Selepas berehat-rehat seadanya, kami pun pergi ke kafe untuk
lunch. Makanan dia not bad.Oklah banyak choice jugak. Makan sudah, tibalah masa
untuk snorkelling! Kami naik bot dari chalet dan pergi ke tempat snorkelling.
Air membiru, jernih je. Tapi, coral2 yang colourful banyak dah mati. Ikan-ikan
banyak jugak. Pelbagai jenis.
TAPI, kejap je boleh snorkelling, mabuk laut! Tak
taulah kenapa boleh mabuk laut. Masa muda-muda dulu (haha dah tua ok) tahun
2005 pergi ke Perhentian ok je. Tahun 2008 2nd trip Perhentian pun
takdelah problem sangat. La nih, pening kepala, berat, rasa nak muntah. So awal2 lagi dah naik bot.
Bot pulak beralun ikut ombak, not helping.
Balik dari snorkelling member ajak sambung snorkelling area
depan chalet, ada baby jaws katanya. Tapi tak larat, terus masuk bilik tidur
kejap. Nak dekat maghrib, baru bangun rasa ok sikit. Malam tuh ada BBQ dinner.
Concept dia masak sendiri. Dia dah prepare ayam, ikan, sotong yang dah
dimarinate, kita yang grill sendiri dekat BBQ pit. Makanlah sampai kenyang.
Dekat area Redang Lagoon ni dia sedia banyak hammock, jadi
aktiviti waktu malam adalah bersadai di hammock, menghirup udara laut yang
segar, borak-borak dan main ukulele. Bersantai-santai macam ni serious best!
Kami jalan-jalan pegi tengok resort-resort yang mahal, ada
yang ada live band, ada yang sediakan gazebo romantik. Kami tumpanglah
bergambar, apa lagi haha. Resort-resort yang mahal ni kiranya sesuailah untuk
orang berhoneymoon.