Oh yeah! Akhirnya tamat jugak kisah Redang ni ye. Lama benar nak menghabiskannya hahah. Ok, jadi untuk part terakhir nih idaklah panjang sangat, sebab dah nak balik dah pun.

Pagi tuh after subuh saya ajak kawan saya untuk nengok sunrise kat pantai. Nak tengok semalamnya, tak larat so pagi ni gagahkan diri untuk ngusha sunrise. Langsung tak mengecewakan. Sunrise yang teramat cantik







Jangan mara haaa banyak benar gambonya. Guna camera cikai cap ayam pun takpa aih. #nofilter

Pagi tuh dihabiskan dengan  berjalan-jalan kat pantai menghabiskan sisa-sisa masa kat sini. Serious tak cukup 3H2M kat sini. Tapi nak buat camne kan. Anyways, lepas bersiap-siap, breakfast & kemas2 barang kami pun sambung fotoshoot sambil tunggu feri nak mai.




Tuh dia feri dah  mai. Sob sob next time kami mai lagi ok. Overall, Redang Lagoon ni recommended untuk traveller bajet. Untuk +-RM400 dapat accomodation yang ok, makanan pun ok. Snorkeling activity best & surrounding/ scenery yang awesome!

Redang Trip Part 1
Redang Trip Part 2
Redang Trip Part 3

Sempena cuti yang singkat minggu lalu, saya telah ke Kedah bertandang ke rumah kawan saya yang terletak di perkampungan dikelilingi sawah padi sekitar 30 minit dari Alor Setar. Gerak malam Jumaat drive slow-slow secara berjemaah dan berhenti rehat di beberapa R&R kami pun tiba subuh.

After rehat jap, isi perut dengan breakfast marvelous iaitu nasi lemak kuning air tangan my friend's mom, kami pun gerak explore bandar Alor Setar. Destinasi pertama kami adalah Menara Alor Setar yang menjadi landmark di sini. Entrance fee untuk ke observation deck adalah RM9. Dari atas boleh tengok view yang menarik. Nampaklah the whole Alor Setar dan kawasan sekitarnya. Cuaca sana pun panas lit lit, langit cerah maka view pun nampak clear.





Seterusnya kami ke rumah kelahiran Tun Dr Mahathir. Dekat je dari menara tuh. Masuk FOC. Rumah dia tak besar, tak kecik sedang je. Barangan peribadi beliau pun ada dipamerkan. Banyak benda boleh belajar kat sini. Tak habis explore tempat ni sebab pukul 5.00 dah tutup.




Kami singgah ke Masjid Al-Bukhary untuk solat. Memang macam dekat arab ok. Nasib baik takde unta je hehe. Keliling dia banyak tanam pokok kurma gitu





Petangnya kami ke Kuala Kedah untuk tengok sunset. Di area Kuala Kedah ni ada jeti nelayan dan pasar yang jual ikan fresh. Port yang cantik jugak untuk bergambar tapi kami tak menyingah. Kami decide untuk ke Restoran Ikan Bakar Anjung Kuala for dinner. Tempatnya cantik, ada kolam ikan, ada jambatan yang connected dengan pantai. View sunset pun cantik. Tapi hujung minggu makanya ramai orang, makanan pun lambat sampai, makanya gambar makanan pun tak ambik sebab lapar! Makanan sedap jugak, cuma tuhlah lambat gila. Rasanya better reserve dulu kalau weekends ok






To be continued... 


Walaupun dah setahun lebih berlalu, still nak jugak blogkan kisah di Ho Chi Minh nih supaya tak lupa dan ada backup bergambar. Dulu-dulu banyak gambar travel hilang dek hardisk corrupt huhu.

                                                          Awan gemawan wajib ambik


Trip nih pergi dengan my mum, adik-adik dan juga aunty. My mum dah pergi a few times dengan kawan-kawan dia, makanya dah tau sikit2 jalan2 kat sana so senanglah nak merayap kat sana hehe. Pergi time tuh bulan 12 2014. Flight ticket idaklah murah kalau dah namanya school holiday kan? Hotel as usual book through Booking.com. Kami pilih Thanh Truong hotel(http://www.thanhtruonghotel.com/) yang letaknya berhampiran dengan Pasar Ben Thanh. Book through Booking.com (kami ambil bilik family dan standard room. Rate ingat lupa tapi kalau tak salah around 150 gitu per night) P/s: Family room ada spa bathtub huhu

Terletak selang beberapa buah dengan Pink Saigon yang ramai orang Malaysia duduk tuh. Lokasi memang ok sangat, berhampiran Ben Thanh of koslah nak shopping senang. Staff friendly yang penting bersih dan harga pun affordable.  Sangat recommended!






                                         (Gambar dari http://www.thanhtruonghotel.com)

Naik flight dari KLIA, dalam sejam setengah sampailah ke HCM. After ambil luggage semua, kami pergi mencari teksi untuk ke town. Yang guna meter teksi Vinasun atau Mai Linh. Ada sorang brother nih beria dia tunjuk kad vinusun dia. So kami pun followlah, sekali tengok bukan van vinasun. Reject. Jalan depan sikit, baru nampak kaunter van vinasun. Dari airport ke hotel dalam 30 minit, tambang 160000 dong. 





                                      Gambar sepanjang perjalanan ke hotel. Motor bersepah  hehe

Petang tuh after rehatkan badan kami cari kedai makan berhampiran. Bersepah-sepah jangan risau. Orang Malaysia pun ramai huhu. Tak ingat dah makan kat kedai yang mana satu. Lepas perut dah kenyang barulah best nak shopping! Ke Ben thanh market la kita. Tak beli sangat, usha2 harga dulu. 

 And then petang sikit kami pergi tengok water puppet show. Staff hotel yang bookkan. Actually senang sangat kalau nak jalan kat sini. Kita suruh je staf hotel book, setel. Dah jalan pun ramai-ramai dengan family nih memang mudah kalau dah ada yang tolong setelkan hehe. Tempat water puppet nih dekat je dengan hotel. Around 10 minit dah sampai. Kami ambil show pukul 6. Full house jugak. Memang show dia menarik. Dia tunjukkan kehidupan dan culture di Vietnam. Sape yang duduk row depan bakallah kena percikan air tuh haha. Dan bila last2 dia tunjuk back stage, baru tahu yang pemain puppet nih memang berendam dalam air rupanya untuk buat show tuh. 




Malamnya after makan, kami ke night market. Dia dekat2 area market jugak. Siang market kat dalam, malam dia pasang payung2 untuk night market. Macam2 benda ada. Sempat sambar beg Deuter cap Vietnam kaler pink satu huhuh. 

To be continued...
Sempena cuti akhir tahun nih, makanya naklah berjalan-jalan ye dak? Tak jauh, dekat pun jadilah. Boleh juga luang masa dengan family. Tanya parents, Cameron jadi lokasi pilihan. Katanya ada kelainan sikit dari degi cuaca tuh, nyaman sikit banding kat bawah nih ha. So booklah siap-siap apartment 3 bilik di Agoda - Meena's Apartment @ Prima Villa, Tanah Rata. Lupa nak snap gamba, tapi puas hati jugak sebab luas & nearby town. Kiranya nak bawak famili tuh memang ok sangat. Kami tidur semalam je.

                                                                  View dari apartment

Kami gerak a few days after Krismas, sebab dah tau kalau betul-betul time Krismas memang jem teruk. On the way tuh memang nampaklah opposite road dekat highway plus tuh kereta slow je. Kami sampai petang around 3 macam tuh. Check in apartment, rehat-rehat kejap dan mencari makanan. Ada satu restoran arab nih nama dia Raudhah (sederet dengan kedai watson/ambank/bsn di tanah rata) Memang sedap nasi arab dia. Actually sepanjang 2 hari kat sini hujan. Tak lebat tapi continuous. Jadi jalan ala-ala jelah. Petang tuh pergi ke pasar malam Berinchang.

                                                                        Pasar malam

Takde nak cari apa sangat kat pasar malam ni. Makcik dah standby bawak bahan BBQ untuk digrill malam tuh hehe. Just jalan-jalan je.

Esok harinya misi ke Mardi.

                                                                 Selpi dulu haha

Dah beberapa kali ke Cameron nih, nihla first time masuk Mardi nih. Oklah jugak untuk berjalan-jalan dan bergambor





Bunga di taman

Hujan sekejap ada sekejap takde. Dah habis round Mardi kami ke Kea Farm beli jagung manis tuh dengan ubi sikit. Hujan still tak stop huhu. Kami singgah kejap ke rumah pakcik and then balik ikut Tapah. Nak singgah ladang teh Bharat pun hujan renyai. 

Gitulah kisah short getaway ujung tahun 2015 :)
Huyeh marilah kita sambung cuti-cuti Redang nih. Alright jadi hari kedua pun snorkeling jugak. Iyolah dah namanya ke pulau, haruslah snorkel dan mandi-manda ye tak? Kali nih pergi area lain pulak. Bila teringat balik rasa stress pulak sebab tak prepare dengan underwater gadgets. At least ada cover water-proof untuk phone tuh pun dah ok. Ini nan hado. Jadik takdelah gambar-gambar underwater. Yang ada gambar atas air je. Pass kat drebar bot. Nihlah hasilnya :



                                            Sempat ok ambik gambar sendiri guna kamera I

 Belah petangnya, after satu lagi session snorkeling, bersantai-santai kat hammock lagi. Sambil-sambil makan petang cekodok dengan bubur haha. Memang layanlah kan kena tiupan angin sepoi-sepoi bahasa gitu.


                                                  Panjat pokok nyiur ambik kelapa muda
                                                                Suasana santai
                                          Tupai banyak menumpang minum petang

To Be Continued...

Redang Trip Part 1
Redang Trip Part 2
Redang Trip Finale

Alright, makanya di sini nak buat review sikit berkenaan trip ke Tokyo 2014. Generally saya berpuas hati dengan bajet dan juga itin yang dibuat. Blogs and forums memang banyak membantu thanks guys! Berjaya pusing Tokyo backpack tanpa guide huyeh! Although my mum macam sceptical je huhu. Confidence kena ada ;P 

Bajet memang mencukupi sangat-sangat, berpadanan dengan accomodation kami yang rasanya oklah. Kalau nak jimat lagi mungkin boleh try capsule hotels or dormitary style tapi, saya prefer yang bajet & privacy. Lebih selesa rasanya hehe.

Itinerary around 80% tercapai. Ada tempat yang initially dimasukkan dalam itin macam

1. Nezu Shrine

                                     Gambar ihsan : http://www.japanvisitor.com/japan-temples-shrines/nezu-shrine-tokyo

Tempat nih ada torii gates macam kat Kyoto gitu. And time spring ada Azalea festival. Cantik! Jadinya bolehlah pergi uols. Hari tuh tak sempat nak pergi.

2. Tokyo Metropolitan Government Building

                                                  Gambar ihsan : http://www.japan-guide.com/e/e3011_tocho.html

Tempat nih ada viewing deck yang boleh tengok view Tokyo tanpa sebarang bayaran! Yup it is FOC. Sampai boleh nampak Fuji -san on a clear day. Berbaloi pergi.

3. Ameyoko

                                           Gambar ihsan : http://www.japan-guide.com/e/e3012.html

Katanya tempat shopping murah. Tak pergi, makanya tak tahu huhuh

Tempat yang orang kata must go tapi tak masuk dalam itin - Akihabara (not really into gajets), Imperial Palace & Tokyo Tower. Huhu makanya kena repeat la nih kan? But next time ingat kalau jejak Jepun nak pergi Osaka :) 

So saya kongsikan lagi beberapa gambar kenangan