Seoul 2019 ; 3rd Time Is A Charm - Changdeukgung Palace, Harry Potter Cafe Hongdae, COEX Starfield Library

, , 2 comments
Early Spring 2019, aku berkunjung lagi ke Seoul. Nih dah kali ketiga nih. Ada urusan sikit sambil tuh jalan-jalan la kan hehe. Jadinya nak review tempat-tempat yang tak pernah pegi masa 1st & 2nd visit harituh. Time pergi tuh cuaca memang sejuk uols. Malam boleh cecah 1-2 Degrees walaupun time tuh dah end March. Kalau ikutkan, last weeknya tu suhu dah naik, tapi nih turun balik. Nasib bawak heat tech, cuma jacket je bawak yang spring/autumn kalau tau bawak yang winter. Almaklum orang Asia nih, tak tahan sejuk hahah.

Sebenarnya misi untuk mencari cherry blossoms, sebab tuh pilih date tuh. Dah ada keluar sikit2 cuma  tak full bloom. Alhamdulillah ada rezeki nak menengoknya.



Anyways, sebab nih dah kali ketiga, so aku just nak review tempat-tempat yang tak sempat di cover masa trip dulu. Tempat-tempet ni sesuai if korang ada masa yang agak lama nak explore Seoul or of this is not your first visit. Kira macam lain sikitlah kan daripada tourist attraction yang biasa orang pergi.

Changdeukgung Palace

Normally bagi pengunjung kali pertama, palace yang menjadi tumpuan adalah Gyeongbukgung tapi Changdeukgung ni palace yang well preserved & maintain dia punya original features. Paling special tempat ni ada Huwon, iaitu secret garden. Tapi make sure kalau nak pergi kena reserve online k. I terlambat dapat info, so tak dapat masuk secret garden tuh.

Palace ni tak sebesar Gyeongbukgung & tak ramai sangat pengunjung. Jadi sesuai tau kalau nak buat photo shoot/selfie/wefie sambil2 pakai hanbok tuh. Nak pergi sini senang je, uol naik subway sampai ke Anguk Station.




Harry Potter Cafe (943 King's Cross)

Harry Potter Cafe ni terletak di Hongdae. Ni first time pergi area Hongdae ni. Dulu2 cuma sempat ronda area Myeondong je. Happening rupanya area nih more to tempat lepak students. Cara nak pergi ke Harry Potter Cafe nih, korang naik subway sampai station Hongik University kemudian ambik exit 9. Jalan straight dalam 10 minit, then bila nampak Tous les Jours, belok kanan. Uol akan nampak cafe nih belah kiri.

Tempat ni awesome gila untuk berphoto sebab banyak photo op. Kat luar building dia pun dah ada station Harry Potter yang macam kat London tuh. Then uol boleh pakai robe and guna props dia all for free as long as uol beli drinks kat situ (ok drinks dia idaklah murah).

Anyways, totally an instagrammable place.






COEX Starfield Library

Tempat nih memang dah jadi top spot dalam instagram. Maka haruslah pegi hehe. Kalau uol pergi dengan tujuan nak membaca memang ini bukanlah tempatnya sebab semua buku in Korean (well unless if you can read Hangul haha)

Untuk pergi ke Starfield Library, uol ambik subway Line 2 ke Samseong station, then ambik exit 5/6. Follow je signboard tuh untuk ke COEX mall. Library nih dia dekat2 juga dengan SM Museum.





BONUS Review! For all girls yang kaki shopping, uol, I suggest untuk ke Ewha University. Dulu dah pergi, tapi idaklah bertujuan untuk shopping. More to explore the university itself. Tapi sebab kali nih niat nak shopping, maka I explore la all shops kat situ. Aduih boleh bikin pengsan weh. Baju2 kasut2 beg2 seme cantik2 dan semua mostly 10K won. Bila check the tag, Made in Korea, but I dunnolah how true that is. But, if uol nak cari tempat lain untuk nyopping besides Myeondong, this area is highly recommended.




Happy travelling!


2 comments:

  1. Waaa best nyr cmne care nak pegi n psg tour kt sane..sedih gilerrr ni trtbe tour kata cancel..da beli baju sejok abis 2k lebih last2 x jd😭
    Boleh ws kite x 0137692459

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, sorryyy lama gila tak hupdate. Anyways kalau nak contact can dm me kat ig sarahfarhanajuhari

      Delete