Solo Trip Ke Japan 2018 Kansai Region (Osaka, Kyoto & Nara) - Finale

, , 2 comments
Aduih kejap benor masa berlalu wei. Nih dah nak balik Malaysia sudah. Ada 1 more day untuk spend di Osaka. Before kita pegi Osaka, kita pegi dulu satu lagi castle iaitu Kinkakuji, Golden Pavillion.



Actually nak pusing2 area Kyoto nih kan, senang naik bas dia tau. Boleh check out info dia kat sini :

https://www2.city.kyoto.lg.jp/kotsu/webguide/en/comm/routemap.html

Ambik yang 1 day pass tuh boleh jimat if banyak turun naik bas hehe. Ok so bila dah sampai sekali hujan uols. Dan ni hujan yang macam 1 day non stop. Tapi hujan2 pun, tetap jalan! Pakai jelah baju hujan and beli payung kan settle.



Tapi seriously garden dia cantik wei. Bila cakap pasal zen garden, memang garden2 castle kat Kyoto nih seme menenangkan.



So after dah settle round Kinkakuji, maka singgah sat kat Kyoto station untuk beli ole-ole. Kat sini ada macam2 benda untuk dibeli. Aku beli mochi & wafer beras. Packaging dia aduyai cute gila. Memang ada class tersendiri.



Sampai Osaka aku check in Business Inn Sennichimae. So-so lah, not bad though harga pun ok. Yang penting bathroom en suite. Lama dok melepak,  ingat nak tunggu hujan reda sikit. Tapi idaklah reda jua. So keluarlah pegi cari makanan wei lapar sudah.



Then pegi jalan2 sat tapi kasut dah basah gila sampai tak selesa, so kesudahannya balik bilik, keringkan kasut dengan hair dryer hahah. Malam just layan movie kat phone.

Esoknya dah nak balik. Sempat pegi nyoping last minit kat Don quijote & 3 coins. Wajib tau singgah sini. Kat Donki beli skin care, 3 coins beli souvenir lagi heee.



Sekian kembara Osaka-Kyoto-Nara 2018. Trip yang best cuma terkilan sebab ada tempat2 yang tak jejak lagi macam USJ, cafe2 dia & juga Osaka castle.

2 comments:

  1. Salam.cik pg osaka beli tak pas.cam saya kot dpt gi,nak pi tempt shopping je mcm dotonbori tu,rasa2 kene bli pas tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu rasanya. If nak pergi banyak tempat tourist then boleh beli pass untuk jimat

      Delete