Ok, jadi harini bermula agak lewat hehe. Rasa macam malas
nak keluar awal. Kalau keluar before 10 sejuk lagi kat luar. Around 10-12
degrees. Jadi around 10.30 baru bermula harini. First destination adalah Ewha
Women’s University atau lebih dikenali kat sini dengan nama Edae. Best jugak kan ada University khas untuk
wanita. Sebab apa? Sebab area tuh jugak merupakan port shopping yang best haha
(macam la banyak sangat menda nak shopping)
Untuk ke Edae ni senang je, turun kat Ewha University
station. Jalan straight je nanti sampailah pintu masuk dia. Universiti nih
university wanita terbesar di dunia! Senibina arkitek dia memang menarik.
Jalan-jalan usha surrounding dia. Ramai jugak students2 lelaki datang dengan
harapan dapat jumpa aweks-aweks cun le tuh heheh.
Then kita nyopping la kan. Macam2 benda boleh shop kat sini.
Dari cosmetics, baju, handbag, kasut. Janji ada duit kan. Cosmetics macam
takdelah beza dengan kat Myeondong, sebab kedai2 nya pun sama. Tapi kalau baju2
tuh memang best shopping kat Edae ni. Banyak butik2 baju yang murah tapi quite
trendy. Cumanya baju dia mengikut musim. Make sure ada cop “Made in Korea” baru
berbaloi beli heee. Range harga dalam 10000W-20000W.
Petang-malam ingat nak rayau Myeondong pulak. Cari
streetfood. Ada makanan2 yang boleh dimakan macam kebab, bungeoppang berinti
kacang merah (sedap serious!), strawberry mochi, gyeran bbang (egg bread) dan
hotteok. Sorry gambar tak banyak sedap leka melantak haha. Bukan seme makan kat
situ, ada yang tapau makan kat bilik heheh.
Malam tuh, since malam terakhir di Seoul, ingat nak singgah
DDP (Dongdaemun Design Plaza). DDP nih shopping complex cum exhibition centre
designed by Zaha Hadid. Design dia macam UFO! Kalau malam-malam boleh tengok
LED rose bergemerlapan gitu hehe.
Orait that’s a wrap untuk harini. Esoknya nak ke Busan!
nice sharing
ReplyDeleteSalam SarahFJ, nak address boleh?email to dayah_jek@yahoo.com TQ =D
ReplyDeletealaaa akak nak pegi tempat lampu Dongdaemun tu tapi xdan hahaha..
ReplyDeletesakan nyopping sampai skip tempat tu..
Hehe nih pun sebab DDP nih dekat dengan hostel. Dan lah nak menyinggah. Mula2 tak jumpa bunga LED nih, dah rayau2 sikit baru nampak :) tuh tandanya kena repeat tuh
Delete