Cuti cuti Pulau Perhentian

, , No Comments
Blog ni masih wujud ok. Cuma tak updated gitu. Been busy dengan kehidupan harian kan , travel pun idaklah kerap sangat, but still I will write from time to time. Can follow my Insta jugak, situ rajin sikit update haha.

Orait jadi bulan 5 harituh, masa cuti labour day, adalah pergi merayap ke Pulau Perhentian. Dulu2 dan dulu see, betapa dulunya dulu tuh, I mean like almost 10 years back kut, last pergi ke Perhentian. Itu pun Pulau Besar. Memandangkan my friend ajak pegi ke pulau kecik pulak, so apa lagi join lah. Kali ni kita follow je, tak jadi planner. Hehe selalunya kita yang beria plan kan. Ini bagi je duit, member tolong setelkan.



Nak jadi ceritanya, kitorang ke Kelate naik bas dari TBS. Jangan pegi K.Terengganu pulak tau. Walaupun Perhentian ni kat ganu, tapi jetinya kat Besut, Kelate. Naik bas jadi jakun pulak. Bukan apa, seat 2-1 & ada wifi weh! Nampak sangat dah lama tak naik bas kan. Bas adik beradik memang recommended. As usual, jangan lupa bawak sweater, menggigil dalam bas tu nanti.


Sampai ke Besut around subuh macam tu. Make sure berhenti di hentian bas lama tau, bukan yang baru. Jeti tuh ada di hentian lama. Dah solat seme pagi tu, perut pun dah bunyi2 kita pun singgah la makan dulu kat restoran berhampiran jeti. Nasi dagang menjadi pilihan. Sedap jugaklah rasanya. Ada pilihan nasi berlauk, nasik minyak, lemak dan roti canai.




Dalam pukul 9 macam tuh, kita ke jeti untuk naik bot ke Perhentian. Memang bot tau, bukan feri. Perjalanan mengambil masa around 45 minutes. 





Sampai di Perhentian kecil, kami disambut oleh geng Perhentian Kravers. Member aku book pakej under diorang nih. Kami duduk di chalet bajet je. Kita boleh pilih nak chalet macamana ikut bajet masing2. 


to be continued...

0 comments:

Post a Comment