Lain padang lain belalangnya, lain orang, lain belanjawannya
cewah. Sempena bajet yang baru announce hari tuh, makanya kita pun sebagai
orang2 yang galak nak travel nih kenalah jugak buat bajet ye dak? Untuk tahun
2017 dah fikir nak ke mana dan berapa peruntukan. Dah ada yang beli tiket dah
untuk next year?
Kalau orang yang ada-ada maybe tak perlu fikir kut, cakap je
nak p mana, hulur jelah duit kan. Tapi for me, banyak benda lain juga selain
travel yang perlu difikirkan. Kita ada expenses macam simpanan, pelaburan,
zakat, saving untuk rumah, hulur duit kat parents, kereta & maintainence,
daily needs (F&B, minyak, baju, entertainment). Jadi perlu bijak untuk
membahagikan duit tuh supaya tak terbabas.
Travel & trips nih penting untuk recharge, motivate
diri, reward diri sendiri. Dah tuh sapa lagi nak reward kita? Kita sendiri lah
kan. Yang penting ukur baju di badan sendiri. Ini ada a few tips yang boleh
digunakan untuk plan bajet uol:
1. Jangan sesekali berhutang untuk travel.
2. Bajet mestilah termasuk transportation (flight,
bus, train, teksi, minyak & toll), accommodation, F&B, serta lain2 dan
jangan lupa set aside sikit untuk emergency.
3. Tidak perlu ikut trend & terpengaruh dengan
orang lain.
4.Ideally, spend sekitar 5-7% bajet tahunan untuk
trips & travel (hee saya spend around 10% kut)
5. Plan awal supaya boleh menabung, earn extra
income, saving tang mana yang patut.
6. Travel semasa low season (bukan public holidays, bukan school holidays) , boleh jimat duit
7. Alert dengan offers especially dari syarikat
penerbangan & hotel sebab transportation & accommodation nih memang 2
bajet yang terbesar.
8. Bawa bekal makanan, jadi tak perlu nak spend
banyak on food.