Acah-acah hiking - Bukit Batu Putih, Port Dickson

, , 2 comments
Hiking yang tak dirancang sangat. Duk tengok2 dekat blog a few bloggers pergi hiking ke tempat ni jadi rasa macam nak pergi. Ajak member, terus on. Gitulah kan, orang cakap yang beria plan susah nak menjadi, kalau mengejut macam ni, lagi senang nak jalan hehe

Bukit Batu Putih ni sebenarnya terletak dalam kawasan Hutan Simpan Tanjung Tuan, berhampiran dengan Ilham Resort. Sebelah tuh Pantai Blue Lagoon. Disarankan untuk hiking awal, kalau dak berpanas. Kami sampai pun dah around 9.30 macam tuh.

Bayar RM1 di kaunter dan lalu ikut jalan tar. Jalan tar? Mana mencabar kan? Haha actually ada lagi a few tracks, tapi kami follow jalan tar tuh je senang sikit. Terus je nanti sampailah nampak Rumah Api Tanjung Tuan. Boleh selfie dulu kat sini.


Then untuk masuk track ke Bukit Batu Putih ni kami ikut track di sebelah kanan (dari main road jalan tar) kerana laluan yang sebelah kiri ditutup. Ada kebakaran katanya. Sampai bomba pun datang nak memantau keadaan. Yalah cuaca kan panas. Bila dah masuk track tuh jalan je straight sampailah nampak batuan putih. Haaa kena panjat batu-batu nih pulak.


Bila dah panjat, taraaa!



View die memang awesome. Cantik macam dekat pulau rasa. Member tunjuk gambar dia kat member opis depa ingat kat Lombok ok. Hehe. Tapi kat puncak tuh memang panas la sebab takde pokok nak lindung. After dah selfie, wefie dan menikmati pemandangan, kami pun patah balik ikut arah yang sama. Masa pergi-balik around sejam suku gitu.

Hiking macam nih sesuai kut untuk beginner/intermediate. Kalau yang hardcore tuh sure tak sempat keluar peluh kut. Makcik, pakcik dan budak2 pun ada yang hike. Jadi apa tunggu lagi, ke PD la, dekat je :)


2 comments: