MAHA 2016 dan Big Bad Wolf

, , No Comments
Ok jadi cuti hujung minggu yang panjang hari tuh sempat ke MAHA dan Big Bad Wolf. Ramainyalah orang kat MAHA. Pagi2 pun orang dah beratur nak parking dan naik bas. MAHA memang besar yang amat. Dari kawasan padi, ikan, penternakan, bunga, buah, dewan2, serius tak habis pun round semua tempat. Kagum tengok parents bawak anak2 kecik. Nak2 lagi kadang panas, kadang hujan, maybe kena pergi tempat yang spesifik kut, macam Kampung Upin Ipin tu oklah, sebab indoor. Jadi malaslah nak cerita banyak, kita tengok gambar jelah eh







Basically event 2 tahun sekali nih memang menjadi tarikan pengunjung untuk mempelajari dengan lebih mendalam mengenai pertanian yang menjadi asas kepada makanan negara sesuailah dengan moto MAHA pada tahun ni : Our food, Our future


Selain ke MAHA, sempat la jugak menjenguk Big Bad Wolf. BBW nih event jualan buku yang diadakan setiap tahun. Tak pernah miss tau event nih. Dari yang first, sampai la nih. Dulu2 dia jual buku English je, tapi sekarang BM, Mandarin pun ada. Buku2 budak2 pun banyak dan harganya amatlah murah jika dibandingkan tempat lain. Kali nih perasan harga buku mostly RM10-RM15 agak pricey, sebab dulu2 RM8-RM10, TAPI ada banyak buku2 terbitan baru (2014/2015). 




Sempat lagi nak pergi sebab event nih till 19/12 and it is 24 hours! Tempat makan pun ada dah hah beli2 buku lepas tuh boleh lepak ngopi ke makan2 ke. Sila serbu!

0 comments:

Post a Comment