Perkara-perkara annoying/menjengkelkan bila naik flight

, , 12 comments



Dah namanya kalau naik flight tuh mesti ada a few things yang buat kita piss off atau paling tak annoyed. Kadang-kadang orang lupa yang dia ada dalam kawasan awam, jadi have to give & take, belajar untuk berkompromi. Jadi, inilah perkara-perkara annoying menurut pandangan aku:

1. Berebut-rebut & beratur awal gila untuk masuk kabin
Zaman Airasia takde seating dah berlalu, pun masih lagi nak berebut masuk kabin bagai tiada esok bagimu . Nak berebut ruang simpanan pulak haha. Ada sekali tuh, kapal tuh baru sampai, penumpang & luggage belum keluar lagi dah berebut beratur. Come on, mesti adanya ruang, dan kalau takde pun, nanti steward akan tolong organisekan compartment tuh. Chillax sudah. Kalau risau sangat sila check in segala luggage tuh siap2 kan senang.

2. Berebut-rebut untuk keluar dari kabin.
Yang nih lagi pelik banding yang kat atas. Just ikut giliran dan keluar. Tak perlu kecoh2, dengan signal seatbelt still on dah menggelabah nak keluar tuh dah kenapa? Pintu tuh tak bukak pun lagi.

3.Borak tak ingat dunia
Tau excited, tapi tak perlulah berborak sampai semua dalam kapal tuh boleh dengar.

4.Recline seat sebelum take off & landing
Gaya macam dah selalu fly, tak perlulah steward berkali-kali remind naikkan seat tuh. Tunggu take off baru turunkan seat, faham?

5.Goyangkan kerusi/ sepak2 kerusi/tarik2 kerusi orang lain
Tak payah explain kut, grrrr….

6.Body odour, mouth odour, feet odour eewwwww
Kita semua terperangkap dalam ruang yang sempit. Kadangkala flight tuh lama, jadi please be awarelah dengan bau2 yang tak sepatutnya tuh. Jangan makan makanan berbau before flight, jangan buka2 kasut yang bau kepam tuh please….

Tuhlah kut antara yang annoying. Uol pulak macamana? huhu

12 comments:

  1. Ada juga yang sibuk nak ke bilik air padahal baru je berlepas...duk tepi tingkap pulak tu...

    ReplyDelete
  2. haaaa aah ada jumpa jugak.hmmm sakit perut salah makan la tuh heee

    ReplyDelete
  3. No.1.... Pernah terkena... Orang bawak air letak dlm bag atas... pastu meleleh macam hujan... terus ke lantai..
    * rasa nak carut laju2...

    ReplyDelete
  4. No. 2... nasib baik tingkap tak leh bukak... kalu tak.. mesti ada yg terjun.. keh keh keh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah rasanyalah memang terjun dah tak menyempat

      Delete
  5. No. 3... Tekak dia kalahkan speker mesjid kan? ha ha ha..

    ReplyDelete
  6. No.6... try curik aircond dia hala ke kita... ha ha ha..

    ReplyDelete
  7. kerusi dha sempit pastu lak duduk sebelah yg jenis concour kerusi kita..adeh!

    ReplyDelete