Solo Trip ke Japan 2018 Kansai Region (Osaka, Kyoto & Nara) - Part 5

, , 6 comments

Salah satu tempat yang tak boleh miss kalau ke Kyoto nih adalah area Arashiyama. Seriously bila tengok gambar-gambar tempat nihlah yang macam teringin gila nak pergi Kyoto. Can easily spend seharian kat sini. Tapi harituh merayau sekerat hari je hehe. Kalau tanak ramai orang, keluar awal tau.


Ok actually nak ke sini ada beberapa cara, boleh naik JR atau Hankyu line. Aku pilih Hankyu line since itu yang paling dekat dengan hotel. Dalam setengah jam gitu dah sampai ke stesen Arashiyama. Stesen nih unik sebab macam stesen klasik.


Dari stesen Arashiyama Hankyu, ada option untuk naik bas straight ke Bamboo forest, tapi jalan lagi best. Serious. Kalau pegi musim Spring or Autumn, cuaca sedang elok, sejuk tak panas pun tak jadi better jalan. Ikut signboard ke Bamboo forest. Jalan depan sikit dalam 10 minit akan sampai sungai nih. Memang cantik tenang je. Dok ambik gamba kat sini je dah berapa minit kan. Tapi takde sapa yang kisah sebab jalan sorang hahah. 





Jalan depan lagi ada lorong ke Bamboo forest. Along the way ada banyak Japanese garden. So silalah bergambar kat situ.



Kalau jalan straight dari stesen tuh actually dalam 20 minit gitu dah sampai Bamboo forest. Tapi sebab jalan slow sambil bergambar sambil menikmati pemandangan jadilah nak dekat sejam jugak. Tapi puas hati sebab pace sendiri and tak terkejar2. To be honest, maybe Malaysian takkan impress sangat sebab kat sini pun ada buluh kan.  Cuma kat sini terjaga tempat nih sebab tuh jadi tourist attraction. Tempat nih dia takdelah besar sangat tapi oklah kan nak fefeeling kat Kyoto.




Depan sikit dari Bamboo forest nih, akan nampak stesen Sagano scenic railway Torokko. Train nih wajib naik tau. Maybe orang cakap macam touristy sangat, tapi to be honest rugi kalau tak naik sebab nanti akan lalu scenery yang awesome gila tak percaya ke? Jap jap tunjuk gambar.






Kan cantik kan? One way kos dia 620Y dari Torokko ke Kameoka. Tapi time winter tak bukak tau. Perjalanan akan mengambil masa around setengah jam. Kalau boleh pilih seat yang open tuh. Dan sepanjang perjalanan silalah nikmati pemandangan yang ada.





Bila dah sampai Kameoka, ada yang ambik option naik boat balik ke Arashiyama. Tapi aku teruskan perjalanan balik ke Kyoto. Dalam 10 minit jalan ada stesen JR kat situ. Area sini macam perkampungan gitu. Teringin pulak macam nak pergi kawasan pedalaman kat Jepun nih. Next time la ya.



TO BE CONTINUED...

6 comments:

  1. Aritu gi sana Torokko train tak jalan...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa..pergi time winter eh? Kena repeat la tu hehe. Pergi time sakura or autumn mesti lagi awesome view dia

      Delete
  2. Siapa cakap Malaysian x impress.. Huhu.. Bamboo forest tu teringin kot nak pi.. And sungai yg naik train tu lawaaaaa sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe yup memang Arashiyama ni wajib pergi kalau ke Kyoto

      Delete
  3. memang sebab Arashiyama tulaaa tergedik2 rasa nak pergi sana. bestnya kalo dapat stay kat Kyoto sebab rasa Kyoto best gila. orang memang ramai hihi.. Sagano Train tu bukak during winter kecuali tengah snowing dia x jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan hehe memang suka tempat yang view cantik. Nak pergi Switzerland & New Zealand tak kesampaian lagi so pergi Japan lah dulu. Ic, so buka except snowing eh

      Delete