! Perkahwinan dua negara, dua bangsa. Memang kami bernasib baik menyaksikan bertambahnya saudara muslim dan majlis nikahnya.  Saya share a few photos…

                                                                         Akad nikah


                                                                        Bersama famili

6 comments:

  1. eh eh baju pengantin perempuan tu....ahakss..nampak pelik kan tapi x pe nanti dah dalami islam tu berubah sikit2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha aah dia pakai legging macam tuh dengan skirt.tuhlah slow2 kan

      Delete
  2. Betullah JM... agak weird di situ...

    Kat Tsukiji market tak jumpa ke ikan tuna biru yang besar bagak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee aah skirt dengan legging. Tak pergi yang sesi lelong pagi tu, yang ada yang dah siap potong2 untuk dijual

      Delete
  3. Lor legging ke....mati2 ingat dia pakai skirt. Tp sweet la family dia...semua pakai skaf

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe aah sama warna dengan skirt dia. Comel je seme :)

      Delete