Setiap kali 31/8 kita akan menyambut hari kemerdakaan negara. Tahun ni masuklah 59 tahun usia negara kita. Masih muda, jauh lagi perjalanan Malaysia. Kadang-kadang kita take things for granted. Our people, our food, wonderful & amazing places - islands, rainforests, mountains. Bila sekali-sekala ke luar negara, baru kita rasa rindu :)
Tak semua perfect, tuh perlu diakui. Tapi kalau setiap dari kita memainkan peranan, banyak lagi yang boleh dicapai. Nilai patriotisme tuh bukan sekadar terletak pada bendera yang dikibar, pada laungan merdeka atau mercun yang dibakar pada ambang merdeka. Kalau setakat itu, macamana dengan pejuang yang berjuang mendapatkan kemerdekaan tanpa bendera untuk dikibar, tanpa lagu untuk dinyanyikan. Maka mereka berjuang atas dasar apa? Itulah semangat yang mungkin tak terjangkau oleh kita yang lahir pasca merdeka nih. Yang kita tau, kemerdekaan ni perlu dikekalkan.
Kita mula dengan perkara-perkara yang kita boleh dan mampu buat dulu. Bukan semua boleh menyumbang ide yang hebat, kita bukannya semua profesor. Bukan semua boleh menyumbang jutaan ringgit, bukan semua kita ahli perniagaan yang kaya-raya. Tapi kalau kita ada rasa cintakan negara, setidaknya, kita boleh jaga kebersihan tempat-tempat pelancongan di Malaysia.
Sedih tengok kebanyakan tempat pelancongan awam tak terjaga kebersihannya. Macam masa aku pergi hiking bukit batu putih lagi harituh. Kat atas puncak bukit tuh bersepah sampah. Ikut jalan turun yang lain, ada private beach pun sama, bersepah botol plastik. Tempat tuh agak secluded. Bukannya ada tukang cuci sampah kat situ, tong sampah pun takde, tak boleh ke angkut sampah sendiri?
selamat hari merdeka
ReplyDeleteSS x igt hari merdeka SS buat apa... Ha ha ha
ReplyDelete